Mungkin aku antara yang terlambat untuk menilai dan menghayati Kekasih Kuseru ini. Setelah lebih kurang 12 jam depan laptop aku ni (8mlm -10pg), berjaya juga aku mengkhatamkan siri seram ini. Aku bagi 10 bintang untuk Kekasih Kuseru ini. Jalan cerita yang mantap, plot yang menarik, masuk akal, tak terbawa-bawa dengan gaya cerita yang biasa-biasa (asyik tayang hantu je), tahniah kepada pengarah Khabir Bhatia dan team produksi yang telah berjaya menyebabkan aku tak tidur semalaman gara-gara melayan cerita yang memang menyentuh emosi dan pemikiran ini.
Memang, semua sendiri maklum, bukan mudah nak hasilkan karya seram, dan yang paling penting, karya yang dihasilkan itu diterjemahkan kepada sebuah telefilem dan of course, bukanlah plastik. Hehe, bukan plastik yang dok isi barang-barang tu tau, tapi maksud aku, plastik dalam erti kata, asal cerita seram aje, mesti orang akan menilai rupa hantu yang terjelma tu macam mana. Kan kan?
Secara mudahnya, biarlah aku ceritakan serba ringkas tentang siri Kekasihku Seru ini. Kisah bermula keturunan demi keturunan, sehinggalah ke lapis yang ketujuh (jangan nak sabitkan dengan mahsuri, takde kaitan langsung dengan 7 keturunan ni, haha). Semuanya angkara cinta yang tidak berlandaskan agama, sehinggakan sanggup mempertaruhkan jasad ayah sendiri untuk menghidupkan kembali kekasih yang telah pergi (dalam Tangisan Berdarah pun, Si Hasrudi Jawawi mengadun balik cerita ini apabila Si Hasham menghidupkan kembalik kekasihnya yang telah ditembak sendiri, if tak salah aku la). Bermulalah episod syaitan durjana, yang mengongkong keturunan demi keturunan, salasilah demi salasilah, yang dipanggil SAKA. Saka WARIS (lakonan mantap Hairie Othman) ni, memerlukan anak perempuan setiap keturunan untuk dijadikan sebagai penunggu, yang mana WARIS yang merupakan jelmaan syaitan ini akan menjaga anak perempuan tersebut sehinggalah ke nafas yang terakhir (ceh, macam tajuk novel alaf21 la plak, cerita pasal Malik tu).
Alamak, nanti-nantilah aku ulas lagi. Tapi ingat, aku bagi 10bintang untuk Kekasih Kuseru ni. Of course bukan aku sorang, ramai lagi yang kasik 10 stars for this telefilm. It means, kamurang (gaya bahasa Budak Hutan RAMFC) mesti layan if tak pernah layan lagi. Lagi best dan berilmu dari PUAKA NIYANG RAPIK yang still best lagi tu.
Dan, yang pasti, cerita ni mengingatkan aku kepada Arwah Tok Yah aku ketika nazak (takde kaitan langsung dengan saka ye). Tapi aku pasti, pada malam Tok Yah nazak tu, episod tu terimbau balik bila aku melayan cerita ni. Dan membuatkan aku terkesima seketika. Bagaikan terdengan kembali Tok Yah memanggil-manggil malam tu, "Tolong ayah, tolong Alia, Allah.. Allah, tolong Hakim (aku tak sure betul ke Tok Yah panggil aku, tapi ni yang aku dengar sampai tengah malam, malam tu)". Pengajaran yang aku dapat, 1st time berlaku kematian dalam famili aku,
"Pada saat-saat dah nampak macam meracau tu, baca yasin dan ulang-ulang kalimah syahadah kat telinga. better jangan tidur that night, biar ada orang yang menunggu dan meneman.."
Al-FATIHAH untuk arwah Tok Yah..
Dan seterusnya untuk rakyat Palestin..
"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuanMu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon/Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..." (Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah) Surah al fil: "A'lam tara kay fafa 'ala rob'buka bi as-haa bil fil "A'lam yaj'al kaydahum fi tadhli lin Wa arsala 'alayhim 'tayran ababil "Tarmihim bi hijaratinm min sijjil Fa ja'ala hum ka asfin ma'kul"
p/s: terkesima.. siapa2 yang nak layan cerita ni, boleh layan di www.tv3.com.my. cerita ni bleh gak didownload di http://dramafanclub.blogspot.com/2008/07/kekasih-ku-seru-2.html
Memaparkan catatan dengan label cerita. Papar semua catatan

Khamis, Januari 8
Rabu, Januari 7
USAHA KITA : PILIHLAH

Tengok gambar yang kat atas yang nampak kepala saja tu, kejam gila kan ISRAEL LAKNAT ni. Jom ramai-ramai kita baca Qunut nazilah. Untuk pengetahuan kita bersama, Qunut nazilah adalah doa yang disyariatkan dan disunatkan kepada umat Islam ketika terjadi musibah dan kezaliman. Sunatnya membaca Qunut Nazilah ini merujuk kepada pendapat para ulama dari madzhab Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi'iyyah, Hanbaliyyah dan lain-lainnya.
Imam Syafi'i rahimahullah berkata: "Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh shalat wajib." (Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279).
Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata: "Apabila turun bencana kepada kaum muslimin, hendaknya imam melakukan qunut dan diaminkan oleh orang yang dibelakangnya." (Al-Mughni 1/450).
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata: "Di kalangan ulama ada tiga pendapat tentang qunut. Yang paling benar dari tiga pendapat tersebut, qunut disunnahkan ketika ada keperluan.¨ (Taudhih Al-Ahkam).
Pendapat-pendapat diatas tentunya berlandaskan hadis-hadis yang sahih mutawatir seperti hadits Anas bin Malik radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim yang menjelaskan pelaksanaan qunut nazilah oleh Rasulullahu saw selama sebulan pada peristiwa pembunuhan 60 shahabat penghafal Al-Quran, juga hadis Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim.
Bantulah saudara-saudara kita di Palestin. Bacalah doa Qunut Nazilah ini dalam solat fardhu.
Ada banyak pendapat ulama’ mengenai kaedah yang digunakan. Di Malaysia, Qunut Nazilah biasanya dibaca selepas ruku’ rakaat terakhir dalam solat fardhu secara berjemaah. Sebaik-baiknya dalam solat Maghrib dan solat Subuh.

Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.
1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..
2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam
3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.
Doa anda boleh bacanya sebagai :-
a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.
b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.
c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.
d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.
4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.
5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.
6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.
7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.
8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.
p/s: credit to http://www.zaharuddin.net/ http://www.utusan.com.my/ dan juga teman yg menghantar email ke email TM aku.
Rabu, Disember 10
Bengang dengan roommate?
Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? Get ready for the payback time...
1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bahawa tak ada org kat rumah. Unpack segala barang anda & pergi tidor.
2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dalam 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah sekarang"
3. buat-buat terjaga pada tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalau dia tanya, pura2 tak tahu apa yang dia cakap.
4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"
5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dengan pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dengan kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.
6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."
7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa-apa atau cakap apa-apa. Lepas tu bangun secara tiba-tiba sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"
8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dengan kuat "Horee...!". buka lampu semula.
9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."
10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat-buat pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.
11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahawa yang telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.
12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.
13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dalam risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yang menjumpai roommate anda.
14. Bila roommate anda tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat-buat muka bodoh dan confused.
15. Duduk & renung roommate dalam 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.
16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.
17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, seperti kucing, offer untuk beri makan kepada binatang tersebut. cepat-cepat keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kepada kau.
18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat lah...Macam teknik rebonding... ". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.
19. masa roommate tidur, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), lepas itu panggil member dalam 10 baca yasin ramai-ramai. bila roomate jaga pakat2 buat tak nampak apa-apa.
20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) lepas itu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok-tengok ada mayat.
p/s: miahaha.. sapa nk roommate dengan aku? terguling2 aku baca mende alah ni.. layan je lah..

Khamis, November 20
PATUT la cikgu-cikgu STRESS sampai MENYERAMKAN budak2. miahaha..

Rabu, November 19
SAJAK Seram Lagi Thriller dan Menginsafkan
Saat mendengar IKIM.fm, kita saban ketika diingatkan oleh petikan SAJAK di bawah yang pada aku begitu menginsafkan buat telinga-telinga yg mendambakan kembali ke JALAN TUHAN. Mari kita sama-sama renungi dan hayati SAJAK di bawah ini, aku dapat dari email TM sekali lagi. Moga bermanfaat. Saat Dahi Mencecah Sejadah. Wassalam.
Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!
p/s: SEMOGA BERMANFAAT ;)

