Selasa, September 30

tombiruo

hm, sbnrnya, walaupun kt ofis, dlm beg aku ada novel RAM yang berjudul tombiruo. rasa teruja lak nk bawak skali ke tempat keje takut2 boring xde kes time raya. haha.

tazkirah tuk hari ni aku dpt dr page 497 tombiruo ni iaitu merupakan terjemahan alQuran surah Az-Zumar ayat 42 yang berbunyi "ALLAH memegang jiwa manusia ketika matinya dan memegang jiwa orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka ALLAH tahanlah jiwa orang yang telah ditetapkan kematiannya dan ALLAH melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Seesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan ALLAH bagi kaum yang berfikir".

Wajah Pak Imam nampak tenang, nur hidayah menyerikan raut tuanya. Amiruddin terpegun. Fikirannya menggapai dan menilai segala nikmat dan rahmat TUHAN yang selama ini dilimpahkan kepada dirinya dan keluarganya.

Pak Imam menyambung ceritanya. "Roh-roh orang yang sudah mati dan roh-roh orang yang masih hidup itu saling berjumpa di waktu tidur, saling bercakap dan saling bertanya, hingga akhirnya ALLAH menahan kembali roh orang-orang yang sudah mati dan melepaskan kembali roh orang-orang yang masih hidup untuk masuk ke dalam jasadnya kembali. Itu menurut penafsiran ayat tadi. Begitulah yang saya tahu." Pak Imam berhenti sejenak. Dia menepuk bahu Amiruddin beberapa kali.

pap.. pap.. rasa tak bahu korang ditepuk? haha..

p/s: really hope alaf21 pasni peka sket kat kesalahan2 ejaan ni. kadang2 den pantang gak. hehe. contohnya, walaupun dah cetakan ke7 tombiruo yang aku pegang ni, nama surah yg diterjemahkan kt atas td still silap. surah Az-Zunar. sepatutnya surah Az-Zumar. harap alaf21 lebih peka dan membuat revolusi baru bagi memastikan zero typo/error dlm novel2 seterusnya.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails