Memaparkan catatan dengan label aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti. Papar semua catatan

Sabtu, Mac 6

Kunjungi PTS di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010

Dikongsikan email dari PTS, sungguh bersemarak jiwa hamba nak menerjah PBAKL, sungguh tak sabar rasanya. Haha. Jom2.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kami di PTS doakan anda semua sihat. Mohon maaf sekiranya e-mel ini mengganggu semua yang sibuk dengan tugasan harian.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (PBAKL 2010) yang dinanti-nanti oleh ramai pencinta buku setiap tahun datang lagi. Kali ini PBAKL akan berlangsung bermula 19-28 Mac 2010 bertempat di PWTC.

PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. (PTS), penerbit buku umum bahasa Melayu nombor 1 Malaysia tidak melepaskan peluang menyertai PBAKL 2010. Tahun ini adalah tahun ke-9 PTS menyertai PBAKL. Booth kami bertempat di C11-C25, Dewan Tun Razak 2 (seberang sungai), PWTC, KL.

Apa yang menarik di booth PTS kali ini:

1. Booth: PTS menyewa sebanyak 15 booth tahun ini bagi memastikan anda selesa semasa berada di booth PTS. Ruang yang luas ini memudahkan anda bergerak dan memilih buku PTS.

2. Kaunter bayaran: PTS menyediakan 5 kaunter bayaran. Ini termasuklah 1 'Kaunter Ekspres' bagi anda yang membeli 5 naskhah buku ke bawah secara tunai. Jadi anda tidak perlu risau beratur panjang di booth PTS nanti.

3. VISA & Mastercard: Bagi anda yang tidak suka bawa wang tunai yang banyak, anda boleh guna kad VISA & Mastercard. PTS menyediakan 2 terminal khusus kepada anda yang membayar menggunakan VISA & Mastercard.

4. Buku: Sekurang-kurangnya 1,000 judul buku terbitan PTS akan dipamer dan dijual di booth PTS. Ada novel kanak-kanak dan remaja, buku agama, motivasi, bisnes, novel islami, novel sai fai, buku masak, pendidikan, keluarga, keibubapaan dan banyak lagi.

5. Diskaun: Nikmati diskaun setinggi 25% bagi semua buku PTS. Download kupon diskaun di www.pts.com.my/pestabuku. Bagi pelajar berbaju sekolah dan pelajar IPTA dengan kad pelajar, diskaun yang diberikan ialah 30%. Bagi fan FB PTS (www.facebook.com/bukupts), ada cenderahati untuk anda apabila datang ke booth PTS nanti.

6. Aktiviti: Rebutlah peluang bertemu dan bergambar bersama penulis-penulis PTS di PBAKL nanti. Klik di www.pts.com.my/pestabukubagi melihat jadual aktiviti penulis-penulis PTS.

7. Hadiah: Bagi anda yang membeli buku PTS lebih RM100 & RM200, dan RM500 ada hadiah istimewa menanti anda. Dapatkan juga bookmark percuma apabila membuat bayaran di kaunter.

8. Merchandise: Tahun ini PTS menghasilkan lebih 50 jenis merchandise buat peminat-peminat buku PTS. Ada notepad, badge button, notebook, car sticker, mug, t-shirt, dan sebagainya. Merchandise boleh dibeli di booth PTS pada harga yang sangat berpatutan.

Apa perasaan anda apabila melihat pelbagai tawaran dan kemudahan yang kami sediakan di booth PTS kali ini? Jadi pastikan datang awal ke booth kami. 100 pembeli pertama di booth PTS akan menerima hadiah buku percuma setiap hari. Booth PTS dibuka jam 10 pagi - 8 malam (Isnin-Khamis) dan 10 pagi - 9 malam (Jumaat-Ahad). Dapatkan maklumat lanjut di www.pts.com.my/pestabuku.

Terima kasih kerana membaca e-mel ini. Besarlah harapan PTS agar anda dapat war-warkan makluman ini di blog dan laman web masing-masing. Jangan lupa forward e-mel ini kepada rakan-rakan dan saudara-mara supaya mereka beramai-ramai datang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 nanti.

Bersama kita melakar masa depan dengan membaca buku.

Terima kasih.

Selasa, Mac 2

Realiti TV Terbaru: Adik-adikku, InsyaAllah Boleh..

Salam semua,

Bermula minggu lepas, saya telah menjadi penonton setia rancangan ini, Adik-adikku, sebuah realiti TV terbaru yang berlangsung pada jam 6.30 petang di RTM TV1 dan juga siaran ulangan pada jam 9.30 pagi di TV yang sama. Yang menariknya, dalam rancangan ini, kita dapat melihat bakat-bakat cilik ini berpidato sambil diselang-selikan dengan syair, tarannum, nasyid dan sebagainya yang pada saya, amat perlu diketengahkan di kalangan masyarakat. Terpegun seketika melihat adik-adik kecil ini berhujah, tak mustahil akan lahir pelapis negara yang berketrampilan seperti Ustazah Siti Nor Bahiyah, Ustaz Farid Ravi dan Ustaz Ridhuan Tee Abdullah yang giat berdakwah dan berkongsi ilmu dengan masyarakat sekeliling pada masa hadapan. Betapa malangnya rancangan sebaik ini, tidak diuploadkan dan dikongsikan di laman web TV1, saya amat berharap sekiranya pihak RTM dapat mencontohi TV3 dan TV9 yang menguploadkan Al-Kuliyyah dan Halaqah di laman web mereka, supaya mereka-mereka yang terlepas sesebuah episod dapat menghadamnya pada bila-bila masa di laman web tersebut. Saya catatkan maklumat penting tentang rancangan best ini di bawah, jom secawan!

Masa ke udara: 6.30 petang, Isnin sehingga Jumaat RTM TV1
Ulangan: 9.30 pagi, Isnin sehingga Jumaat RTM TV1

Thumbs up buat semua yang terlibat dalam menjayakan rancangan berbentuk dakwah sebegini.


