Memaparkan catatan dengan label novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label novel. Papar semua catatan

Sabtu, Mei 8

Syahadah Gadis Ateis: 5 Bintang

Saya memang suka novel sebegini. Walaupun ini air tangan pertama beliau, saya beri 5 bintang kerana percubaan berani menerjah isu perbandingan agama. Tahniah buat Imran Haaz. Namun begitu, agak kecewa dengan editor novel PTS ini, ejaan ateis ada yang tersilap eja, dieja sebagai aties, agak menyakitkan hati tatkala pandangan mata terserempak dengan ejaan yang bukan-bukan seperti ini. Harap dapat diperbaiki di cetakan yang akan datang. Apa-apa pun, novel ini sangat-sangat menarik untuk dihayati. Walaupun dari sudut bahasa, agak sederhana, namun, dari sudut isi, 2 thumbs up. Bagi kalian yang tinggal di sekitar KL, boleh dapatkan novel ini di MINERVA, Jalan TAR. Diskaun 20% lagi. Dan, novel ini nampaknya seperti akan ada sambungan. Tunggu dan lihat.

KLIK UNTUK BESARKAN

Selasa, Disember 29

Kuiz Nama Atas Kertas, sebuah novel thriller oleh Jemari Seni...

Kawan2, jom join kuiz di bawah ni.. Hanya memerlukan penelitian korang tentang kulit novel kat atas ni.. jom2..

Soalan:
Lihat kulit buku di atas, kemudian tuliskan dalam 30-50 patah perkataan apa yang boleh diungkap di sebalik makna-makna yang tersembunyi daripada ilustrasi itu.

Syarat2:
Pengadilan berdasarkan deskriptif paling menarik dan kreatif. Keputusan panel penilaian adalah muktamad.
Tarikh tutup penyertaan: 15 Januari 2010
Pemenang: 10 peserta terpilih akan mendapat hadiah novel bulan Januari – Rumput Masih Hijau karya Iman Xara, setiap satu.
E-mel kepada: jemariseni.kuiz@gmail.com
Tajuk e-mel: Kuiz Nama Atas Kertas

Sinopsis:
Sebuah karya thriller yang penuh dengan teka-teki daripada:
NASRON SIRA RAHIM...
Engkau tidak dapat melihat aku,
tapi aku sentiasa wujud;
Engkau boleh bersembunyi di mana saja,
tapi aku akan tetap menjumpaimu;
Engkau boleh menentang aku sehabis upaya,
tapi kau tidak akan dapat mengalahkan aku;
Siapakah aku?

Apa tip yang ada?
“Pada setiap jasad itu, dia meninggalkan satu puzzle
dan mencabar sesiapa saja termasuk ANDA, untuk menyelesaikannya…”

TAWARAN
Buah fikiran anda diperlukan!

Sekiranya anda memiliki IQ yang cukup, otak anda sangat diperlukan untuk menolong Faiz dan Hanim membongkar misteri teka-teki ini! Pembunuh yang sadis itu harus diberkas dengan kadar segera, sebelum ramai yang menjadi mangsanya. Bacalah Nama Atas Kertas sebagai petunjuk: dan selesaikannya.

***

ISBN: 978-967-5118-29-6
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Harga pembelian melalui pos: RM18.00 (mulai 11 Jan. 2010)

Sabtu, Disember 26

hadiah kawin untuk kawan2.. kongsikan, walau hanya pada awan2..

Musim orang kawin, penuh dengan kenduri. Ada yang saya dapat pergi, ada yang tidak. Bagi yang tak sempat saya terjah, saya mintak maaf banyak2. Saya iringkan anda dengan sekalung doa, semoga kekal berbahagia sehingga ke akhir hayat dunia dan akhirat. Semoga menjadi pasangan yang diredhai ALLAH. Bagi yang sempat saya terjah, insyaAllah, ada habuan untuk anda. Mungkin tidak bernilai sangat bagi saudara, tapi ia adalah barang2 yang saya sayang. Orang kata, jika anda mahu memberi, berilah barang2 yang anda sayang. Terimalah sebagai tanda kenangan dari saya. Erti hidup pada memberi. Semoga bermanfaat.

p/s: bagi kenduri kawan2 yang tak sempat saya terjah tu, sudilah kiranya meninggalkan alamat saudara di sini. insyaAllah, ada tanda kenangan dari saya untuk saudara.