Khamis, November 6
Tangisan Berdarah, Misteri dan Seram, 4.5 Bintang
Penulis: Hasrudi Jawawi
Penerbit: Buku Prima
Bintang: 4.5
"Aku akan datang menemui kau di alam nyata. Untuk merampas kembali apa yang telah kau rampas dari aku!"
Membaca Tangisan Berdarah membuatkan pembacaan aku terpaksa dihentikan tatkala jarum jam melangkaui jam 12 tengah malam. Bak Sang Cinderella yang perlu bergegas berlari balik ke arah kereta buah labunya sehinggakan tidak menyedari sepatu cantiknya tertinggal sebelah, begitu jugalah aku yang terpaksa bergegas menutup novel ini sehinggakan perlu melupakan kisah yang telah dibaca. Takut tersampuk cerita bersambung di alam mimpi konon-kononnya. Haha. Konklusinya, elemen keseraman yang cuba ditampilkan oleh Hasrudi Jawawi terserlah. Sehinggakan ada kalanya aku terasa bagai ada mata yang tidak berkelip sentiasa memerhati aku dari jauh. Seriously, aku tak mampu nak teruskan pembacaan malam tu, just abiskan prolog, and terus take cover atas tilam, membuta.
Cerita dimulakan dengan keceriaan sebuah keluarga yang baru balik dari membeli barangan baby kerana sang isteri hanya tunggu masa sahaja untuk melahirkan anak. Aku turut merasai kebahagiaan tersebut bagai aku melihat watak-watak di hadapan aku sendiri. Sedang sang ayah mengambil barang dalam kereta dan mengangkat anak sulungnya untuk masuk ke rumah, terdengar dentuman tembakan yang telah amat mengejutkan aku sebenarnya. Sang isteri, Wan Zarina terus menerpa ke ruang pintu dan tiba-tiba, DUMN, dia juga ditembak. Maka terjadilah pembunuhan 3beranak yang menggemparkan serata taman. Aku sebenarnya tidak menyangka sama sekali akan terjadi pembunuhan ini tatkala dibuai cerita bahagia rumahtangga. Tragedi pembunuhan inilah yang merupakan kunci sebenar cerita ini yang memulakan episod pembabitan alam ghaib menyerupai MAKMAH. Haha, mengarut betul, bukan la, pontianak dan langsuir sebenarnya. Terus jadi tak suspen kan. Maka kisah bermula, heboh satu kampung tatkala mayat sang isteri yang dikuburkan ghaib secara tiba-tiba. Desas desus yang tersebar mengatakan mayat sang isteri telah bertukar menjadi sang langsuir yang mengilai-ngilai mengelilingi kampung. Ayah dan ibu Wan Zarina dipulaukan oleh orang kampung kerana dikatakan Langsuir Wan Zarinalah yang menyerang sepelosok kampung. Di satu sudut perkampungan, seorang manusia berkiblatkan syaitan bernama Wak Sekak sedang khusyuk meratib meraban. Seorang pemuda kelihatan menggigil bertemankan satu jasad yang masih lagi berbalut kain kafan. Kelihatannya jasad tersebut terkujur kaku di hadapan pemuda tersebut yang bernama Hasham. Sebenarnya ada kaitan antara Hasham dengan Wan Zarina ni. Baru abis citer pasal prolog ni, tak masuk isi lagi. Malasnya.
Aku nak cerita ringkas je la. At least, korang tau jalan cerita dan kat mana part yang misterinya tu. Nak cerita bersastera-bersastera ni, nanti aku melalut ke Sempadan Siam la plak, aku yang melebih-lebih karang sampai ulasan lebih panjang dari novel tu sendiri. Haha. Then, plot bergerak ke sebuah kolej. Ada 2watak penting kat sini. Aliff Haikal dan juga Adika Natalia yang berumur lebih kurang 19tahun la. Aliff Haikal ni anak Hasham yang tadi jumpa Wak Sekak tu bersama Puan Sofea. Memang diorang ni orang berada dan Aliff Haikal ni pulak dilambakkan dengan kehidupan yang mewah gilas. Yang Adika Natalia ni, kira awek cun yang vogue gila la. Kat sini la yang aku rasa OSH RAMfc marah tu, sebab si Hasrudi Jawawi ni describe Adika Natalia ni menggunakan nama2 jenama macam Gucci, BUM, dan jenama2 lain la yang aku pun tak ambik tau. Yang aku tau, Si Adika ni memang awek cun yang vogue la kt kolej ni dan Si Alif ni macam lelaki terhangat di pasaran. Ramai orang kata diorang ni couple, tapi sebenarnya bukan. Alif memang dah 3x melamar Si Adika ni, tapi Adika jual mahal. Reasonnya, dia tak nak terkesima dan terluka di kemudian hari. Dia nak fokus pada study dulu. Tapi diorang berdua ni memang best friend la, pi mana pun berkepit berdua.
Setiap bab pasti ada babak yang mengulangi kisah mimpi Si Hasham dan Si Aliff ni yang bertemu dengan 2orang pompuan. Kalau Si Hasham ni yang mimpi, dia akan mimpikan Si Roselia. Kalau Si Aliff ni yang mimpi, dia akan mimpikan Si Wan Zurina yang mati kene tembak tadi. Babak Puan Sofea yang selalu sakit kepala juga turut diulang-ulang sampaikan time Si Hasham ni try check kt kepala Puan Sofea tu, dia terkejut besar (Suspen gilos time ni. Aku memang bajet dia ni la pontianak yang dipaku kat atas ubun-ubun time awal-awal tu, tetapi, nak tau kena layan sendiri). Ni sebagai satu hint di awal-awal cerita, yang masa awal-awal mungkin kita rasa cuak sebab tak faham lagi, tapi semakin ke belakang cerita, rupanya Si Hasrudi cuba mengingatkan kita yang keluarga Si Hasham ni memang sentiasa diganggu terutamanya bila malam Jumaat (malam ni ke?). Hal ini ada kaitan dengan perjanjian antar Si Hasham ni dengan Wak Sekak tadi yang memerlukan selepas Si Hasham ni dapat balik Wan Zarina tu, dia kene gi jumpa Wak Sekak tu sebanyak 44 kali tapi dia mungkir.
Ok, hubungan antara Hasham dengan Wan Zarina. Aku ulas dulu la. Sebenarnya Si Hasham ni berkenan dengan Wan Zarina. Sebelum tu dia pernah suruh mak dan ayah dia masuk meminang. Dia ni boleh dikatakan anak manja jugak la dalam famili tu sebab anak tunggal. Segala kemahuan dan kehendaknya dituruti. Jadi, bila keluarga Si Wan Zarina ni tolak pinangan dia, yang Si Hasham ni dok salahkan ayah dia. Sampai dia tuduh ayah dia saja-saja letak hantaran rendah supaya pinangan ditolak. Ayah dia ni plak, tengah menderita sakit jantung, dah memang ajal kot, meninggal time tengah bertelingkah tu. Maknya turut meninggal tak lama kemudian sebab makan hati denga sikap Si Hasham ni dan tak dapat terima pemergian suaminya. Start dari sini la, Si Hasham ni macam dendam-dendam sayang dengan Si Wan Zarina tadi. Dendam sebab famili dia tolak peminangan tu, dan sayang sebab dia ni memang syok abis kat perempuan ni. Satu je aku tak best sangat pasal novel ni, yang semasa Si Hasham ni boleh senang-senang je curi pistol kawan dia (polis). Then, pendek sangat cerita macamana polis siasat kes pembunuhan 3beranak tu. Sepatutnya kena dipersuspenkan lagi sampai aku yang baca ni puas hati. Haha.
Ok, bercerita pasal Roselia pulak. Roselia ni awek cun yang baru masuk kolej tu. Dia start jumpa dengan Si Aliff tadi semasa Si Aliff ni jadi fasilitator kumpulan diorang. Then, ada satu group kawan Si Aliff ni dapat detect yang ada something wrong dengan Si Roselia tadi ni. Menggemparkan, semua gambar-gambar Roselia yang ditangkap semuanya kabur, dan imej tu jadi buruk tak ingat macam la MAKMAH. Diorang ni (2orang yang dikatakan gay, orang sarawak) pun, dengan merujuk satu buku dari Indon, inform la kat Adika, kawan rapat Si Aliff tadi. Time ni, Aliff dah jatuh cinta dengan Si Roselia ni, sebab kan tadi lamarannya terhadap Adika ditolak mentah-mentah tiga kali. So, nak dijadikan cerita, bermula la episod penyiasatan Adika terhadap Si Roselia. Misi utama, untuk tengok atas ubun-ubun Si Roselia tu ada kesan paku ke tak. Huhu, suspen gila ceritanya time nak abis. Hasrudi sang penulis still berteka-teki sama ada Si Roselia ni betul-betul pontianak atau tak sampai la ke ayat terakhir novel ni.
Sebagai rumusan, awal-awal novel ni, thriller (kes bunuh tadi), then, seram (bermula episod MAKMAH), then, jiwang (kisah budak kolej cintan cintun), then suspen (bila dapat wajah Roselia nampak buruk dalam gambar), then, misteri (time dorang nk buktikan yang Roselia tu pontianak atau tak), then thriller balik (kes bunuh lg, tp xbest sangat part ni, patutnya Abang Ramlee Awang Murshid masuk campur bagi part ni lagi thriller).
Persoalan yang berjaya dibangkitkan oleh sang penulis Hasrudi Jawawi, siapakah sebenarnya Puan Sofea, adakah wanita yang sama dengan Wan Zarina, betulkah Roselia tu pontianak, apa kaitan Roselia tu dengan keluarga Aliff, apa kebenda yang pontianak dlm mimpi Si Hasham tu nak mintak dikembalikan, siapakah perempuan yang Aliff jumpa dalam mimpinya, mengapa bila Aliff panggil perempuan tu, dia buat dek je. Ha, suspen kan? Suspen gilos.
Apapun, andai betul ni 1st novel Hasrudi Jawawi, syabas beteh aku ucapkan. Gempak abis, semua rasa ada dari seram, sedih, suka, girang, ceria, takut, suspen, dan macam-macam lagi la. Harap boleh belajar banyak lagi dengan Abang Ramlee kot. Apasal aku ni jadikan novel Abang Ramlee sebagai kayu ukur papan jenazah ni. Entah la. Maybe dah novel dia yg paling thriller kat Malaysia ni buat masa ni, takde orang lain lagi boleh lawan. Satu lagi, kalau part yang jampi-jampi dan puja-puja meratib tu, if diletak ayat-ayatnya macam yang Ilani Mysara buat dalam Kuseru Namamu, lagi la nampak keseramannya itu. Haha.
Ha, buat BukuPrima, kalau boleh kat belakang novel tu selit-selit la sikit biodata penulis. Kitorang sebagai pembaca nak tau jugak latar belakang dan personal detail penulis tu. Kan2? Haha.
p/s: Ada gak mention pasal Abang Ramlee dalam novel ni, then pasal lagu-lagu Siti Nurhaliza Melawan Kesepian dan juga Anuar Zain Lelaki Ini. Boleh la nak buat koleksi, tak sia-sia aku beli hari tu. Yea.
Aku, Membaca & RAMfc
Aku tidak pandai menulis, juga tidak petah berkata-kata. Bagiku, asalkan apa yang aku cuba sampaikan itu dapat difahami, itu sudah cukup untuk membuatkan aku puas hati. Aku tidak punya apa-apa kelebihan. Cuma manusia biasa yang biasa-biasa. Ada masa, aku diterjah dengan keboringan yang teramat sangat, ada masa aku gembira, ada masa sedih menimpa, ada masa bermuram durja. Aku banyak belajar dari persekitaran, prinsipku bertukar dan berubah seiring dengan usia. Andai awan dapat kucapai, maka saktilah hamba. Haha, apa la aku merepek ni.
Direct to the point, aku nak cerita pasal satu daripada hobi-hobi aku yang tak seberapa. Of course la membaca. Aku ada tiga hobi. Membaca, jogging dan join pertandingan. Tapi, satu-satunya hobi yang dah berakar umbi dalam diri aku, yang aku dapat dari time aku sekolah rendah, yang aku pertahankan sampai la sekarang ni ialah membaca. Yang dua lagi tu, aku dapat time dekat UTM. Orait, apa yang aku baca? Mostly novel la. Oklah, bermulalah sebuah ceritera cinta bagaimana aku mendapat hobi membaca ni, membencinya seketika dan terus mempertahankannya sampai la sekarang.
Bermula sekolah rendah, aku banyak main, banyak main, banyak main, malas belajar, selalu masuk hutan dengan geng2 kampung (sebijik macam dalam filem tentang bulan tu) cari hantu, selalu main perang-perang (nk jadi adnan saidi kononnya), bleh kata zaman ni paling best, kamceng gila dengan geng2 kampung aku. Dari time ni gak, aku dh mula sebati dengan buku, aku tolong pinjam buku kat library sekolah, then balik rumah, lawan baca dengan mak, dengan Kak Miah (jiran aku). Haha. Mungkin dari sini kot terdetiknya cintaku kepada hobi membaca ni. Time ni, aku baca novel yang nipis2 je la, satu je yang aku ingat sampai sekarang ni, Pedamaran Rimba. Penulis aku dh tak ingat, maleh den nk carik kat google. Haha. Alhamdulillah, walaupun banyak main guli, banyak main sorok-sorok, banyak main tuju kasut, banyak gi kejar mesin padi, banyak gi tangkap ikan, banyak main getah, banyak main batu selambut, aku skor jugak dalam UPSR walaupun result sederhana, dan layak masuk sekolah asrama. xbestnya.
Then, masuk sekolah menengah, sekolah asrama tu kat sebelah pulau (rumah aku kt seberang). Dapat kelas paling belakang sekali. Aku buat dek je mula-mula tu, tapi sampai satu ketika, abis exam pertengahan sem kot, aku terinsaf. Tengok budak2 yg kaya raya dok pulun tak ingat, takkan aku nak buat dek je kot, dah la family aku susah, adik beradik ramai lak tu (time ni aku ada 6orang adik beradik, apakan daya, aku ditakdirkan menjadi abg long dalam family) , by hook or by crook, aku mesti belajar rajin-rajin. So, mungkin terkesima dengan keadaan, aku rela menjadi seorang pelajar skema. Haha. Kawan-kawan yang lain kutuk pun, aku buat dek je. Kerja aku, belajar, belajar dan belajar. Hobi membaca? Kureng sket time ni, novel tak banyak kat library. Tapi boleh kata semua novel yang ada tu aku dah baca la. Novel yang aku ingat, Masuk Ke Dalam Cahaya by Abdullah Hussain. Best. Time ni gak, aku tak aktif langsung sukan. Setakat join main bola tampar, badminton ng pingpong petang-petang tu pernah la tapi aku tak minat. Medal? Time sekolah menengah ni, aku ada SATU je medal. Acara apa? Jalan Kaki. Fuyyo, no3 tu. Haha. Aku keluar sekolah menengah dengan menjadi best student. Best ke? Bagi aku tak best, sebab aku tak tau halatuju time ni. Main sondol je. Aku sondol je masuk matrik bila dapat offer. Lagi satu, start sekolah asrama ni, aku dh jadi tak kamceng dengan geng-geng kat kampung. Ni yang paling aku tak suka dan kalau boleh aku nk masuk balik sekolah menengah ni weh. Haha, emosi la kononnya.
Then, kat matrik, just sebelah kampung aku je. Dari matrik ni, aku boleh nampak bumbung rumah aku. Rindu rumah. Haha. Kat sini la aku tau baca novel-novel yang best2 ni, novel popular. Abg Ramlee start jadi my fovourite author time ni la, setelah aku terbaca Tombiruo. Susah gila nak cari novel ni kat library, ramai yang dah book awal-awal (ni pun aku dapat baca secara tiba2, sorang kawan aku yang bagi aku pinjam). Tapi, time ni, especially masa nk abis sem2 matrik, hobi membaca aku terlalu menguasai diri, sampai aku sendiri jadi benci. Sampai aku rasa aku tak boleh nak studi. Haha, bermula la zaman aku menyalahkan novel bila dapat result teruk. Di matrik ni juga, semangat belajar tu semakin kurang, terutamanya bila sorang demi sorang budak kuliah aku dapat offer oversea. Baru aku tau, silap aku yang sebesar-besarnya, aku tak isi borang JPA selepas spm dulu. Haram, macamana aku boleh tak tau. Tapi, mungkin berkat doa mak, ayah dan adik-adik kat rumah, result aku tak jauh jatuhnya. Takde la teruk sangat, cuma tak jadi the best je la. Time ni la kene kutuk dengan sorang minah pompuan ni, "akim, hang ni budak skema ar" Haha, siap gelakkan aku. Aku terasa, aku pendam, aku pendam, aku pendam. Lepas ni aku dh xmo jadi budak skema. Tapi aku fikir time ni, kalaula aku tak jadi budak skema time sekolah dulu, berjayakah aku memanjat tangga kejayaan sampai ke tahap sekarang ni. Aku sakit hati dengan budak pompuan tu, tapi malas nak ambik kisah.
Then, dapat masuk UTM. Awalnya, aku masuk dengan penuh keazaman. Tapi, tak sampai seminggu, aku jadi lalok, aku jadi jeles dengan semua orang. Kenapa apa yang aku nak dan inginkan, aku tak pernah dapat on the spot. Time ni, kejelesan kepada kawan-kawan memuncak. Aku jeles diorang ada Motor. Aku jeles diorang ada Komputer. Aku jeles diorang ada segala-galanya. Dan aku tiada apa-apa. Ada ke patut diorang ada basikal pun aku jeles. Betapa tidak matangnya. Betapa kanak-kanaknya pemikiranku time tu. Ha, camne plak dari budak skema boleh join palapes UTM yang brutal tu. Entah la, aku rasa time ni, aku perlukan perubahan. So, aku masuk palapes ni. Sebabnya, aku dah tekadkan hati, aku nak berubah. Aku nak rasa apa yang aku tak rasa kat sekolah dulu. Aku nak rasa camne berkawad, berkhemah, pumping, sideroll, forward roll, squad jump, commando rest dan macam2 lagi la (kat sekolah dulu aku masuk pbsm, haha, budak-budak sekolah aku cakap, persatuan borak semenanjung malaysia. aku rasa terhina gila, tapi sondol je la, terpaksa tahan hati, aku ini bukan siapa2, hanya budak miskin yang menumpang di sudut dunia). Masuk dengan penuh cuak, risau, janggal, sengal, ntah la macam-macam perasaan ada. Ye la, aku bukan budak sport, funky, monkey, ape tah lagi, tiba2 bleh terjah masuk palapes la pulak. Masa test lari, wow, aku terkejut, terkesima, aku no2 weh. Macam tak percaya. Ukur tinggi, ukur berat, siap ada ujian batuk lg, yea, aku lepas. Berjaya masuk palapes. Horray2.