Layan Video Ni (Low Quality of Video ye)

Lihat adik ini, begitu bersemangat berpidato. Dah masuk suku akhir ni.

Serba sedikit maklumat tentang rancangan ini

Ahad, Disember 13

Kuiz Teka Kata Berita Harian Minggu Ketiga - 16 Salah

Wah, ni mesti salam below 10 nih.. Terror.. Saya bercuti dari silangkata pada minggu ke5 kerana kesibukan melanda..


pergh, banyak gila salah.. walaupun den rasa, minggu ni la soalan yang paling senang.. dan masa yang paling banyak diperuntukkan.. takpalah, mental mesti kuat. yang penting, boleh tebus tiket genting tu je. haha, target nak salah below 7 tu, tinggal mimpi jelah dan dibawa ke minggu depan pulak.. wohaa..


ISNIN
membantu ke sesuatu destinasi
TANDU, tapi aku pi letak PANDU
ikan laut
TALANG, tapi aku pi letak PELUNG


SELASA
tidak tegak
GENDENG, tapi aku pi letak SENDENG
boleh bawa penumpang
VAN, tapi aku pi letak BAS
sangat cepat
BINGKAS, tapi aku pi letak TANGKAS
organisasi bola sepak
FAS, tapi aku pi letak FAM
bermaksud saya
DEN, tapi aku pi letak CEK


RABU
sejenis burung liar
GOA, tapi aku pi letak GUA
boleh buat pewarna kain
NOJA, tapi aku pi letak NILa
macam mulut cerek atau kendi
MONYONG, tapi aku pi letak MUNCUNG
berkaitan rancangan pertanian dan pengairan di Kedah
MUDA, tapi aku pi letak MADA


KHAMIS
kuih berinti
PAI, tapi aku pi letak PAU
singkatan pengiraan pendapatan negara
KNK, tapi aku pi letak PNK
kependekan berkaitan kurikulum kementerian pelajaran
PPK, tapi aku pi letak PPP
tanah yang digumpal dengan tangan
KETUL, tapi aku pi letak KEPAL
keluli yang bergerigi
KUKUR, tapi aku pi letak KIKIR


p/s: nampak tak apa yang aku nampak. semua jawapan tu memang dah ada dalam list antara jawapan yang akan diletak, tapi pilihan tu yang silap. means, semua orang ada chance betul semua, tapi silap buat pilihan & bukan rezeki lagi. macam tu jugak la dalam real life kita ni, banyak buat kesilapan yang kita tak sedari, yang kita rasa itulah yang terbaik. namun, perlu sedar, pilihan yang terbaik itu, ALLAH jualah yang MAHA MENGETAHUI. moral of the story, berusahalah.. banyakkan istikharah supaya apa keputusan yang kita pilih, ya, antara keputusan yang betul, tapi itulah keputusan yang paling tepat. bak tagline novel 9 NYAWA, mata hati tidak pernah berdusta...


p/s/s: tahniah untuk orang skudai tu (encik abdullah omar @ ude), wah, terror la hang salah 13.. mana nak tau kot2 hang salah paling kurang kan, then, jadi pemenang minggu ke3 ni ;p


Rekod:

1st week --> 12 salah

2nd week--> 9 salah

3rd week--> 16 salah? wohaa...



Tips & Trick:

kembaran = pasangan

Rabu, Disember 9

Jenis2 Darah & Penderma

Wah, memandangkan saya akan ke PDN esok since alang2 dah nak pi pulang buku kat PNM, saja je saya browse tentang jenis2 darah ni. Untunglah sesiapa yang berdarah AB kan, boleh terima semua jenis darah.

Jenis darah paling untung: AB (boleh terima semua jenis darah) = universal recipient
Jenis darah paling pemurah: O (boleh derma kepada semua jenis darah, tapi just boleh terima O je) = universal donor



Selasa, Disember 8

Diskaun 50% Buku2 Azizi Ali & Truewealth

KALAU NAK TERJAH,
KLIK LOGO KAT BAWAH NI..
WAH, MENARIK KAN,
DISKAUN SAMPAI 50%

Jumaat, Disember 4

bakal memborong novel di pesta buku alaf 21 pada petang ini

bakal memborong novel di pesta buku alaf 21 pada petang ini

mereka yang memesan = 8
-xiera ramfc = 9nyawa dah pos LD100082166MY georgetown, 1working day
-pinot ramfc = 9nyawa dah pos LD100082152MY parit raja, 2working days
-midst sabah bah = 9nyawa dah pos LD100082170MY tawau, 3working days
-hairil perak = 9nyawa dah pos LD100082095MY bagan serai, 2working days
-ter ipnoc = 9nyawa dah amik
-es ipnoc = sac
-mira usa = 9nyawa
-akim aku da = 9nyawa dah amik

bakal hadiah kawin (ini sahaja yg saya mampu, korang ramai sangat) = 16
-besau&nor palapes
-nizam palapes
-tuan hadi palapes
-norafzan palapes
-najib palapes
-salma fke - aisya sofea selagi ada dia dah pos LD100082149MY kuantan 1working day
-din&onn fke
-noorizal fke
-syafiq mispan fke
-mardia ipnoc
-pakdin ipnoc
-fazli ipnoc
-hafidz ipnoc
-matroq almashoor
-budi almashoor
-tengku almashoor

total = 24 bijik, wohaaa.. mcm xmatching je dgn jumlah novel yg saya grab tadi.. oh, still left 6 lagik..

p/s: ada sesiapa yg saya tertinggal?

