Memaparkan catatan dengan label utm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label utm. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 29

tahniah khalil - gee, selamat pengantin baru..

ni sume coursemate aku yg gi kenduri, dari kiri, madal, paktam, sotong, ben, kerk, nazrul, hadi, atuk, syidot n tepon.

ni sume yg gi, mcm nazrul ckp, yg kelompok blah kiri pengantin sume dh berpunya, dh bertunang la maksud aku. paktam (weh, perut hg jelas gila nmpk backpack) n yati, fauzul n mrs jukakanye, intan n amin. yg blah kanan pengantin tu, bachelor n available lg kot, blkng skali, hamdan, adib, madal, sotong and atuk, tgh sket, hija, lecturer and kerk, dpn, nazrul, syidot, hadi n ben.

majlis berlangsung pada 12oktober, ahad bersamaan ng raya ke 12. btw, tahniah buat pasangan pengantin, khalil dan gee. sori, aku xdpt nk join korang sbb still sambut raya kt kampung. semoga berbahagia smpi bila2. sori, hadiah xseberapa. smga rezki korang pas ni bertambah2 k. utk pengetahuan semua, khalil coursemate aku kt utm, gee aku kenal masa lepak rumah khalil ni n kuar jalan2 mph midvalley sama2. roger all.

p/s: tq to nazrul for the gambar kt atas ni. pasni, kita tgu kenduri paktam la plak 18/12 nanti. nak kene byk eksesais paktam ni, makin gedabak.. kalu aku ajak lari naik balai cerap, smpi cookhouse je mesti dh pancit. adios.

gathering kl sentral - klcc skot palapes kl

ni skot2 pegawai muda wanita, dr kiri, kumala, noyu, sabrina, zanur dan fatimah kedah. senyum girang ye korang semua, mesti yg tgkp gambar tu terlebih aksi. haha.

ni plak, skot2 pegawai muda lelaki, haha. dari kiri, asrul ghana, aku, mahadir and tokwe (dh kawin). tokwe sorang je yg senyum, sbb dh kawin kot.. haha..

ni plak, kt area2 dkt2 ng tasik klcc tu. xnampak pn air yg memancut naik atas tu. rasanya ada, tp ntah la, dh lupa den.

skot wanita saja, bergerak ke kiri bertiga2 ke kiri pusing..

perempuan dan jejaka idaman malaya. haha. 5orang still available, sorang dh kawin. :)

ha, ni la gmbr paling fotogenik. haha.. siap background nmpk klcc lg tu. sape yg tgkp gambar, dh tentu zanur, dh terduduk2 masa nk tgkp gmbr ni. haha.. rapat ke bumi macam nk amik 10 je..

last 25th may, aku ng skot2 palapes area kl, gathering buat yg pertama kalinya kt kl sentral. sengaja memilih kl sentral sbg lokasi pertemuan, mudah untuk semua skot smpi sini. lgpn, org2 kl, sapa yg xtau kl sentral ktne. bleh dikatakan, semua org tau. tmpt berkumpul, FUP bak kata askar forming up place bertempat di kedai buku ape tah kt klsentral tu. tgkt 3 kot if xsalah aku. dlm jam 6ptg smpi 6.30ptg tu, bajet sume dh smpi la. then, terus gi mengisi perut yg memg tgh lapar kt food court kt atas, tgkt 4 tu. seramai 10 orang skot yg turun. aku, due, asrul, mahadir, tokwe, nurul kumalahayati, noyu, zanur, fatimah kedah dan sabrina. time makan tu, masing2 bertukar2 cerita dan bertanya khabar. semua dh keje hebat2. due dh jd inspektor kt bukit aman. mahadir dh jd pegawai bank. asrul, marine engineer, berulang alik, kl-batam je ni setiap 2weeks. tokwe, mechanical engineer kt malakof. nurul kumala, research officer kt klinik swasta. noyu, pegawai etiqa maybank. zanur, civil engineer dbkl. fatimah kedah, tgh amik dpli kt utm skang ni, xlama lagi jadi pendidik la. sabrina, sama gak, civil engineer. wah, takut aku kawan ng korg. haha.. tp, sama2 skot, xkisah kan..