Zaman kepalapesan bermula. Aku takde lah menonjol sangat, cuma aku libatkan diri dalam acara2 yang aku tak pernah buat sebelum ni. Dan of course aku tak percaya yang aku boleh buat dengan penuh berjayanya. Aku bersyukur gila2 sebab masuk palapes ni, dan dari sini gak, minat membaca yang semakin pudar time last2 sem dekat matrik dulu, memuncak balik. Aku dapat 2lagi hobi baru, join pertandingan dan jogging. Semua ni gara-gara palapes. Aku dah ada team untuk ketiga-tiga hobi ni. haha, walaupun aku la yang selalu jadi tukang pinjam novelnya, yang jadi tukang isi form untuk pertandingannya dan jadi tukang ajak untuk joggingnya (selalunya petang-petang jam6, lari bawa pack naik balai cerap). Dari sini, dah ada dua tiga orang team palapes yang suka baca novel-novel thriller macam aku. So, bertukar-tukar novel, bertukar-tukar pendapat. Dari sini gak, aku dah mula sedar, aku mesti ada aku punya prinsip sendiri yang tetap, hobi yang tetap, pemikiran sendiri. Ada gak yang menyakat aku ni hantu novel la, hantu buku la, apa la. Haha. Nasibla, nak kata apa pun kata la, yang penting aku buat benda yang tak salah dari segi agama dan tatasusila. Zaman kt UTM ni, aku banyak belajar pasal kehidupan, up and down, walaupun study aku sedikit berterabur, sampaikan setiap semester dapat surat cinta dari penaja aku, sampaikan aku terpaksa extend tambah satu sem (ni aku menyesal gila2 sampai sekarang ni). Dah la, xmo cerita pasal kat UTM dah.
Ok, cerita sekarang. Zaman dah bekerja pulak. Aku dah bulatkan tekad dan azam. Bak kata sudin dalam Seniman Bujang Lapok, dengan muka penuh bertompok dengan bedak sejuk, dengan tangan penuh menggeletar,"Walaupun rupamu tidak ku kenal, tetapi membaca, jogging dan join contest tetap menjadi pojaan hobiku." Haha, macam kelakar la plak. Walaupun teman2 serumah punya laa dok kutuk hobi-hobi aku ni, aku berbisik pada hati, "hidup mesti berani terima kenyataan, mental mesti kuat., Akim" Satu hari tu, tengah seronok-seronok layan friendster, jmpa maklumat kata ada perjumpaan RAMfc kat KFC, Central Market. Uiks, Abang Ramlee pun turun skali tu, aku terus salin kt handset tarikh, hari, masa dan no hp Kak Elle. Maka dengan tidak malunya, pabila tibanya hari yang tersebut, aku terjah je. Berbekalkan beg loreng yang sentiasa menjadi peneman, haha, aku terjah, terjah dan terjah ke KFC tu. Lalu, sejarah menyaksikan, rupanya aku bukan keseorangan. Best bertukar-tukar fikiran dan cerita dengan ahli RAMfc. Dan secara tiba-tiba aku dah ada abang-abang dan kakak-kakak yang aku rasa mesra terlebih-lebih ni. Haha. Ni lah resultnya sejak aku join RAMfc ni, yang paling penting, aku dh mula ada blog yang tak best ni.
Ni gambar time aku terjah Naz Ahmad Melodi di KFC Pasar Seni. Gambar atas ihsan Kak Faizah. Best gile sebab dapat kenal geng2 yang suka membaca gak. Tambah-tambah semuanya hard core peminat novel Ramlee Awang Murshid, Novelis Thriller No.1 Malaysia ni. Suspect and respect Abang Ramlee, tetiba je bleh duduk sebelah aku yang tah sapa2 ni. Haha. Sebenarnya aku nak cerita benda ni je dari tadi, tak tau la boleh meleret-leret sampai terpaksa jap aku pemberita Hari Ini Dalam Sejarah (wow, sejarah, aku suka). Haha.
Gambar tengah2 tu, Bro Attokz, Kak Faizah dengan Abg Ramlee. Yang hujung kt atas tu, orang paling besar dalam Alaf21, En Nordin ataupun nama penanya, Eyman Haikal.
Ni sume yang hadir. Alamak, xde la plak gambar Kak Dayang dgn Aizudin. Kak Linda tu, satu team dengan aku gak, TM Berhad, tapi dia dekat Kota Kinabalu, Sabah bah.
Ni la gambar Novelis Thriller No.1 Malaysia yg aku suspect and respect sgt2 tu, Abg Ramlee Awang Murshid. Tengah tandatangan novel Kak Elle kot ni.
Ni plak gambar time aku attend 1st meeting RAMfc kat Restoran Kg Pandan, Jalan Yap Kwang Seng aritu. Malangnya, aku dianugerahkan perjawatan yang agak tak larat untuk aku menanggung balaknya. Haha. Tapi, mental mesti kuat. Gambar atas ihsan Anim, uiks, xde la plak gambar ko..
Aku dengan Abang Mielong. Tengok rambut aku, serabai macam orang baru bangun tido. Haha, actually memang baru bangun pun. Pagi tadi baru abis keje, balik tido jap, bangun, mandi kerbau dan terus merempit ke tempat meeting.
Kak Chef, Bro Attokz dan aku. Time ni Bro Attokz tengah khusyuk meluahkan segala pengalaman beliau dalam berpersatuan ni.
Kak Chef, Abg Websutera dan aku lagi? Nampak tak, Bro Attokz bertukar menjadi Abg Websutera secara tiba-tiba. Magic kan? Haha.
Kak Elle dan Kak GC. Ni Kak GC dapat hadiah sebab logo RAMfc rekaannya berjaya menjadi logo tetap RAMfc. Tahniah Kak GC. Tu, ada remos tutup mata tu. Haha.
Kak Elle, Osh wartaweb dan Kak Arms. Tengokla Osh tu, sebijik macam wartawan bersamamu tV3 tu kan. Mazidul Akmar Sidek, opss bukan2.. yang sorang lagi tu.. Mazuin ape tah.
p/s: Aku gembira dengan hidup aku sekarang. Haha. Walaupun ada banyak yang still tak terurus, aku gembira. At least, tatkala berduka atau terlebih suka, ada tempat yang aku boleh share perasaan. Kat mana? Ha, di sini www.simurl.com/ram Jom join aku terjah ke blog RAMfc ni. Haha. Akulah laksamana berduka dari Tanah Rencong yang mula rasa gembira sekarang ni :)
Direct to the point, aku nak cerita pasal satu daripada hobi-hobi aku yang tak seberapa. Of course la membaca. Aku ada tiga hobi. Membaca, jogging dan join pertandingan. Tapi, satu-satunya hobi yang dah berakar umbi dalam diri aku, yang aku dapat dari time aku sekolah rendah, yang aku pertahankan sampai la sekarang ni ialah membaca. Yang dua lagi tu, aku dapat time dekat UTM. Orait, apa yang aku baca? Mostly novel la. Oklah, bermulalah sebuah ceritera cinta bagaimana aku mendapat hobi membaca ni, membencinya seketika dan terus mempertahankannya sampai la sekarang.
Bermula sekolah rendah, aku banyak main, banyak main, banyak main, malas belajar, selalu masuk hutan dengan geng2 kampung (sebijik macam dalam filem tentang bulan tu) cari hantu, selalu main perang-perang (nk jadi adnan saidi kononnya), bleh kata zaman ni paling best, kamceng gila dengan geng2 kampung aku. Dari time ni gak, aku dh mula sebati dengan buku, aku tolong pinjam buku kat library sekolah, then balik rumah, lawan baca dengan mak, dengan Kak Miah (jiran aku). Haha. Mungkin dari sini kot terdetiknya cintaku kepada hobi membaca ni. Time ni, aku baca novel yang nipis2 je la, satu je yang aku ingat sampai sekarang ni, Pedamaran Rimba. Penulis aku dh tak ingat, maleh den nk carik kat google. Haha. Alhamdulillah, walaupun banyak main guli, banyak main sorok-sorok, banyak main tuju kasut, banyak gi kejar mesin padi, banyak gi tangkap ikan, banyak main getah, banyak main batu selambut, aku skor jugak dalam UPSR walaupun result sederhana, dan layak masuk sekolah asrama. xbestnya.
Then, masuk sekolah menengah, sekolah asrama tu kat sebelah pulau (rumah aku kt seberang). Dapat kelas paling belakang sekali. Aku buat dek je mula-mula tu, tapi sampai satu ketika, abis exam pertengahan sem kot, aku terinsaf. Tengok budak2 yg kaya raya dok pulun tak ingat, takkan aku nak buat dek je kot, dah la family aku susah, adik beradik ramai lak tu (time ni aku ada 6orang adik beradik, apakan daya, aku ditakdirkan menjadi abg long dalam family) , by hook or by crook, aku mesti belajar rajin-rajin. So, mungkin terkesima dengan keadaan, aku rela menjadi seorang pelajar skema. Haha. Kawan-kawan yang lain kutuk pun, aku buat dek je. Kerja aku, belajar, belajar dan belajar. Hobi membaca? Kureng sket time ni, novel tak banyak kat library. Tapi boleh kata semua novel yang ada tu aku dah baca la. Novel yang aku ingat, Masuk Ke Dalam Cahaya by Abdullah Hussain. Best. Time ni gak, aku tak aktif langsung sukan. Setakat join main bola tampar, badminton ng pingpong petang-petang tu pernah la tapi aku tak minat. Medal? Time sekolah menengah ni, aku ada SATU je medal. Acara apa? Jalan Kaki. Fuyyo, no3 tu. Haha. Aku keluar sekolah menengah dengan menjadi best student. Best ke? Bagi aku tak best, sebab aku tak tau halatuju time ni. Main sondol je. Aku sondol je masuk matrik bila dapat offer. Lagi satu, start sekolah asrama ni, aku dh jadi tak kamceng dengan geng-geng kat kampung. Ni yang paling aku tak suka dan kalau boleh aku nk masuk balik sekolah menengah ni weh. Haha, emosi la kononnya.
Then, kat matrik, just sebelah kampung aku je. Dari matrik ni, aku boleh nampak bumbung rumah aku. Rindu rumah. Haha. Kat sini la aku tau baca novel-novel yang best2 ni, novel popular. Abg Ramlee start jadi my fovourite author time ni la, setelah aku terbaca Tombiruo. Susah gila nak cari novel ni kat library, ramai yang dah book awal-awal (ni pun aku dapat baca secara tiba2, sorang kawan aku yang bagi aku pinjam). Tapi, time ni, especially masa nk abis sem2 matrik, hobi membaca aku terlalu menguasai diri, sampai aku sendiri jadi benci. Sampai aku rasa aku tak boleh nak studi. Haha, bermula la zaman aku menyalahkan novel bila dapat result teruk. Di matrik ni juga, semangat belajar tu semakin kurang, terutamanya bila sorang demi sorang budak kuliah aku dapat offer oversea. Baru aku tau, silap aku yang sebesar-besarnya, aku tak isi borang JPA selepas spm dulu. Haram, macamana aku boleh tak tau. Tapi, mungkin berkat doa mak, ayah dan adik-adik kat rumah, result aku tak jauh jatuhnya. Takde la teruk sangat, cuma tak jadi the best je la. Time ni la kene kutuk dengan sorang minah pompuan ni, "akim, hang ni budak skema ar" Haha, siap gelakkan aku. Aku terasa, aku pendam, aku pendam, aku pendam. Lepas ni aku dh xmo jadi budak skema. Tapi aku fikir time ni, kalaula aku tak jadi budak skema time sekolah dulu, berjayakah aku memanjat tangga kejayaan sampai ke tahap sekarang ni. Aku sakit hati dengan budak pompuan tu, tapi malas nak ambik kisah.
Then, dapat masuk UTM. Awalnya, aku masuk dengan penuh keazaman. Tapi, tak sampai seminggu, aku jadi lalok, aku jadi jeles dengan semua orang. Kenapa apa yang aku nak dan inginkan, aku tak pernah dapat on the spot. Time ni, kejelesan kepada kawan-kawan memuncak. Aku jeles diorang ada Motor. Aku jeles diorang ada Komputer. Aku jeles diorang ada segala-galanya. Dan aku tiada apa-apa. Ada ke patut diorang ada basikal pun aku jeles. Betapa tidak matangnya. Betapa kanak-kanaknya pemikiranku time tu. Ha, camne plak dari budak skema boleh join palapes UTM yang brutal tu. Entah la, aku rasa time ni, aku perlukan perubahan. So, aku masuk palapes ni. Sebabnya, aku dah tekadkan hati, aku nak berubah. Aku nak rasa apa yang aku tak rasa kat sekolah dulu. Aku nak rasa camne berkawad, berkhemah, pumping, sideroll, forward roll, squad jump, commando rest dan macam2 lagi la (kat sekolah dulu aku masuk pbsm, haha, budak-budak sekolah aku cakap, persatuan borak semenanjung malaysia. aku rasa terhina gila, tapi sondol je la, terpaksa tahan hati, aku ini bukan siapa2, hanya budak miskin yang menumpang di sudut dunia). Masuk dengan penuh cuak, risau, janggal, sengal, ntah la macam-macam perasaan ada. Ye la, aku bukan budak sport, funky, monkey, ape tah lagi, tiba2 bleh terjah masuk palapes la pulak. Masa test lari, wow, aku terkejut, terkesima, aku no2 weh. Macam tak percaya. Ukur tinggi, ukur berat, siap ada ujian batuk lg, yea, aku lepas. Berjaya masuk palapes. Horray2.
Zaman kepalapesan bermula. Aku takde lah menonjol sangat, cuma aku libatkan diri dalam acara2 yang aku tak pernah buat sebelum ni. Dan of course aku tak percaya yang aku boleh buat dengan penuh berjayanya. Aku bersyukur gila2 sebab masuk palapes ni, dan dari sini gak, minat membaca yang semakin pudar time last2 sem dekat matrik dulu, memuncak balik. Aku dapat 2lagi hobi baru, join pertandingan dan jogging. Semua ni gara-gara palapes. Aku dah ada team untuk ketiga-tiga hobi ni. haha, walaupun aku la yang selalu jadi tukang pinjam novelnya, yang jadi tukang isi form untuk pertandingannya dan jadi tukang ajak untuk joggingnya (selalunya petang-petang jam6, lari bawa pack naik balai cerap). Dari sini, dah ada dua tiga orang team palapes yang suka baca novel-novel thriller macam aku. So, bertukar-tukar novel, bertukar-tukar pendapat. Dari sini gak, aku dah mula sedar, aku mesti ada aku punya prinsip sendiri yang tetap, hobi yang tetap, pemikiran sendiri. Ada gak yang menyakat aku ni hantu novel la, hantu buku la, apa la. Haha. Nasibla, nak kata apa pun kata la, yang penting aku buat benda yang tak salah dari segi agama dan tatasusila. Zaman kt UTM ni, aku banyak belajar pasal kehidupan, up and down, walaupun study aku sedikit berterabur, sampaikan setiap semester dapat surat cinta dari penaja aku, sampaikan aku terpaksa extend tambah satu sem (ni aku menyesal gila2 sampai sekarang ni). Dah la, xmo cerita pasal kat UTM dah.
Ok, cerita sekarang. Zaman dah bekerja pulak. Aku dah bulatkan tekad dan azam. Bak kata sudin dalam Seniman Bujang Lapok, dengan muka penuh bertompok dengan bedak sejuk, dengan tangan penuh menggeletar,"Walaupun rupamu tidak ku kenal, tetapi membaca, jogging dan join contest tetap menjadi pojaan hobiku." Haha, macam kelakar la plak. Walaupun teman2 serumah punya laa dok kutuk hobi-hobi aku ni, aku berbisik pada hati, "hidup mesti berani terima kenyataan, mental mesti kuat., Akim" Satu hari tu, tengah seronok-seronok layan friendster, jmpa maklumat kata ada perjumpaan RAMfc kat KFC, Central Market. Uiks, Abang Ramlee pun turun skali tu, aku terus salin kt handset tarikh, hari, masa dan no hp Kak Elle. Maka dengan tidak malunya, pabila tibanya hari yang tersebut, aku terjah je. Berbekalkan beg loreng yang sentiasa menjadi peneman, haha, aku terjah, terjah dan terjah ke KFC tu. Lalu, sejarah menyaksikan, rupanya aku bukan keseorangan. Best bertukar-tukar fikiran dan cerita dengan ahli RAMfc. Dan secara tiba-tiba aku dah ada abang-abang dan kakak-kakak yang aku rasa mesra terlebih-lebih ni. Haha. Ni lah resultnya sejak aku join RAMfc ni, yang paling penting, aku dh mula ada blog yang tak best ni.
Ni gambar time aku terjah Naz Ahmad Melodi di KFC Pasar Seni. Gambar atas ihsan Kak Faizah. Best gile sebab dapat kenal geng2 yang suka membaca gak. Tambah-tambah semuanya hard core peminat novel Ramlee Awang Murshid, Novelis Thriller No.1 Malaysia ni. Suspect and respect Abang Ramlee, tetiba je bleh duduk sebelah aku yang tah sapa2 ni. Haha. Sebenarnya aku nak cerita benda ni je dari tadi, tak tau la boleh meleret-leret sampai terpaksa jap aku pemberita Hari Ini Dalam Sejarah (wow, sejarah, aku suka). Haha.