Isnin, November 23

Hobi 2009

BACA NOVEL 2009

34. ***** bercinta sampai ke syurga - hasrizal abdul jamil
33. ***** aku terima nikahnya - hasrizal abdul jamil
32. ***** travelog haji - mengubah sempadan iman - muhd kamil ibrahim
31. ***** warisnya kalbu - sri rahayu mohd yusop
30. ***** VT - hilal asyraf
29. ***** tunggu teduh dulu - faisal tehrani
28. ***** tombiruo terakhir - ramlee awang murshid (2nd time)
27. ***** tombiruo - ramlee awang murshid (2nd time)
26. ***** tawarikh cinta - nisah haron
25. ***** tautan hati - fatimah syarha
24. ***** semangat hutan - ramlee awang murshid (2nd time)
23. ***** mikhail - ramlee awang murshid
22. ***** meniti maut - eyman hykal
21. ***** mantera hitam - serunai faqir
20. ***** LUVE - pingu toha
19. ***** lagukan senandung itu - serunai faqir
18. ***** bidadari-bidadari syurga - tere-liye
17. ***** andai itu takdirnya - siti rosmizah
16. **** yong tau foo - faizal dzasrik
15. **** mengukir bahagia - hani fazuha
14. **** kopi susu sepatu biru - ruby hezri
13. **** ikan fugu, lukisan & jimson - faisal tehrani
12. **** cinta gadis pontianak - meor shariman
11. **** aku di hatimu - hm tuah
10. *** zikir-zikir cinta - anam khairol anam
9. ** projek PL5 - shaari isa
8. ** pelaburan hitam - hashha ali
7. *** keraguan munasabah - za imad
6. *** rengsa - zharulnizam shah z.a
5. *** plain jane - nurul syahida
4. *** namunku punya hati - zalisa maz
3. *** CHEF - zul desa
2. * psiko-babo renungan lina sepora - rohman shaary
1. * burok, autobiografi lina sepora - rohman shaary

BERLARI2 2009

1. 17/1 pagi jogging keliling kondo
2. 21/1 pagi jogging keliling kondo
3. 1/2 pagi jogging keliling kondo
4. 28/2 lepak santai ramfc - raja botol
5. 1/3 menara kl towerthon - finisher medal
6. 17/5 pagi jogging tmn tasik permaisuri
7. 15/10 pagi jalan2 keliling taman

JOIN CONTEST 2009

1. kuiz novel liza zahira - 2nd place rm200+tshirt
2. peraduan maggi menyambut kemeriahan merdeka - hadiah harian: italk card rm52
3. ziku rakoj mingguan alaf21 - buku resepi

Khamis, Januari 15

PESTA BUKU ALAF21


Jom gi Pesta Buku lagi. Diskaun 30% tu. Hm, pesta buku kali ni, aku nak sambar novel Mantera Hitam by Serunai Faqir dan jugak Novel Sifi Fadli Al-Akiti tu yang bertajuk Saga Horizon. Kalau ada novel-novel RM5 lagi, nak sambar gak lah.. ;) Oh yaa, jangan lupa kumpul duit dari sekarang untuk Pesta Buku Antarabangsa 16April nanti. Doa-doalah agar ada lagi novel-novel Creative RM1 dan juga buku-buku Truewealth RM5. Serbu..

Khamis, Januari 1

balik kampung.. 22/12 - 31/12..

Hm, balik kampung kali ni terasa begitu panjang, masa terasa bagai sengaja diperlahankan. Mengikut perancangan awal, aku hanya dapat bercuti dari 22/12 sehingga 28/12. Tapi apakan daya, perancangan YANG MAHA KUASA tiada siapa dapat menyangkal, ajal maut tiada siapa yang dapat menduga. Aku terpaksa mengambil Emergency Leave (EL) 29/12 sehingga 30/12. Ada kisahnya yang aku akan ceritakan di akhir posting ni.

Untuk memulakan cerita, di bawah ni ialah hasil karya adik-adik aku melukis dalam paint. Sebenarnya diorang ni baru first time memegang laptop. Terkejut gak aku melihat hasil karya diorang yang tidak disangka-sangka. Adik-adikku yang terlibat mencorakkan karya seperti yang terpamer di bawah ni ialah Liza (16tahun), Mat Arif (14tahun), Mimi (12tahun), Mira (10tahun), Tihah (8tahun) dan juga Saiful (6tahun). Tapi yang dok rajin melukis tu, Mira dengan Tihah la.
















Dalam pada tu, sempat gak aku berjalan-jalan ke Jusco Bandar Perda dengan Eni (adik bawah aku), Liza (adik aku yang keempat) dan Zahirah (sepupu aku) dengan tujuan utama nak beli hadiah untuk kenduri Pakcik Jan aku. Terjengah kedai buku Popular, tanganku tersambar 2 novel Liza Zahira (gabungan nama adik aku, Liza dan sepupu aku, Zahirah) iaitu Bahtera Kasih dan Kau Tetap Dihati. Macam tak percaya ada unsur thriller dan adventure dalam novel-novel ni. Best gak, sempat aku hantar penyertaan untuk Kuiz Novelis Liza Zahira tu tadi, nasib baiklah sampai KL awal. Tu pun, jam dah menunjukkan pukul 11malam. Kiranya penyertaan last minute lah. Takpe, yang penting, sempat hantar penyertaan dah kira cukup baik. Berbaloi gak aku sambar dua novel tu. Dari apa yang aku nampak, novel Liza Zahira lebih kepada kisah percintaan, tapi turut diselitkan dengan elemen-element thriller dan adventure, tak lupa juga, kisah pengalaman di luar negara, istilah-istilah perubatan yang agak menarik. Hope lepas ni boleh sambar dua novel Kak Liza Zahira yang terawal tu.
Ha, kat bawah ni video gambar time kenduri Pakcik Jan dan Makcik Kinah. Kenduri sebelah perempuan berlangsung pada 25/12 di Permatang Janggus, Seberang Perai Utara manakala sebelah lelaki, dua hari kemudiannya iaitu 27/12 di Bukit Indra Muda, Seberang Perai Tengah. Tak pasai-pasai aku terpaksa berlakon sebagai pengapit la pulak. Nasib baik ada baju melayu hijau dan coklat (yang ni rembat baju ayah aku), walaupun tak lengkap. Yang Pakcik Jan aku ni pun satu, tak nak cakap awal-awal. Tapi aku faham, keadaan tak semestinya menyebelahi kita. Janji cukup syarat dah la.