Jumaat, Disember 11

Novel Jiwang Dariku Sedang Bergerak Menuju Korang..

Perhatian Syafiq Mispan, Nor Afzan Palapes & Tn Hadi Palapes,

Novel jiwang dari den sedang bergerak menuju korang. Tunggu dan lihat je lah. Jangan korang terbeliak biji mata pulak nanti ye. Haha. Sorry banyak2 sebab tak dapat nak attend kenduri korang semua. Time kenduri ko Syafiq, den plak keje syif siang kat opis kes berlambak2. Time ko Pijan, keje jugak. Time kenduri Tn Hadi plak, nape lah ko buat sampai kat Terengganu sana nu, jauh ko tau tak. Den hantar team2 skot pantai timur jelah buat jejak dan gerak kat sana je la sabtu ni. Apa2 pun, semoga dipermudahkan segalanya. Selamat pengantin baru buat korang2, semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat, dunia dan akhirat. Roger.

Pos Ekspres:
Syafiq - LD100082135MY
Nor Afzan - LD100082183MY
Tn Hadi - LD100081885

Terimalah hadiah tak seberapa ini. Sekian.

Khamis, November 26

9 Nyawa - Fragmen: Dipetik dari Web Alaf 21


Fragmen boleh dibaca di SINI
Sinopsis boleh dibaca di SINI

p/s: best gilak kan.. dah keluar kat pasaran esp yg area KL.. cepat gi grab kawan2.. den nak grab 4/12 nanti, tunggu pesta buku.. diskaun 30%.. sapa2 yang nak minta tolong den belikan & poskan tu, boleh je.. harga lepas diskaun 30% = rm14.. pos ekspres = rm4.50.. total rm18.50.. roger..

Isnin, November 23

Hobi 2009

BACA NOVEL 2009

34. ***** bercinta sampai ke syurga - hasrizal abdul jamil
33. ***** aku terima nikahnya - hasrizal abdul jamil
32. ***** travelog haji - mengubah sempadan iman - muhd kamil ibrahim
31. ***** warisnya kalbu - sri rahayu mohd yusop
30. ***** VT - hilal asyraf
29. ***** tunggu teduh dulu - faisal tehrani
28. ***** tombiruo terakhir - ramlee awang murshid (2nd time)
27. ***** tombiruo - ramlee awang murshid (2nd time)
26. ***** tawarikh cinta - nisah haron
25. ***** tautan hati - fatimah syarha
24. ***** semangat hutan - ramlee awang murshid (2nd time)
23. ***** mikhail - ramlee awang murshid
22. ***** meniti maut - eyman hykal
21. ***** mantera hitam - serunai faqir
20. ***** LUVE - pingu toha
19. ***** lagukan senandung itu - serunai faqir
18. ***** bidadari-bidadari syurga - tere-liye
17. ***** andai itu takdirnya - siti rosmizah
16. **** yong tau foo - faizal dzasrik
15. **** mengukir bahagia - hani fazuha
14. **** kopi susu sepatu biru - ruby hezri
13. **** ikan fugu, lukisan & jimson - faisal tehrani
12. **** cinta gadis pontianak - meor shariman
11. **** aku di hatimu - hm tuah
10. *** zikir-zikir cinta - anam khairol anam
9. ** projek PL5 - shaari isa
8. ** pelaburan hitam - hashha ali
7. *** keraguan munasabah - za imad
6. *** rengsa - zharulnizam shah z.a
5. *** plain jane - nurul syahida
4. *** namunku punya hati - zalisa maz
3. *** CHEF - zul desa
2. * psiko-babo renungan lina sepora - rohman shaary
1. * burok, autobiografi lina sepora - rohman shaary

BERLARI2 2009

1. 17/1 pagi jogging keliling kondo
2. 21/1 pagi jogging keliling kondo
3. 1/2 pagi jogging keliling kondo
4. 28/2 lepak santai ramfc - raja botol
5. 1/3 menara kl towerthon - finisher medal
6. 17/5 pagi jogging tmn tasik permaisuri
7. 15/10 pagi jalan2 keliling taman

JOIN CONTEST 2009

1. kuiz novel liza zahira - 2nd place rm200+tshirt
2. peraduan maggi menyambut kemeriahan merdeka - hadiah harian: italk card rm52
3. ziku rakoj mingguan alaf21 - buku resepi
Related Posts with Thumbnails