Ni plak gambar time aku attend 1st meeting RAMfc kat Restoran Kg Pandan, Jalan Yap Kwang Seng aritu. Malangnya, aku dianugerahkan perjawatan yang agak tak larat untuk aku menanggung balaknya. Haha. Tapi, mental mesti kuat. Gambar atas ihsan Anim, uiks, xde la plak gambar ko..
p/s: Aku gembira dengan hidup aku sekarang. Haha. Walaupun ada banyak yang still tak terurus, aku gembira. At least, tatkala berduka atau terlebih suka, ada tempat yang aku boleh share perasaan. Kat mana? Ha, di sini www.simurl.com/ram Jom join aku terjah ke blog RAMfc ni. Haha. Akulah laksamana berduka dari Tanah Rencong yang mula rasa gembira sekarang ni :)
Misteri Mayat Terapung Di Resort Melati, Novel Misteri, 3 Bintang

Penulis: Kusyi Hirdan
Penerbit: Midnight Pres
Bintang: 3
Aku abis baca cerita ni malam kelmarin. Kenapa aku bagi 3stars je, mesti ada sebab. Pertama, aku cukup anti kalau ada salah ejaan. Dalam novel ni, rimas gak aku sebab jumpa banyak kesalahan2 ejaan sampaikan hangin gak la satu badan aku. Kalau boleh nk je aku betulkan dengan pena dakwat merah macam Teacher English aku yang garang dulu kat sekolah buat kat buku latihan aku. Menyakitkan hati dan perasaan. Kedua, tulisannya besar gedabak, aku tak suka. Macam sengaja je nak bagi nampak tebal. Taktik apakah ini? Dah la, taknak bagi aku kutuk dan bagi banyak-banyak alasan. Pasal jalan ceritanya, aku berpuas hati sebab Kusyi Hirdan berjaya membuak-buakkan perasaan aku untuk lebih tahu dan memaksa aku membaca sampai habis. At least, betul la apa yang ditulis kat kulit novel ni, Novel Misteri.
Macam aku cakap tadi, jalan cerita boleh tahan la. Sinopsisnya lebih kurang begini. Fardiana, watak utama novel ni frust menonggeng dan patah hati dengan tunangnya, Halil dan buat keputusan untuk putuskan pertunangan sebab Si Halil ni kantoi ada hubungan sulit dengan bosnya. Directly aku cakap, Halil ni seorang gigolo. Untuk mengubat hati yang rawan sebab putus tunang tu, Si Fardiani ni nekad nak tukar kerja. So, dapat la offer dari sebuah resort ni, Resort Melati namanya.
Dapat je offer tu, Si Fardiana ni terus terima walaupun resort tu jauh di pedalaman. Bermula kat resort ni la, satu pembunuhan terjadi. Bos resort ni namanya Armizan. Ada sorang isteri bernama Azian. Tapi tu cerita 5tahun lepas la. Isteri dia ni dah arwah sebab ditemui terapung dalam tasik kat resort ni. Yang peliknya, polis tak dapat nak cari pembunuhnya sampai la 5tahun. Bermula dengan Si Fardiana ni masuk kerja kat situ, alih-alih ada satu lagi mayat ditemui terapung kat tasik tu. Mayat pekerja resort ni gak yang bernama rusydi. Aku yang baca ni mula la meneka-neka siapa la pembunuh yang sebenar. Rupanya pembunuhan tu ada kaitan dengan peristiwa lama yang berlaku 5tahun lepas (time Azian tu mati).
Aku punya la dok suspek yang pekerja yang banyak mulut pokpek pokpek yang bunuh. Rupanya orang lain da. Aku sebijik kena tipu dengan pengarang ni. Tapi, aku hanya mampu bagi 3bintang je untuk novel ni. Tak terdaya aku nak bagi lebih-lebih bintang. Banyak yang aku tak puas hati gak. Setakat nak baca tu, boleh la nak layan.
Oklah, ayat best dari novel ni, "selesaikan cepat-cepat, cakap terus terang" Satu lagi, apa yang aku dapat dari novel ni, dont judge a book by its cover. Macam contoh dalam cerita ni, aku dah salah anggap kat Cik Asiah, pompuan yang banyak mulut, sombong, suka menghasut dan selalu menjerit dalam bilik sorang-sorang tu. Aku suspek dia yang nak kena tangkap dengan Inspektor Azizi tu, rupa-rupanya ada orang lain lagi yang lebih terrorist dari Si Asiah ni.
Haha, roger.
Rabu, November 5
aku kena tag oleh opismate.. tidakkKK..
sebelum ni asyik dok baca blog org jek. org tu kene tag. org ni kene tag. alih2, aku plak kene tag ng opismate aku ni. layan je la. haha.
1.Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
family and friends.. eeh, benda ke? alah, benda hidup.. bleh2..
2. Apakah benda terakhir yang anda beli dengan wang sendiri?
6novel3. Di manakah tempat impian perkahwinan anda?
hutan keningau boleh x? haha..4. Berapa lama anda rasa hubungan anda akan berkekalan?
ntah. hubungan apa ni? if ng family n friends, selama2 nya la5. Adakah anda sedang di lamun cinta?
blom lg. masih mencari dan mengejar. tp stil xdapat2. if dh cukup duit nti (dlm 2tahun lg la), in case xde gak calon, suh mak aku cari la. senang sket, berkat pn berkat. :)