Pada malam selepas kenduri sebelah lelaki, nenek aku, Tok Yah iaitu emak kepada Pakcik Jan dan emak aku, telah kembali ke rahmatullah setelah sekian lama (start raya puasa dulu) menderita sakit tua. Ditambah dengan tak lalu makan, badan Tok Yah aku semakin susut hari demi hari. Lebih kurang jam 3.30pagi, 28/12, Tok Yah menghembuskan nafas yang terakhir. Suasana muram meratapi pemergian nenek yang kupanggil Tok Yah. Alfatihah.
Memandangkan aku telah mengambil tiket bas untuk balik ke KL (tiket 28/12 jam 11pagi), aku pun menelefon bos untuk meminta EL untuk 28/12. Aku akan balik esok pagi 29/12 sebab bekerja pada malamnya. Keesokan harinya, 29/12 aku punya la bergegas gi Jeti Butterworth, nasib tak menyebelahi aku, tiket semua habis sampai 2/1 tahun depan. Hampeh, terpaksa aku menelefon bos untuk ambik EL lagi. Waduh-waduh, memandangkan aku dah sampai kat Jeti Butterworth, aku terus ambik feri gi Komtar. Sempat gak la pusing-pusing Prangin Mall jalan-jalan makan angin. Tersinggah kat Popular lagik, tersambar diari untuk tahun depan. Purple in Color.
Tiga malam berturut-turut diadakan majlis tahlil di rumah Tokwan Din aku. Alhamdulillah, dapat gak aku join sampai malam terakhir. 31/12 tepat jam 3petang, aku pun menumpang Paklong Hasan aku (Polis kat IPD Brickfield) untuk balik ke KL memandangkan tiket bas teramatlah laku tak terkira. Sabtu 3/1 baru masuk kerja, terpaksalah aku menjalani 2hari cuti di KL dengan penuh membosankan (tidur, tidur, tidur).. Terkenang kebestan bercuti kat kampung, bleh makan masakan emak aku yang sedap gilos tu (masak cabai ikan bilis-feveret, gulai ikan kering dan lain-lain yang memang meleleh ayaq lioq la kalau den nak cerita).
Sekian, roger and out. Mental mesti kuat.
p/s: Selamat menyambut tahun baru 1430h dan juga 2009m. Semoga segala yang diazamkan tercapai. Amin. Tak lupa buat member Mashoor (L) yang baru kawin tu, Aizat, selamat pengantin baru. Juga buat member Pongsu Seribu yang baru kawin gak, Zaid, selamat pengantin baru.

Isnin, Disember 15

OFFER2.. buku singgit DAWAMA dan juga 50% off TRUEWEALTH

TRUEWEALTH adalah syarikat penerbitan milik Azizi Ali yang menjual buku-buku tentang dunia kewangan dan sebagainya. Menariknya tentang tempoh promosi kali ini, ialah terdapatnya diskaun sehingga 50%. Selain itu, pembelian melebihi RM150 membolehkan pembeli mendapat satu buku percuma. Pembelian boleh dilakukan secara online mahupun offline, namun begitu, yang paling menarik, tiada caj penghantaran dikenakan sekiranya buku dipesan secara online. Menurut pengalaman saya membeli secara online sebelum ini, setiap buku yang dipesan dihantar menggunakan pos ekspres. Tempoh promosi begitu singkat, dari 0001H Selasa 16/12/08 sehingga 2359H Khamis 18/12/08. Apa tunggu lagi, dengan tempoh yang singkat dan juga tawaran yang amat menarik, jom layari web TRUEWEALTH. Konklusinya, jom beli sekarang, better beli online, sebab tiada caj penghantaran.

DAWAMA pula adalah sebuah syarikat milik DBP yang menjadi pengedar buku-buku terbitan mereka. Tempoh jualan gudang ini adalah seperti berikut dari 12/12/08 - 11/1/09, 9.30pg sehingga 6.30ptg bertempat di Kompleks DAWAMA, Ampang. Yang menarik tentang promosi DAWAMA ini ialah terdapatnya buku-buku yang dijual hanya RM1. Murah kan? Pembeli juga boleh membeli secara online (klik gambar), dan akan mendapat diskaun sebanyak 20%. Namun begitu, setiap penghantaran dikenakan caj pos. Konklusinya, better pergi directly ke Kompleks DAWAMA, at least dapat beli buku-buku RM1 tu.

p/s: Esok pagi nak terjah DAWAMA, TRUEWEALTH terjah online je lah jap lagi.. ;) Baru lepas khatamkan MANIKAM KALBU by Faisal Tehrani(FT) for the 2nd time, best gilos. Dalam banyak-banyak novel FT, yang ni aku rasa paling best sebab ada watak persis DORAEMON. Miahaha, banyak pantun dan teka-teki plak tu. Seperti biasa, novel FT kali ni juga banyak mengutarakan isu umat semasa. Antara yang best teka teki MAHARAJA CHINA kat bawah ni yang mesti dijawab dengan TENUNAN pada kain dan juga kasut (tema novel ni, pakaian & aurat) oleh Ziryab (watak utama novel ni).

0. Ada seorang tukang bijaksana, membina rumah tanpa batu-batan tembok putih tanpa jendela, apabila dirobohkan jadi pakaian semuanya, kain apa gerangannya?

1. Mengapa air laut masin?

2. Ikan apa yang banyak di lautan?

3. Mengapa ikan makan di dalam air?

4. Mengapa ikan tidak boleh tidur?

5. Mengapa ikan di laut tidak pernah habis?

Nak tau jawapan, kena khatamkan novel ni la. Beli la satu, RM25 sebuah. Beli sekarang, boleh dapat RM20 sebab ada diskaun 20%. Beli, jangan tak beli tau. Jom support industri novel negara.