abis je sesi makan2 kt kafe td tu, pas je solat maghrib, kitorg terus gerak gi jalan2 kt klcc. xbeli ape pn, window shopping n saja jenjalan cari makan. haha. tp noyu terpaksa balik sebab ada hal, due pn terpaksa beransur dulu sbb still dlm keje, biasa la dh nama polis. mahadir pn terpaksa angkat kaki cau dulu sbb ada hal gak. tgal la belennya 7orang berjalan2 pusing klcc, menghirup udara dingin di tengah hiruk pikuk warga kota yg tiada pernah sunyinya. kul 11mlm, kitorg suma keluar baris. aku terus rempit balik taman bukit angkasa, pantai dalam. time ni, rumah stil kt sana. btw, layan laa gambar2 kt atas tadi.. roger all!

p/s: kredit to fatimah ahmad atas gambar2 kt atas td tu. wish u ganbatte tuk dpli. nti jadi cikgu yg baik k. jgn garang2, kang ada geng bawah tanah buat gerakan anti ko.. haha.. btw, good luck to all skot, 93orang sume, ingatlah, walau kt mana pn korg berada, kita tetap menghirup udara yg sama.. :)

Selasa, Oktober 28

hidup hanya sebentar..




br dpt tau, 3pg tadi, sorg skot palapes intake senior sket dr aku accident kt tol kesas. meninggal. skot merangkap coursemate aku kat utm tu. alfatihah buat aril (shahril ritza). semoga roh dikau ditempatkan bersama org2 yg beriman dan beramal soleh.

baru je balik dr gi menziarah arwah. lupa nk habaq, aril ni sbnrnya best cadet palapes utm intake 2002/2005. kira senior satu batch la dr aku. tp umur the same with me, sbb dia masuk utm awal, lepas spm. aku masuk lepas matrik. dlm kul 12tghari, aku merempit gi kajang, sekolah aripkon. then sama2 gi masjid kt blkg utmkl tu. smpi2, org dh abis solat zuhur dh, nasib baik, smpt gak solat jenazah n menghantar arwah ke perkuburan. dgr khabarnya, aril bawa kereta laju sgt time tu. menurut but, aril ni kalau bawa kereta, mesti cecah 200 km/jam gak la. xtau la kereta apa. mengikut kata makngahnya pulak, mgkin dia terlelap kot, psl eksiden tu jam 3pg. arwah baru balik dr makan kt mana xtau. kereta arwah terbabas melanggar benteng tol kesas tu (xsure sgt) smpi tmpt duduk depan memg remuk abis la (aku tgk gmbr kete remuk teruk gila kt dlm henset but). arwah meninggal sejurus di tempat kejadian, merujuk ckp doktor, leher patah. dgr citer gak, arwah plan nk bertunang ng aweknye next month. tp dh sampai ajal, semua tu kuasa Allah. ada rahma di sebaliknya. positive thinking. smpt la gak jmpa bdk2 palapes yg lain, najib, but, aripkon, zanur, aro n batch2 atas. bdk2 sel fke pun ada, unsur, jeli, hanis, razi, saini n ada lg, tp aku xtau nama. btw, marilah kita sama2 sedekahkan alfatihah untuk arwah shahril ritza.

p/s: muhasabah. muhasabah. muhasabah. hisab diri. andai aku pergi saat ini, cukupkah amalan, bagaimana dgn famili aku, siapa yg akan sedekahkan aku alfatihah, siapa yg akan membacakan aku yasin. terkedu seketika. aku xpunya siapa, hanya insan kerdil yg mgkn xpernah disedari keberadaanku ini. andai aku pergi, cukupkah harta yg aku tinggalkan untuk membalas jasa mak dan ayah membesarkanku. tiada jawapan. aku terfikir lg tentang manfaat takaful. mgkn dh jadi keperluan bg aku memandangkan aku tergolong dalam famili yg susah. insyaAllah. akan aku usahakan. agar dpt menuju alam kekal abadi dgn pnh bahgia. noktah.