6. Dimanakah restoran terakhir anda makan malam?
desaminium rimba, rumah sewa aku da7. Namakan buku terakhir yang anda beli?
personal justice8. Apakah nama penuh anda?
9. Anda lebih senang dengan mak atau ayah?
ayah10. Namakan seseorang yang anda ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
adnan saidi11. Christina atau Britney????
both, boleh?12. Adakah anda mencuci pakaian anda sendiri?
13. Tempat yang paling seronok anda mahu pegi?
bulan (tentang bulan, layan..)14. Pelukan atau ciuman?
both, boleh?
15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag anda
ofismate, asal tganu, xsuka buku tp suka kartun, stay kt putrajaya, ada blog http://imapeace.wordpress.com/both, boleh?
15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag anda
16. 8 perkara yang amat saya gilai
novel, jogging, join contest, novel, jogging, join contest, novel, jogging
17. 8 perkataan yang sering di ucapkan lah
daa, roger, patut laa, slmt pg osc, haha, ok, yeke, skot jump la weh
18. 8 buah buku yang paling terbaru di baca
tangisan berdarah, misteri mayat terapung di resort melati, labyrinth, sebuah kisah cinta lagenda bujang senang, kasih seharum lavender, setelus impian, mencari cinta, nafas teakhir19. 9 lagu yang boleh saya dengar berulang kali
bila kau jauh (shanon), kesaksian (opick), bila waktu telah berakhir (opick), tombo ati (opick), cinta buatan malaysia (search), roman picisan (dewa/dreborn), ayah dan ibu (sudirman), nyalakan tekad dan last, sepohon kayu daunnya rimbun20. 8 perkara saya pelajari tahun lalu
-hidup mesti berani terima kenyataan, mental mesti kuat
-kelemahan itu datang dari rasa takut dan malu dlm diri
-memenuhi segala kesesuaian dengan hati semua manusia adalah hal yang tak mungkin dicapai
-Allah tidak menguji kita dengan apa yang kita tidak mampu
-teruskan berselawat, itu ubat penghalau gemuruh
-bila kita down, kadangkala kita kena ingat balik kejayaan kita
-langit tak selalunya cerah, mesti ada persediaan untuk itu semua
-maut datang menjelma tak tentu masa, beringat selalu, persediaan mesti ada
ok, aku nk tag sahabat2 ramfc la, kak illa ng abg web.. boleh?
Selasa, November 4
Akukah Suami Mithali Itu?
Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia "mengandung kot?" Dia kata tak ada Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja, saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah. Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.
Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya. Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap. Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.
Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam. Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya.
Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?
1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar.
Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah.
"Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya".
Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan".
Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.
Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi, wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.
Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini.
Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.
Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput, sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru. Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah 'mama'nya seperti saya.
Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah. Oh! janganlah tumpah lagi. Sudah terlalu banyak tertumpah. Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi. Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.
Saya tidak mahu terus melayan perasaan, segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi. Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya. Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya. Insyallah tidak lama lagi, akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.
p/s: dlm keributan tangan mengketik keyboard menjalar meneroka laman sesawang yg tiada bertepi, sambil denyut2 kecil makin terasa di kepala menandakan fikiran yang semakin berserabut, aku terpaku membaca cerita best ini. credit to amymastura.blogspot.com again. hasrul, jom gathering 15nov ni kt rumah alumni, utmkl. alang2 aku dpt cuti sabtu ni, skot2 palapes batch aku pn khabarnya ramai yg akan turun. yg dh confirm, aku n asrul ghana. detail spt berikut. yg plg penting, xpayah sign kembaran atau nk cop jari. buang masa je tgu lama2. haha..
event: open house alumni UTM
venue: rumah alumni, 30 jln maktab off jln semarak
time: 5pm-12midnight
roger.