Isnin, Disember 1

Mencari Diri.. Kuantan.. ;) i'm back..


Setelah hampir DUA minggu aku menyepikan diri dari segala-galanya kecuali yang berkenaan dengan urusan kerja dan tugas harian, aku kini kembali. Maaf andai ada yang mungkin secara tidak sengaja terkecil hati dengan permukimanku di daerah sunyi, namun ianya bukanlah atas kemahuan aku. Aku perlu bersendiri buat seketika untuk mencari kekuatan diri terutama emosi ini yang remuk dijarah perasaan yang bukan-bukan. Mental yang selama ini kuat dengan tidak semena-mena lemah tanpa punca. Masalah peribadi yang menimpa-nimpa terasa sangat sukar diubati. Aku tidak tahu dimana puncanya, aku cuba mencari tetapi sampai ke saat ini, hanya beberapa yang aku temui. Masih ada entiti bukti yang masih lagi berlegar-legar dan bersembunyi dalam diri yang buat masa ini tidak mampu aku tewaskan lagi. Aku tahu, aku perlu belajar menstabilkan diri.

Dengan usia yang menjengah 24 tahun membuatkan aku berfikir sendiri, bahawa aku PERLU BERUBAH. Aku mesti mengubah diri, memperelokkan perilaku, meninggalkan segala yang terlarang, semakin mendekatkan diri kepadaNya. Dan yang paling penting, aku tidak mahu keberadaan aku di dunia ini hanyalah bagaikan perhiasan semata, cantik dipandang namun SIA-SIA. Saat talkin diperdengarkan, aku tidak meminta suara-suara meraung dan menangis (mungkin tiada), tetapi yang aku harapkan, agar ada kalimat-kalimat suci dipersedekahkan kepadaku juga akan ada amal-amal kebajikan yang datang kepadaku tatkala aku memang amat-amat memerlukan.

Permukiman selama DUA hari di daerah KUANTAN begitu mengujakan. Alhamdulillah, segala yang aku inginkan dan hasratkan untuk berlaku sepanjang dua hari ini dimakbulkan, ditambah dengan keadaan cuaca yang teramat-amat baik sepanjang hari-hari tersebut membuatkan semua agenda penting yang dirancang dapat dilalui dengan cemerlang sekali.

Aku bergerak ke Hentian Puduraya seusai solat maghrib bersendirian di kamar sepi, beberapa ketika saat senja melabuhkan tirai kesyahduan petang jumaat yang bermuram durja menyaksikan saat pemergianku ke KUANTAN. Dengan gerimis yang masih berpanjangan, saat molekul-molekul halus hujan yang terasa tajamnya menyucuk-nyucuk liang roma tanganku, aku meneruskan hasrat dan impian, meninggalkan DESAMINIUM RIMBA dengan sejuta perasaan yang mendesah dalam jiwa. Antara suka dan duka yang saling berbaur meninggalkan resah dan gelisah yang tiada berkesudahan dalam dada. Sukma turut berbisik yang permusafiranku ke KUANTAN memungkinkan aku mendapat sesuatu.

Dah la, sakit kepala den memikir ayat sastera. Dengan ruang waktu dan kelapangan yang tidak mengizinkan, berikut adalah SUMMARY permukiman den di KUANTAN. Layan, zass..

Jumaat, 28/11/2008
7.30mlm: Merempit ke Hentian Puduraya
8.15mlm: Sampai dan parking motor, bayar singgit kat brader tu suh jaga motor baik2
8.30mlm: Tayar bas bergolek

Sabtu, 29/11/2008
12.30pg: Sampai Kuantan, ngantuknye. Langgak (exroomate Palapes UTM) fetch aku, lepak rumah dia
12.40pg: Sampai rumah Langgak kat sebuah taman (xigt nama) sebelah Kg Sg Karang Darat
2.00pg: Tidur dan menyepikan diri kala keletihan melanda
6.45pg: Bangun tido, mandi, solat subuh, prepare pakai tracksuit
7.00pg: Pantai Pasir Hitam, berjalan2 hirup udara segar, salam perkenalan buat Kuantan
7.30pg: Pantai Balok, berjalan2 hirup udara segar
8.00pg: Balik rumah, mandi lg, tukar baju tuk gi lunch rumah Poches (exskot Palapes)
10.00pg: Rumah Poches, gathering + dinner aku, Langgak, Poches ng Ijan di samping suami2 dorg (Man n Wadi), makan sedap o, 2x tambah >5jenis hidangan
2.00ptg: Balik rumah, tukar baju lg, siap2 nk gi jalan2
2.30ptg: Pantai Teluk Cempedak, Sg Pahang, Masjid Negeri, Megamall Kuantan, best gilos tp xsmpt mandi
6.30ptg: Balik rumah, tido jap, keletihan ya amat merempit sepanjang hari
8.00mlm: Tanjung Lumpur, gathering ng Abg Ramlee, Kak Dayang, Aizudin, Lan, Kak Illa, Kak Lily and Kak Teja RAMFC
11.00mlm: Sg Pahang, berfoya2 sambil menyedut udara segar, xsempat nk naik river cruise, harap2 sok sempat