Isnin, Oktober 27

kenduri aidil - lia.. muar

newly added pictures, dpt dr pit nye fster. ha, ni la sabah (asna) and faizah.

ni lak, besau n pit. dh koje ng tokei besar skang ni.

ni lokheng n bakal bininye. haha.

ni plak, azmi, pit ng tamrin. tgk azmi tu, makin berisi.. haha.. kumrin, rambut fesyen baru ke? haha..

ni sume yg dtg event kt muar. dari kiri, paktam, abe, tamrin, sabah, lia, aidil, azmi, kerk, pit ngan faizah..

ha, ni aku nk tolg ulas psl kenduri kahwin aidil - lia versi johor. mari kita mulakan dengan gambar yg first kat bawah ni. kari berapi slurrp kepunyaan kerk. saja je hg nk bagi aku jeles ye. haha. by the way, ni untuk stok 2ari katanya. aku nk percaya pn, macam tak berpa percaya. angguk2 geleng2. ntah la. ok, back to the story, majlis berlangsung hari ni, 26/10 ahad, kat rumah aidil kt muar. skot2 palapes yg dtg, dr apa yg aku dpt info dr kerk, ramai gak la. so, mesti meriah sket kot. antaranya, kerk, paktam, abe, azmi, besau, pit, faizah, tamrin, sabah n lokheng. dila pn ada gak, tp xde dlm gmbr. weh, bestnya jmpa ramai2. gambar2 kt bawah ni aku dpt dr kerk. ada lagi rasanya stok2 gambar kt tamrin. nti aku try mintak kt dia.

ha, ni la kari berapi yg kerk suka tu. tamrin pn pernah menang kari berapi ni free kan? makan melahap xingat smpi jd juara makan mamee.

ni, rombongan sblh lia baru sampai, sblh aidil sambut la kot. ape lagi, bertepuk bergendang berkompang la riuh satu muar. kan2?

ni bila dh nk masuk kt rumah, eh, aku nmpk kipas je, payung xnmpk pn. slalunya bukan akan ada payung gak ke. tah la.

ni, bak kata info yg aku dpt dr kerk via ym td, ni la dipanggil adat istiadat melempar duit syiling. tamrin dh tentu jd juara kalau acara rebut merebut ni. dpt singgit dua posen tu lak tu. koya belana mu, kumrin.

kerk plak dpt dua posen je (dua kupang). ha, siap nk simpan tak mau guna duit tu. kenangan katanya. nk buat azimat la tu, kot2 dapat 20org isteri kan kerk? haha.

dr sumber2 yang bleh dipercayai, sabah pn dpt gak syiling tu. mak datuk, xtau la dia dpt berope, tapi bila gabung ng tamrin, bleh beli klcc kot.

haa, yg ni plak acara bersanding. kedua2 pasangan mempelai duduk bersahaja di atas pelamin, sambil tangan di rapatkan di atas paha. acara menepung tawar mcm kt atas ni la.

pengapit laki ng pompuan ni still the same person mcm kt shah alam dulu tu. kipas jangan tak kipas.

o, sebelah pompuan dulu, buat potong pulut kuning. ni sebelah laki, buat potong kek. weh kerk, sedap gila kek tu, feveret den tu. hg x tapau kt aku ke?

ni kot yg dipanggil menepung tawar. aku pn tak tau sgt. memanjang je xleh nk gi kenduri kawin member2.

ha, the last picture, sabah ng faizah berposing sakan ng pasangan pengantin. skot2 laki sume xnak tunjuk muka. xpe aku paham. perut dh ke depan kan. haha. byk2 la buat pokrol, skotjump, komando rest, pt10, sideroll and so on. baru mantap. ok la, dh makin mengarut lak aku ni. cau.

p/s: kredit tuk kerk atas gmbr ni. pasni, kita tgu kenduri paktam plak la kt baling, kedah. if xsalah aku, 18/12. nanti aku confirm balik ng dia. nampak gaya mcm aku xleh nk pi je. selak diari biru aku, time tu kene training. waa.. nk baca citer kenduri aidil kt shah alam, KLIK SINI okey.