Lelaki Suka Menyelerak?
Lelaki suka menyelerak? Fakta ke auta ni. Haha, tambah-tambah bila fikiran semakin kusut, hati semakin bengang, mental semakin lemah, iman semakin tipis, mcm condition aku skang ni. Muhasabah. Muhasabah. Setiap mata, hati, tangan, kaki akan jadi saksi besar di Padang Mahsyar kelak. (lagu kesaksian diri by opick ni, memg aku xleh lupa)
Bagaimana anda menambat hati lelaki, terutamanya aku? Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki?
[+]Terima lelaki agar dia menerima anda. Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain "Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.
[+]Fahamilah lelaki agar dia memahami anda. Cuba memahami perangai sedia ada pada seseorang lelaki dan cuba menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.
[+]Berubah untuk menikmati perubahan. Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.
[+]Sanggup memberi untuk menerima. Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.
[+]Percaya untuk dipercayai. Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta kepada yang ada, memujuk kepada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya kepada anda, bukanlah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.
[+]Menangkan lelaki untuk menang. Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.
[+]Sifat negatif akan membuahkan kesan negatif. Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda berasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya berubah.
[+]Bertanggung jawab dan menikmati kesan tanggung jawab. Sebenarnya tanggung jawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab suami kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggung jawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun.
[+]Kritikan akan membuahkan kritikan. Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirtinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki, menjejaskan rasa kepentingan diri dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkriti anda pula.
[+]Beri kepada lelaki apa yang dia mahu. Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki (i) kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk mejadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia dan akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.
[+]Tunjuk minat tulen terhadap lelaki. Dia akan menujukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda kepadanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.
[+]Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar. Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum kepada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali kepada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum kepadanya. Senyum menyebabkan lelaki suka kepada anda.
[+]Panggillah lelaki dengan panggilan manja. Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.
[+]Hormati dia sebagai lelaki. Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat.
[+]Dunia lelaki yang berbeza dari wanita. Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:
[1]Hidup lelaki lebih mudah. Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
[2]Bahasa lelaki adalah berlainan. Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.
[3]Lelaki suka membisu. Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
[4]Lelaki tidak kompleks. Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.
[5]Jangan paksa lelaki. Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaannya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.
[6]Lelaki berahsia dengan lelaki lain. Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.
[7]Lelaki pentingkan kejujuran. Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.
[8]Lelaki perlu keselesaan perasaan. Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita.
[9]Lelaki tidak suka dikritik. Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat. Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.
[10]Lelaki juga mahukan sokongan. Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: "saya cintakan abang.." atau "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang"
[11]Lelaki dan ego. Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.
[12]Lelaki mesra tanpa beremosi. Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja. Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia perlu untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini, iaitu kemesraan cinta berahi (seks) dan kemesraan emosi cinta kasih (emosi) tidak penting pada ramai lelaki. Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah pada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding dengan wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan. Tetapi jika tanpa emosi seks boleh dilakukan juga oleh lelaki. Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samaada sebelum atau selepas kemesraan seksual, kekecewaan akan melanda wanita. Tetapi tidak lelaki.
[13]Lelaki suka menyelerak. Lelaki bersifat suka menyelerak barang-barang dan berharap isteri akan mengemaskannya. Kadangkala lelaki mahu isterinya bersifat sebagai ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, adakalanya lelaki mahu dijaga oleh seorang ‘ibu’. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tak langsung dengan menyelerak.
[14]Lelaki diumpan menerusi matanya. Mata lelaki dianggap pembangkit ghairah paling utama. Kemudian itu barulah sentuhan, hiduan dan pemikiran rasional memainkan peranan. Untuk menghangatkan hubungan, wanita perlu menghiasi dirinya dengan keindahan. Ini boleh membangkitkan keghairahan lelaki. Lelaki cenderung untuk mencari keghairahan penglihatan, sedangkan wanita bangkit keghairahannya dari bacaan dan kesan terhadap imaginasinya.
[15]Pujuklah ia walaupun terpaksa. Lelaki tidak meminati wanita? Itu adalah satu pembohongan. Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki.
Itulah aku…
p/s: alamak, tiba2 terhantar lak post psl ni. ramfc fan esp kak illa ng abg web, tolg jgn serang den kt blog ni ok. haha. btw, trimas to sajanhasan (amymastura.blogspot.com) sbb mengingatkan aku psl diriku sendiri ni. semoga posting kali ni memberi manfaat kepada gadis2 yg nk tackle aku. haha.. skang ni otak den tgh berserabut, hidup xterurus. need someone to help me. tolg2.