Ahad, 30/11/08
12.00pg: Balik rumah, tido melepaskan lelah sepanjang hari, kekenyangan tahap super saiya melantak seafood dibelanja oleh Abg Ramlee. Trimas2, toce2, syukran2, mekasih2.
7.00pg: Bangun pagi lmbt sket dr semalam, terus mandi and solat subuh
8.00pg: Pantai Batu Hitam, ingatkan nk mandi kat sini, tapi ombak agak besar.. ombak jahat
8.30pg: Teluk Cempedak, bermandi-manda bagai nak rak.. melepas geram melawan ombak yang menggulung.. side roll, forward roll, squad jump, semua ada.. best gilas..
11.00pg: Megamall Kuantan, beli tiket Bolt, jumpa Paiman n Yus, skot Palapes UTM yg baru je bertunang
11.30pg: Bergerak gi rumah Poches, gathering lg..
12.00pg: Sampai rumah Poches, bertukar2 citer, arini kekuatan bertambah 2org (Paiman n Yus).. mengenang kisah lama dalam hutan, korek kubu, stand to, macam2 lagi la..
1.00ptg: Pantai Cherating, belasah makan Sata + Air Tebu, best2.. halusnya pasir pantai ni..
2.30ptg: Lunch kat rumah Poches, makan pun tambah 2x gak, kredit to Poches n Ijan yang masak penat2 tuk kitorg, sedap gilos..
3.30ptg: Zuhur + Asar kat Masjid Negeri Pahang
4.50ptg: Megamall Kuantan, layan movie cerita Bolt, melepas aku nak naik River Cruise pusing Sg Pahang, tapi takpe lah, lain kali datang lg..
6.10ptg: Cerita abis, balik rumah, mandi n solat maghrib + jamak qasar isyak
7.30mlm: Rempit gi Hentian Makmur, jumpa Paiman n Yus
8.00mlm: Paiman naik bas balik KL, Yus balik Gambang, tQ Yus bawak kitorg gi merata today
9.00mlm: Aku naik bas balik KL, Langgak balik Balok, tQ Langgak bawak aku menjelajah satu Kuantan, miahahaha..

Isnin, 1/12/08
1.00pg: Sampai Hentian Puduraya, bagi 2ringgit kat brader tu, trimas coz jaga motor aku
1.40pg: Sampai Desaminium Rimba dengan penuh kemengantukan
3.00pg: Tidur keletihan

Kenangan 1st time di Kuantan yang takkan aku lupa sampai bila2. Semuanya tercatat dalam 1st page novel Personal Justice, sebagai saksi permusafiran aku di mukim ini.

Sekian.

Khamis, November 27

I am 24 today.. ;(

Warna Biru-Jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana kamu cenderung menyembunyikan perasaan.

Warna Hijau-Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong seseorang yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.

Warna Kuning-Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa kamu memiliki sifat optimis. Kamu seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu,kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.

Warna Ungu-Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu.

Warna Putih-Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh, senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan kamu.

Warna Hitam-Kamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika kamu berada dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta kamu.

Warna Merah-Kamu seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi kamu dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi. Kamu termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.

p/s: Previously, I like green color, but at now, I like blue. No wonder la dah jadi Laksamana berduka dari tanah rencong sekarang ni. Siang tadi, dengan tiket wayang free yang aku dapat dek menang kuiz wayang utusan, aku gi layan filem wayang kat the mines. Pergh, aku terlentok sama, menangis dalam tangis, bergelak dalam suka, membara dalam marah. Cukup untuk membuatkan aku menginsafi diri. I'll be back..

Isnin, November 24

demam, cuti, kuantan dan tali kasut..

hari ni:
1. aku demam, tak sihat, takde mood dan segala-galanya, semuanya bermula lepas SUDOKU
2. cuti 2ari sampai esok
3. ada 3asgmn due esok, ptg ni kene gi opis gak, bertapa kt sana smpi pg esok
4. jumaat ni konfem gi kuantan dr pudu tiket kul 8.30mlm
5. baju bertimbun xbasuh lg, rabu dh nk keje
6. personal justice dh menghampiri setengah
7. tgk ikatan2 tali kasut kat bwh cambest jek, dikopi pasta dr SINI apsal tah, N takde.














p/s: 2days lg nk 24tahun. apa pn tarak. miahaha. laksamana berduka dr tanah rencong.

Ahad, November 23

ikano, damansara 22/11/08 2008 SUDOKU SAMURAI sensei, miahahaha..



Miahaha, macam kelakar lak aku boleh join Sudoku Samurai ni. Tapi, seriously, best gila. Terasa terketar-ketar macam nak amik exam la pulak. Miahaha. Ni first time aku join, kalau ikut sejarah, dah 2tahun berturut-turut la acara ni diadakan. Yang last year, aku tak tau pun event ni wujud, lagipun, still kat UTM lagi that time. Ni baru berpeluang, kena register online dulu, rasanya iklan keluar time bulan lapan dalam the star kot if tak salah.

Ok, aku (adik aku join skali, dia tgh cuti 3ari) bergerak ke sana merempit naik motor dari rumah aku Desaminium Rimba, perjalanan lebih kurang 45minit la. Keluar dari rumah dalam jam 8.30pagi dan sampai sana 9.15pagi. Wow, happening gila, dengan ramai bangat contestantnya. Untuk kategori Individu, ada la lebih 150orang. Gile ramai siot. Muahahaha. Game dibahagi kepada 3round. 1st round, lebih kurang macam saringan la, second round nak pick contestant yang layak gi final. If tak salah, final 3orang je kot. Muahaha, macam biasa la, first round dah kiok. Susah gile sudokunye tu, tak tersempat nak jawab dalam masa 10minit. Masa dok jawab Sudoku tu, aku senyum melebar. Macam tak percaya jek aku bleh terlepas masuk. Lepas terkeluar tu, aku terus blah gi jalan-jalan pusing Ikano.

Pusing-pusing gi Harvey Norman, tengok-tengok laptop dan gi POPULAR mencari novel-novel best. Besar bangat seh POPULAR kat sini, best gila. Lebih kurang macam MPH kat Midvalley tu. Novel-novel RAM macam Tombiruo, Semangat Hutan, Tombiruo Terakhir, Ungu Karmila, Rahsia Perindu, Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta ada kat sini. Aku tertarik dengan satu novel, aku tak ingat pengarang siapa, tapi diterbitkan oleh PTS Litera. Tajuknya SYAHADAT CINTA. Macam best kalau baca kat kulit belakang tu. Trilogi gak ni. Miahaha. Kat POPULAR sekarang ni, tengah ada sale. Tunggu Teduh Dulu by Faisal Tehrani misalnya, bleh dapat 20percent discount. Disebabkan hujung bulan, aku just tengok-tengok je lah. Miahaha.