Sabtu, Oktober 18

kenduri aidil - lia.. shah alam

ha, ni gambar time acara potong pulut kuning, acara last skali gak la pas makan. aku gi tgkp gmbr ni tp ada sorg jurukamera tu dok bolot dok buat dewan tu mcm bapak dia yg punya. hangin satu badan. tp ok gak, sempat la amik gmbr dorang tengah potong pulut kuning ni.

sempat gak, aku, wahid ng nurul bergambar ng pasangan pengantin aidil n lia. nk tgu dorg smpi kt meja kitorg, memang beruban la. terus kitorg direct pergi kt depa. kancil ng kawan2 dia dh balik time ni. dorg ada hal, katanya.

ni plak gmbr kontrol hensem. haha. si kancil ni malu2 plak nk tgkp gambar. terpaksa la aku pi cuit org kt depan tu mintak tolg dia. dr kiri, wahid, nurul, aku, kancil, kawan2 kancil, rizal n jerih.

ha, ni la makanan2 yg aku kata dahsyat gila tu, sedap tak terkata, terliur tahap tak ingat. pergh, daging masak kicap tu membuatkan aku lapar la.

ha, ni gambar pasangan pengantin tengah makan. kitorang (aku ng wahid) gi terjah dorang. nasib baik sporting dorg ni.

ha, ni la gambar pasangan pengantin atas pelamin. berseri2 dibaluti kaler emas berkilauan. cantik gila ditambah plak ng dewan jubli perak yg gilang gemilang tu. superb.

ni gmbr dorg tgh potong pulut kuning lagi. sori la, gambar agak blurr. aku dh try edit sehabis upaya dan ini la hasil yg hasilnya. quite ok kan?

gambar yg cantik berkilauan ni, aku pau dr fster aidil. mesti jurufoto professional yg tangkap ni. cantik bangat seh.

tahniah aidil - lia. alhamdulillah, br je balik dr kenduri diorg. acara dihiburkan oleh razak ahmad n ust harun. stil terngiang2 gema lagu semangat juang seorang isteri oleh razak ahmad. best gile. nk kene cari tu. event buat kat dewan jubli perak, bgnn sultan salahuddin abdul aziz shah kt shah alam. gambar? nanti wahid akan upload sbb dia sorg je yg bawak kamera. my comment? sepadan dn secocok aidil ng lia. hensem dan cantik dalam persalinan berwarna emas. actually mcm kaler oren tp taknak la aku mention kaler oren, warna feveret kadikon tu. to aidil and lia, smga kekal bahagia sehingga ke anak cucu, dunia akhirat. byk2 berbincang dan bersabar dalam meniti ranjau perkahwinan. haha. btw, majlis ni memg grand abis. first2 tu, memang cuak gak kitorg nk masuk. mcm berprotokol gile. then, dah masuk and duduk, kurg sket la dup dap dup dap tu. bila acara bermula, dr menepung tawar smpi la makan, baru la lega. haha, bukan lega pasai apa, pasai dh bleh makan la. makanan tu kalu la xde protokol, memg kitorg dh santap and sentap awal2 lagi. first class beb. actually, aku smpi sana skali ng wahid n kak nurul. aku park motor aku kt masjid shah alam, then, tumpg keter wahid gi dewan jubli perak tu. cuaca ingatkan nk hujan tp alhamdulillah smpi abis majlis, cuaca ok. dlm kul 11mlm, aku merempit balik ke rumah aku, dkt2 ng equin park. skot palapes yg gi, aku, wahid, kak nurul n kancil. ada gak 2org kwn kancil n aku, rezal n jerih. bajet 15org tp ramai yg ada hal last minit. biasa la tu. ok la, wpn xpenuh satu meja, tp yg pasti, makanan licin clear. bila dlm dewan tu, teringat lak time malam pra graduan utm. lebih kurg la tp lg sodap seh.mcm yg aku mention tadi, makanan memg gred A punye. sedap bangat tmbh2 daging masak kicap tu, sedap gila smpi menjilat jari la. ha, mula la nak meliur tu. k la, nanti dh dpt gmbr dr wahid, aku citer lg psl majlis yg bagi aku amat grand. to wahid, kak nurul n kancil, tq very much sbb ada skali, kalu x keseorangan dan kesepian la aku. ingatkan dapat jmpa ramai skot, lgpn ni la 1st time aku leh attend kenduri kawin skot2 palapes kita. yg xdpt gi, bleh attend kenduri sebelah lelaki kt muar, ahad 26/10 ni. semua skot palapes batch kita dijemput hadir. kalu semua 93skot bleh turun kt muar nanti, memg terpaku la aidil tak berkelip. malangnya, aku paham, sume orang ada komitmen masing2. n of course aku seniri tak bleh nk gi time tu sbb keje. biasa la, asal hujg mgu je, aku keje. asal keje je, tiba2 dh hujg mgu. begini la nasib pekerja shift mcm aku. lgpn, adat perantau, mental mesti kuat. roger.