Isnin, November 3
“Apa Perlu Aku Hidup?”
Saat aku meneliti dari muka ke muka akhbar Metro Ahad tatkala singgah sejenak di Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam semalam, aku terpaku dengan satu soalan yang ditanyakan dalam segmen DANG SETIA yang bagi aku merupakan salah satu daripada wadah pembaca meluahkan perasaan dan geram. Bak kata Farah Fauzana dalam Melodi, layan.. zass..
SOALAN
SAYA dilahirkan sebagai budak miskin dan memiliki keluarga yang bagi saya sangat mengecewakan. Bapa saya seorang yang tidak berguna. Sukar untuk saya ceritakan perangai dan sifat pemalasnya.
Selama ini hidup kami susah disebabkan perangai bapa. Ibu yang terpaksa bekerja keras untuk menyara keluarga. Ibu juga dicemuh orang sekeliling disebabkan perangai bapa, juga kerana kami hidup miskin.
Namun di sebalik semua kekurangan itu, saya berjaya menjejakkan kaki ke universiti. Sekarang saya bekerja tapi tidak berjaya lagi mencapai cita-cita saya iaitu tahap kewangan yang stabil dan bekerja sendiri.
Saya anak sulung dalam keluarga dan kini menjadi tulang belakang keluarga untuk menyara ibu dan adik yang saya kasihi. Saya masih bujang dan berusia lewat 30-an.
Ketika menulis surat ini, saya tertekan dan kecewa kerana kerap menemui kegagalan dalam hidup untuk mengejar cita-cita saya. Banyak benda yang saya korban dan lepaskan.
Kadangkala saya rasa alangkah baiknya jika saya tidak pernah melihat dunia yang cacat ini. Alangkah baiknya jika saya tidak wujud dalam dunia ini.
Umpama tidur yang tiada mimpi, perasaan dan fikiran, sungguh menyenangkan. Kegagalan yang berulang-ulang tanpa ada kesudahan melemahkan keyakinan dan membosankan saya.
Ketika di sekolah menengah, saya minat pada seorang pelajar perempuan sekelas. Saya ada banyak peluang untuk mengenalinya dengan lebih dekat, tapi saya lepaskan peluang itu kerana rasa diri ini hodoh dan miskin.
Saya tidak mahu bercakap dengan budak perempuan sekelas, terutama yang saya minat. Ketika tingkatan dua, dia bertukar sekolah dan saya mula melupakannya.
Selepas lapan tahun, saya bersua kembali dengannya di universiti. Dia masih mengenali saya dan kami menjalin hubungan sebagai sahabat.
Saya kemudian memberanikan diri meluahkan perasaan cinta kepadanya, tapi dia menolak kerana ada pilihan lain iaitu pelajar lelaki lain yang turut meminatinya.
Saya tahu lelaki itu kacak, mungkin anak orang berada dan datang daripada keluarga yang baik. Saya rasa seperti dipermainkan Tuhan bila mengenangkan apa yang berlaku. Biarpun selepas empat tahun keluar daripada universiti, saya masih tidak dapat melupakan gadis itu.
Akibat peristiwa itu, saya berazam untuk bekerja keras dan mengatakan wang adalah segala-galanya dalam hidup, namun sehingga saat ini saya gagal memilikinya.
Saya ingin bertanya Dang Setia, jika Tuhan tidak beri apa yang kita suka, mengapa dia tunjuk benda itu. Bila kita sudah melupakan benda itu, Dia tunjuk tapi Dia tak beri.
Jika kita tak dapat sesuatu benda dengan alasan ada hikmah di sebaliknya, mengapa benda itu dapat kepada manusia lain yang sememangnya ada macam-macam nikmat hidup?
Saya ingin bertanya lagi, ada orang Tuhan beri rupa menarik disertakan juga kesenangan hidup, keluarga yang baik dan memiliki apa-apa yang disukainya dengan mudah. Andai kata mereka mati dan masuk syurga, bagaimana Tuhan dikatakan adil sebab mereka memiliki kedua-duanya, dunia dan syurga?
Bagaimana dengan orang yang tidak memiliki dunia ini sebab miskin, hodoh dan menderita sakit. Kalau masuk syurga pun, dunia mereka tak dapat berbanding manusia bertuah tadi.
Ya, semua manusia ada masalah, tapi puncanya berbeza. Ada yang berat dan ada yang ringan, ada yang cari sendiri masalah dan ada yang Tuhan beri masalah. Orang yang jadi masalah agama dan pakar kaunseling sekalipun, mereka tidak diberi ujian berat. Ada ke emak atau ayah mereka jadi pelacur atau penagih dadah? Dunia ini tidak adil!
Saya sungguh tidak puas hati dengan takdir dan dunia ini. Kalau boleh, saya nak semua manusia yang bertuah baca kisah saya. Saya sangat bencikan mereka. Saya bersumpah jika mereka ganggu hidup saya, saya akan ganggu dan menjahanamkan hidup mereka.
Dang Setia, jika anda boleh tolong, ceritakan pada saya bagaimana untuk kembalikan semangat hidup saya yang sudah lemah ini. Saya sudah putus asa dalam hidup. Tiada perkara menarik dalam hidup untuk saya hargai dan kenangkan. Semuanya menyedihkan dan benci untuk diingat.
MR BLOOD MONEY, Felda Lubuk Sireh, Perlis
JAWAPAN
Terlalu banyak perkara yang bersarang di fikiran Dang Setia dan ingin diluahkan bagi menjawab kenyataan serta persoalan saudara, namun Dang Setia tidak pasti adakah segala-galanya dapat dihuraikan dalam ruang yang terhad ini.
Masalah saudara memang serius kerana saudara mempertikaikan keadilan dan kuasa Allah. Ini sangat berbahaya. Jika cara pemikiran saudara tidak diubah, ia bermakna akidah saudara kepada Allah terjejas dan hukumnya adalah berdosa besar.
Persoalannya, mengapa saudara boleh menjadi begitu iaitu tergamak mempertikaikan keadilan dan kuasa Allah? Bagi Dang Setia, ia berpunca daripada kekurangan ilmu agama. Maaf jika saudara berasa tersinggung dengan kenyataan itu, namun bagi Dang setia itulah hakikatnya.
Memang benar saudara lulusan universiti, tapi mungkin di dada saudara sekadar dipenuhi ilmu dunia dan tidak dilengkapkan ilmu akhirat. Sering Dang Setia tekankan di ruangan ini mengenai kepentingan ilmu.
Kata bijak pandai, ilmu tanpa amal tak guna dan amal tanpa ilmu sia-sia, manakala orang yang tak berilmu dan tak beramal dianggap macam orang gila.
Apapun, yang lebih penting bukan sekadar memberi jawapan kepada persoalan itu, tapi menjadikan jawapan itu sebagai pencetus untuk memuhasabah diri dan pendorong untuk saudara berubah ke arah kebaikan.
Sebenarnya, jika saudara ada usaha untuk menambah ilmu dan pengetahuan agama, permasalahan yang membelenggu saudara serta kenyataan dan persoalan yang saudara timbulkan sudah tersedia jawapannya.
Bagi Dang Setia, tidak perlu kita menjadi ulama atau ustaz bagi merungkai permasalahan dan persoalan saudara, sebaliknya cukup dengan sifat iman dan takwa, keinsafan serta keyakinan akan keagungan Allah SWT.
Saudara melahirkan kekesalan dihidupkan di dunia kerana rupa hodoh, keluarga miskin dan ayah tidak bertanggungjawab. Ya, memang hebat penderitaan saudara, namun izinkan Dang Setia bertanya, adakah penderitaan saudara sehebat penderitaan dialami Rasulullah SAW dan sahabatnya?
Cuba saudara buka al-Quran atau baca sejarah Rasulullah. Takkan saudara tak tahu baginda membesar sebagai anak yatim piatu, buta huruf, bekerja sejak kecil sebagai penggembala kambing dan menerima pelbagai kekasaran serta ancaman daripada musuh Islam, termasuk diugut bunuh.
Adakah saudara merasai semua itu? Biarpun saudara memiliki ayah yang saudara sifatkan tidak berguna, bukankah saudara masih ada ibu yang bertanggungjawab membesarkan saudara sehingga mampu masuk ke universiti.
Adakah penderitaan saudara akibat cinta ditolak sehebat penderitaan Rasulullah yang hidup serba kekurangan dan nyawa sentiasa terancam atau penderitaan sahabat Rasulullah seperti Bilal bin Rabah yang diseksa sehingga mati demi mempertahankan keimanannya kepada Allah?
Mungkin tidak adil untuk membandingkan saudara dengan Rasulullah dan sahabat yang terlalu tinggi kehebatan mereka. Jadi, apa kata jika saudara melihat penderitaan rakyat negara mundur seperti di Habsyah atau Somalia yang sepanjang masa menderita kebuluran.
Sedarkan saudara, di negara berkenaan rakyat langsung tiada makanan untuk dimakan atau air untuk diminum. Hinggakan ada di kalangan mereka terpaksa makan rumput dan minum air kencing lembu. Pakaian pula hanya sehelai sepinggang dan tempat tinggal dalam pondok atau khemah.
Jadi, penderitaan siapa yang lebih teruk? Mereka atau saudara? Bukankah saudara masih cukup makan, minum, ada pakaian, tempat tinggal sehingga saudara masih terus dapat hidup di muka bumi sehingga hari ini, berbanding rakyat Habsyah dan Somalia yang kebanyakannya mati sebelum sempat berusia belasan tahun.
Masih tidak adil atau teruk sangatkah Allah, biarpun dia mengurniakan saudara ibu yang baik dan peluang belajar sehingga ke menara gading, sedangkan ramai lagi manusia yang merintih kerana tidak berpeluang menatap wajah ibu mereka serta terhalang cita-cita untuk ke universiti?
Saudara mengatakan tidak pernah mengecap kebahagiaan, tapi pernahkah saudara terfikir mengenai kesihatan saudara? Bukankah kemudahan untuk bernafas, makan, dan minum itu juga satu nikmat atau kebahagiaan daripada Allah yang wajib saudara syukuri.
Jika Allah tarik sedikit saja nikmat, umpamanya bermasalah untuk buang air besar atau kecil, itu sudah memadai untuk saudara tahu betapa berharganya dua nikmat itu.
Bercakap mengenai bahagia, saudara membuat kesilapan besar apabila merumuskan memiliki wang ringgit atau kekayaan akan membawa kebahagiaan.
Sebagai bukti, jika wang atau harta jaminan kebahagiaan, kenapa masih ada jutawan membunuh diri? Jika kebijaksanaan penentu kebahagiaan, kenapa ada manusia bergelar profesor atau hakim membunuh diri? Jika kemasyhuran punca kebahagiaan, kenapa ramai selebriti popular di Barat membunuh diri? Fikirkanlah perkara ini sedalam-dalamnya.
Sebagai contoh, tahukah saudara, ramai orang kaya yang sentiasa hidup gelisah kerana bimbang harta dicuri orang atau anak kena culik. Selebriti atau tokoh ternama yang gelisah atau rimas kerana gerak geri mereka sentiasa diperhatikan dan langsung tiada privasi.
Hakikatnya, jika kita beriman dan berilmu, kita akan tahu betapa kebahagiaan sebenarnya terletak pada ketenangan hati. Hanya hati yang tenang akan membuatkan hidup kita bahagia dan hati pula hanya akan tenang apabila kita melakukan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya.
Ini janji Allah dan kita tidak boleh meraguinya kerana Allah mencipta kita, jadi dia tahu apa yang baik serta apa yang buruk untuk kita. Contohnya, mungkin Allah tidak menjadikan saudara jutawan kerana Dia tahu kemewahan itu akan menyebabkan saudara lebih derita. Ini boleh berlaku, jika ada orang yang merompak harta saudara dan mencederakan saudara sehingga mengalami kecacatan kekal.
Mengenai persoalan saudara di manakah keadilan jika orang yang senang hidup di dunia dan masuk syurga bila mati berbanding orang susah di dunia dan mati nanti masuk syurga, jawapannya mudah saja iaitu orang yang susah berpeluang mendapat pahala jika mereka reda dengan kesusahan mereka serta tetap beriman pada Allah, sedangkan orang kaya tidak mendapat pahala itu.
Ini kerana, setiap kesabaran dan ketabahan kita menghadapi kesusahan hidup akan Allah anugerahi pahala di akhirat kelak. Ya, di akhirat... di situ sebenarnya matlamat kehidupan kita. Dunia ini hanya sementara dan ia cuma laluan untuk kita menuju kehidupan abadi di akhirat.
Justeru, tidak sepatutnya kita terlalu marah dan kecewa sehingga tergamak mempertikaikan Allah apabila tidak mengecap kebahagiaan di dunia atau apabila cinta ditolak seorang gadis yang kita minati. Ini kerana, tindakan sebegitu hanya menyebabkan kita turut menderita untuk tempoh lebih lama di akhirat.
Sebaliknya, jika kita reda dan tabah menghadapi ujian Allah yang hanya sementara sifatnya di dunia, kita akan mengecapi kebahagiaan sebenar iaitu selama-lamanya di akhirat.
Banyak lagi perkara yang ingin Dang Setia perkatakan, namun terhalang dek ruang yang terhad ini. Akhir kata, Dang Setia berharap saudara berusaha menambah ilmu Islam, jangan dengki atau buruk sangka pada orang lain serta Allah dan utama kesejahteraan di akhirat, bukan dunia.
p/s: Dalam hidup ini, jika kita terasa kita yang paling menderita, ingatlah, ada lagi yang lebih menderita dari kita. Dalam hidup ini, jika kita terasa kita paling tersiksa, ingatlah, ada lagi yang lebih tersiksa dari kita. Yang penting, carilah sumber yang betul untuk meluahkan perasaan dan berkongsi pendapat. Semoga kita semua terdorong ke arah melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Hidup mesti berani terima kenyataan, mental mesti kuat!