Then, turun aras bawah, terjengok la pulak kat IKEA. Wow, amazed. Besar tahap tak ingat. Dah macam melawat kilang la plak. Barang-barang yang dijual lak, memang unik dan macam best. Haha, teringin nak beli pun ada, tapi NANTI la. Kena datang lagi la camni. Hari ini diisytiharkan hari window shopping buat seorang aku. Miahahaha :)

Roger.

p/s: Harga SYAHADAT CINTA RM31.90 Mahalnye, tapi cover cun siot. Diskaun 15%, tinggal RM27.10. Still mahal lagi. Nak beli ke tak nak ni.. Miahahahaha. Ontah la, fikiranku berbahagi DUA.


Carik citer pasal SYAHADAT CINTA kat google plak, jumpa blog ni, DANTECURSE . So, aku copy sebijik-sebijik ulasan dia pasal novel ni. Macam BEST. Nak beli lah..

Novel Sahadat Cinta ini dikarang oleh Taufiqurrahman al-Azizy. Syahadat cinta merupakan bagian pertama dari trilogi “Makrifat Cinta”. Wah semuanya tentang cinta nih.. Emang bener semuanya tentang cinta, entah cinta terhadap Allah, cinta terhadap sesama manusia, ataupun makhluk lainnya. Trus gimana ceritanya, bagus nggak?? Oke-oke, sabar bro…

Jadi gini, novel ini menggunakan sudut pandang pertama, jadi bagiku sendiri, itu udah nilai plus, coz bacanya lebih nyaman, seakan-akan tokoh utamanya aku sendiri. Tokoh utama dalam novel ini yaitu Iqbal Maulana. Ia merupakan anak konglomerat –duit bokapnya pasti banyak-. Karena merasa telah memiliki semuanya maka iapun bisa bertingkah dengan semaunya sendiri tanpa memperdulikan orang lain. Setiap malam ia pun selalu ke diskotik, dimana ada penari striptis, ia pun berada disana. Ibaratnya, semua kenakalan remaja sekarang ada padanya. Tapi cuma satu yang ia nggak pernah lakukan, yaitu pacaran, apalagi ciuman.. wihh…

Oh ya, ia begitu kasar terhadap semua orang. Hanya satu yang membuat hatinya luluh yakni ibunya sendiri. Bahkan saat ibunya menyuruhnya untuk merawat tanaman anggreknya, ia pun menurutinya –wah jagoan ternyata merawat bunga-. Kemudian ada kejadian yang membuat hidupnya berubah.

Saat itu ia mengetahui bahwa anggreknya layu, ia pun segera mencari pelaku yang telah membuat layu anggerk tersebut. Semua tukang kebun, dan pembantunya pun dimarahi. Ia pun putus asa. Ia marah dan pergi meninggalkan rumah.

Ia pun pulang dalam keadaan mabuk. Ibunya pun mendekatinya namun iqbal mendorongnya sehingga ibunya jatuh dari tangga. Ia pun tidak sadar dan tertidur di kamarnya. Paginya ia mengetahui bahwa ibunya sakit.. wah iqbal panik. Ia pun merasa sangat menyesal.. ia pun sadar akan kesalahannya. Ia pun teringat bahwa anggreknya layu karena memang seharusnya sudah layu. Ya, semua makhluk pasti akan mengalami kematian.. saat itulah ia berniat akan bertobat.

Itulah mukadimah dari nover ini… ceritanya masih sangat panjang… novel ini memiliki tebal 520 halaman… lalu kelanjutannya gmana? Sabar, tapi aku Cuma critain yang bagiku berkesan banget oke…

Diapun ingin tobat, ibunya menyarankan agar dirinya menjadi santri di pesantren blablabla –aku lupa namanya- di daerah Solo.. nah slama dua bulan disana dia Cuma jadi pengangkut air,, nggak sekalipun ia diajarkan ngaji. Waduh gmana nih, ngaji, solat, wudhu blom bisa, kapan diajarinnya?. Dia pun berbicara dengan kyai sepuh, tapi ia malah disuruh ngambil air lagi selama dua bulan kedepan.. dia pun mengikutinya. Di dekat telaga –tempat biasa ia duduk sambil menikmati keindahan alam- ia uring uringan sendiri.

Dan tiba-tiba ada gadis yang memanggilnya. Ia pun kaget setengah mati. Mereka pun bertengkar sengit. Gadis itu pun ia maki-maki habis-habisan. Dan akhirnya gadis itu menangis dan lari dari hadapannya. Ia pun merasa menang. Huh Iqbal dilawan…

Dan ternyata apa?? Gadis itu adalah putri kyai Subada –pemilik pesantren-. Ia pun kalang kabut. Akhirnya ia pun pergi meninggalkan pesantren dan meninggalkan surat untuk gadis itu. Ia merasa kini jadi pengecut sejati…

Ia pun tidak tahu harus pergi kemana. Selama perjalanan ia banyak berkenalan dengan orang. Seperti Khaura gadis SMA dan Pricillia gadis kristen. Ia pun berkenalan dan menolong seorang pengemis (ibu jamillah). Nah disinalah ia mulai banyak belajar agama. Ia pun belajar baca alguran dengan Irsyad (anak ibu jamilah). Padahal Irsyad masih SMA, tapi ia tidak malu. Oh ya ia pun memborong buku agama di toko buku. Setiap hari ia beli 10 judul buku dan ia baca semuanya. Ia pun banyak berdiskusi dengan Pricillia tentang agama masing-masing, walaupun sebenarnya iqbal masih sangat sedikit tahu tentang Islam.

Ia pun memutuskan untuk tinggal bersama Irsyad di rumah reyotnya, padahal sebelumnya ia telah mencari hotel mewah. Wah keren… Oh ya, tiba-tiba ia di tuduh sebagai pelaku teroris,, ia pun ditangkap. Namun ia pun dibebaskan dengan jaminan dari ibu jamilah dan Pricillia. Oh ya, ia pun terkenal karena semua surat kabar membritakannya.