ni gambar tak tau la masa bila, lepas akad nikah la kot. aku agak2 je sbb tgk baju dh mcm lain. xpun, masa kenduri malam sebelum tu. nak tau lebih lanjut, kene tanya aidil seniri la, sbb aku pau gambar ni dr fster dia.

p/s: hampir sesat gak nk cari tempat. ni 2nd time aku smpi shah alam. 1st time dulu sbb ada larian 22.5km kt sana. :) tiba2 terlayan blues, time aku kawin nti, sapa la skot yg akan menjelma time tu. dh la kt utara, penang kia plak tu. takpe la, lmbt lg. still have time to think and thank. gambar2 aidil-lia kt atas ni, ada yang aku cilok dr friendster aidil, ada yg amik dr wahid. xpe la. datang tak diundang, ragu2 sila pulang.. haha..

Jumaat, Oktober 17

member2 dh nk kawin..

member2 dh nak kawin. siapa? aku? nanti2 la dulu, baru nk start keje ni. dalam 2, 3 tahun, sampai la seru..

aidil - satu skot dlm palapes utm dulu. esok malam kenduri kt shah alam. esok pas keje, aku tido jap, dalam kul 2ptg gerak gi amik hadiah kt mahadir n terus gerak gi rumah shah. mlm br gi skali ke dewan suk shah alam.





edystate - ni geng satu sekolah almashoor(L). kenduri next week kt tanjung karang. kene ajak izani gi ni sbb yg kt penang memang den dh xleh gi sbb keje time tu. apa la bdk2 ni mengarut nk buat reunion deepavali plak ni.






akim - yg ni plak, xtau la bila. tgu cukup duit dulu naa. xlari org yg dikejar. in case if lari, terpaksa la den kejar. haha.








terjmpa lak seloka ni dlm email tm aku.. layan..

Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)

Bila nak kawin???
Aduuuhh...aku disoal lagi
Kawin???
Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata (aku ambil suami/isteri kau,baru padan muka)

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa...haa...haa)
Andai memilih suami/isteri semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyyy)

Bila nak kawin???
Aaahhh....sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.

MORAL OF THE STORY : DONT ASK!

p/s: sampai masa, sampai la saat aku plak. haha. tgu no, 2, 3 tahun lg, smpi la kad dr aku. by the way, to aidil and edystate, selamat pengantin baru. semoga bahagia dan kekal smpi ke anak, cucu, cicit, piut, dunia akhirat. banyakkan berbincang dan bersabar if facing apa2 masalah. jgn mudah nk melenting tak tentu pasal. yg penting, lebihkan senyuman :)
Related Posts with Thumbnails