Ahad, November 2
Penangan Pesta Buku Alaf 21, Haha..
Pagi tadi, lebih kurang jam 10.30 pagi, aku merempit ke Shah Alam, Selangor. Target utama, dah tentu la nak pi Pesta Buku Alaf 21. Lama juga la nak mencari Alaf 21, jenuh juga aku pusing-pusing Shah Alam mencari Seksyen 16. Of course la banyak kali tersesat masuk jalan yang salah. Sama ada aku yang tak reti tengok signboard ataupun signboard tu sendiri yang jeles, sebab aku nak pi grab novel Personal Justice. Haha. Aku aim nak beli Personal Justice je, yes, dapat gak. Harga sebenar RM15 tapi selepas diskaun, dapat la RM10.50. Murahnya. Yang membuat aku terpegun, kulit dan kertasnya. Memang macam novel-novel english kat Malaysia. Kualiti import. Haha. Kalau Alaf 21 eksport novel ni ke luar pun, mesti ramai yang tak percaya novel ni dari Malaysia. Tahniah untuk Alaf 21. Harap selepas ini, novel Personal Justice ni akan merentas benua, terpasar di negara2 luar juga. Kira boleh letak kat kulit depan tu, International Best Seller. Pergh.
Kemudian, aku ambil Ungu Karmila lak untuk kawan aku yg pesan novel ni. Yes, berjaya hasut dia baca novel dan beli karya Ramlee Awang Murshid. Harga sebenar RM19.90. Harga selepas diskaun 30%, dapat la RM13.93. Quite murahkan?

Dah pegang Personal Justice, ternampak lak novel ni. Wow, Tangisan Berdarah. Macam best je ni. Aku baca la sinopsis kat belakang novel tu. Sah, cerita thriller dan seram. Hoho, Kak Elle ramfc, macam cerita makmah je ni. Terus aku grab satu buat koleksi. Harga sebenar RM18.90, tapi selepas diskaun, dapat la RM13.23. Tangisan Berdarah ni diterbitkan oleh Buku Prima. Aku pernah baca Bujang Senang, Lagenda Sebuah Cinta karya Dr Idris Boi yang turut diterbitkan oleh Buku Prima. Tak mengecewakan walaupun susah juga nak faham. Sebuah karya klasik. Sebab tu aku berani grab Tangisan Berdarah ni walaupun ni first time aku jumpa novel ni.
Alahai, masa masuk kedai Alaf 21 tu, nampak pulak novel-novel yang dijual murah. RM5 je weh. Teruja lagi. aku terus grab 4 novel. Haha. Habis gak la RM20 untuk 4 novel ni. Harap-harap, cerita ok la. Kalau tak best, aku bungkus buat hadiah je lah. Boleh? Haha. Novel apa? Ha, tengok kat bawah ni.
Arjuna Hati oleh Norzailina Nordin. Ni novelis mantap gak ni. Penulis novel Zuriat yang mengganggu emosi tu. Layan.
Badai di Hati oleh Fazie Hanna. Rasanya pendatang baru dalam dunia penulisan.
Dekat di Hati oleh Eyman Hykal. Rasanya ada karya Eyman yang aku pernah baca. Quite ok gak kot tapi agak jiwang karat. Layan je la. Tadi sembang dgn abg websutera kt blog ramfc rupanya, Eyman Hykal ni ialah En Nordin, orang kuat Alaf 21. Haha, macam mana la aku boleh tak tau sebelum ni.
Pasrah Kasih oleh Mazia Harris. Rasanya Mazia pun dah banyak novel dengan Alaf 21. Harap ok novel ni.
Habis gak la lebih kurang RM60 untuk novel-novel ni. Nanti kalau Alaf 21 ada buat pesta buku lagi, wajib datang sebab ada novel-novel yang dijual murah RM5. Tak menyesal aku merempit dari Equin Park ke Shah Alam. Hoho.
Ha, lupa lak nak mention skali. Dapat gak cenderahati free dari Alaf 21. Sticker kereta VIP - Very Important Pembaca dan juga sebuah buku agama bertajuk Soal Jawab Puasa. Bestnya. Memandangkan aku takde kereta, aku bagi sticker tu kat kawan aku yang pesan Ungu Karmila tadi tu. Hehe.
p/s: Nak kena start simpan duit untuk pesta buku antarabangsa April next year. Boleh den borong sakan nanti. Kalau setakat window shopping macam this year je, memang tak berbaloi. Tapi ok gak, dapat beli novel-novel nipis dari Creative Ent, RM1 je sebuah. Aku grab 10 buah, semua cerita misteri. Tapi biasa la, kualiti mengecewakan dan cerita pun agak tak best. :( This year, aku nak beli novel berdasarkan minat dan kualiti. Bukan lagi bersandarkan harga yang murah. Tapi kalau ada sale lagi sampai satu novel berharga RM1 je, aku nak grab juga la.

Dah pegang Personal Justice, ternampak lak novel ni. Wow, Tangisan Berdarah. Macam best je ni. Aku baca la sinopsis kat belakang novel tu. Sah, cerita thriller dan seram. Hoho, Kak Elle ramfc, macam cerita makmah je ni. Terus aku grab satu buat koleksi. Harga sebenar RM18.90, tapi selepas diskaun, dapat la RM13.23. Tangisan Berdarah ni diterbitkan oleh Buku Prima. Aku pernah baca Bujang Senang, Lagenda Sebuah Cinta karya Dr Idris Boi yang turut diterbitkan oleh Buku Prima. Tak mengecewakan walaupun susah juga nak faham. Sebuah karya klasik. Sebab tu aku berani grab Tangisan Berdarah ni walaupun ni first time aku jumpa novel ni.

Habis gak la lebih kurang RM60 untuk novel-novel ni. Nanti kalau Alaf 21 ada buat pesta buku lagi, wajib datang sebab ada novel-novel yang dijual murah RM5. Tak menyesal aku merempit dari Equin Park ke Shah Alam. Hoho.
Ha, lupa lak nak mention skali. Dapat gak cenderahati free dari Alaf 21. Sticker kereta VIP - Very Important Pembaca dan juga sebuah buku agama bertajuk Soal Jawab Puasa. Bestnya. Memandangkan aku takde kereta, aku bagi sticker tu kat kawan aku yang pesan Ungu Karmila tadi tu. Hehe.
p/s: Nak kena start simpan duit untuk pesta buku antarabangsa April next year. Boleh den borong sakan nanti. Kalau setakat window shopping macam this year je, memang tak berbaloi. Tapi ok gak, dapat beli novel-novel nipis dari Creative Ent, RM1 je sebuah. Aku grab 10 buah, semua cerita misteri. Tapi biasa la, kualiti mengecewakan dan cerita pun agak tak best. :( This year, aku nak beli novel berdasarkan minat dan kualiti. Bukan lagi bersandarkan harga yang murah. Tapi kalau ada sale lagi sampai satu novel berharga RM1 je, aku nak grab juga la.
Langgan:
Catatan (Atom)