Ia pun ditambah senang karena setelah ia kembali ke rumah ibi jamilah, pricillia bersyahadat dan masuk Islam.

Setelah kurang lebih 14 hari meninggalkan pesantren ia pun memutuskan untuk kembali dan meminta maaf kepada aisyah (gadis yang ia maki-maki) karena memang ia telah berjanji akan kembali.

Kemudian ia pun meminta maaf kepadanya.. wah masalah dengan aisyah beres, tapi bagaimana dengan kyai subadar ayahnya, atau kyai sepuh? Ternyata mereka mencari iqbal untuk memastikan bahwa yang diberitakan di media masa adalah santrinya…

Setelah mereka pulang, akhirnya Iqbal pun meminta maaf kepada mereka. Oh ya sekembali nya iqbal ke pesantren, kini ia telah bisa berwudhu, sholat, dan baca qur’an. Ia pun kini tidak merasa rendah diri.Dan akhirnya dia pun jatuh hati kepada Zaenal, santriwati di pesantren itu….

Nah inilah bagian yang bagi aku cukup menyentuh:

Suatu saat rasa cintanya sudah tidak terbendung, ia memutuskan nekad untuk menemui zaenal di asrama perempuan –padahal nggak boleh- . Ia pun bertemu dengannya di halaman asrama. Ia mengungkapkan isi hatinya.

Tiba-tiba ada suara “mas Iqbal..mas Iqbal”. Terdengar ada suara gadis yang memanggilnya dari belakang. Dan terdengar gedebuk. Ada suara orang yang terjatuh. Iqbal pun menengok ke arahnya. Ternyata itu Pricillia, iqbal pun segera mendekatinya dan menyandarkan tubuhnya di atas dadanya.

“Mas Iqbal… alhamdulillah… Ya Allah Engkau telah mengijinkanku bertemu dengan mas Iqbal”. Air mata iqbal pun bercucuran sebab wajah pricillia lebam, penuh luka, dan kebiru-biruan. Kedua matanya bengkak dan goresan menganga di keningnya. Darahnya mengalir dari goresan itu.

“zaenab, cepat ambilkan balsem” perintah Iqball. Zaenab pun berlari ke asrama. Iqbal pun mengusapkan darah di keningnya. Iqbal membaca Al fatihah berkali-kali dan berdoa kepada Allah untuk membangunkan Pricillia dari pingsannya.

Akhirnya pricillia pun tersadar, dia menangis. Tangisannya menyayat hati Iqbal. Diusapkannyalah darah yang mengalir itu, seakan-akan darahnya sendiri yang mengalir. Darahnya mengalir seiringan kucuran air mata Iqbal.

Kemudian Zaenal datang. Bersama santri putra ia pun di teriaki :

“Usir Iqbal!!”

“Bunuh dia, darahnya halal untuk dibunuH!”

Hal itu mereka teriaki karena melihat Iqbal sedang memeluk Pricillia di halaman asrama perempuan. Iqbal pun diseret, dipukuli dan dihajar habis-habisan. namun ia hanya tersenyum. Hanya dua hal yang ia pikirkan yaitu keadaan Pricillia dan nasib cintanya pada Zaenal.

Ia pun diadili. Ia di interograsi kenapa ia bisa berada di asrama putri, kenapa ia pernah berduaan di belakang pesantren bersama aisyah, dan kenapa ia menyandarkan tubuh pricillia ke dadanya. Ia pun menjelaskan apa yang ia yakini benar dan tidak menyimpang dari Islam.. Karena perbedaan pendapat dengan pesantren ini ia pun diminta untuk pergi meninggalkan pesantren. –kalo mau tahu pendapat-pendapatnya, baca novelnya, okey-.

Yah, begitulah sedikit bagian dari novel Syahadat Cinta ini. Cukup bagus, tapi jujur ajah, saya kurang suka dengan covernya.. mungkin karena ada gambar laki-laki disitu?? Tapi kayaknya gambar itu bukan iqbal, iqbal itu digambarkan sebagai pemuda yang tampan…. he-he…

Ok sekali lagi… baca novelnya,, bye…

Rabu, November 19

PAYLESS book fair memang MURAH

Inilah hasilnya dari kunjungan aku ke PAYLESS bookfair JUMAAT dengan SABTU lepas. Memang berbaloi bangat walaupun novel tu belum tentu lagi aku akan baca. Miahahahaha. Takpe, at least benda dah ada kat tangan. Kalau kepingin nak baca, baca lah. Kalau malas, simpan je buat kenangan. Miahaha, 5novel = rm12, so semua 10novel = rm24 lah. Malas den nak cerita panjang. Layan la novel-novel kat bawah ni. Miahahahahaha. Untuk pengetahuan semua, ni 2nd time aku beli novel-novel english selepas Personal Justice. Personal Justice dah sampai bab ke 6, iaitu time HILMAN nak gi New York jumpa dengan anaknya JESLINA. Mula-mula nak borong novel John Grisham jek, tapi bila cari tak jumpa. Last-last, belek punya belek, jumpa gak satu. Novel-novel yang lain tu, aku tau bedal je ambik. Dan ada satu novel, aku jmpa, muka depan sebijik macam Ungu Karmila, ntah la sama ada cerita dalam tu sama atau tak, aku kurang periksa. 2nd day aku pi jengah, novel tu dah takde ;(

1. The Rainmaker by John Grisham

2. The Last Precint by Patricia Cornwell

3. The Judge by Steve Martini

4. Without Remorse by Tom Clancy

5. An Isolated Incident by Susan R. Sloan

6. The Experiment by John Darnton

7. Starting Over by Robin Pilcher
8. Neanderthal by John Darnton

9. Hannibal by Thomas Harris

10. Guilt By Silence by Taylor Smith
p/s: Semoga aku dapat abiskan pembacaan semua novel ni. Amin.
Related Posts with Thumbnails