Khamis, Januari 1

balik kampung.. 22/12 - 31/12..

Hm, balik kampung kali ni terasa begitu panjang, masa terasa bagai sengaja diperlahankan. Mengikut perancangan awal, aku hanya dapat bercuti dari 22/12 sehingga 28/12. Tapi apakan daya, perancangan YANG MAHA KUASA tiada siapa dapat menyangkal, ajal maut tiada siapa yang dapat menduga. Aku terpaksa mengambil Emergency Leave (EL) 29/12 sehingga 30/12. Ada kisahnya yang aku akan ceritakan di akhir posting ni.

Untuk memulakan cerita, di bawah ni ialah hasil karya adik-adik aku melukis dalam paint. Sebenarnya diorang ni baru first time memegang laptop. Terkejut gak aku melihat hasil karya diorang yang tidak disangka-sangka. Adik-adikku yang terlibat mencorakkan karya seperti yang terpamer di bawah ni ialah Liza (16tahun), Mat Arif (14tahun), Mimi (12tahun), Mira (10tahun), Tihah (8tahun) dan juga Saiful (6tahun). Tapi yang dok rajin melukis tu, Mira dengan Tihah la.
















Dalam pada tu, sempat gak aku berjalan-jalan ke Jusco Bandar Perda dengan Eni (adik bawah aku), Liza (adik aku yang keempat) dan Zahirah (sepupu aku) dengan tujuan utama nak beli hadiah untuk kenduri Pakcik Jan aku. Terjengah kedai buku Popular, tanganku tersambar 2 novel Liza Zahira (gabungan nama adik aku, Liza dan sepupu aku, Zahirah) iaitu Bahtera Kasih dan Kau Tetap Dihati. Macam tak percaya ada unsur thriller dan adventure dalam novel-novel ni. Best gak, sempat aku hantar penyertaan untuk Kuiz Novelis Liza Zahira tu tadi, nasib baiklah sampai KL awal. Tu pun, jam dah menunjukkan pukul 11malam. Kiranya penyertaan last minute lah. Takpe, yang penting, sempat hantar penyertaan dah kira cukup baik. Berbaloi gak aku sambar dua novel tu. Dari apa yang aku nampak, novel Liza Zahira lebih kepada kisah percintaan, tapi turut diselitkan dengan elemen-element thriller dan adventure, tak lupa juga, kisah pengalaman di luar negara, istilah-istilah perubatan yang agak menarik. Hope lepas ni boleh sambar dua novel Kak Liza Zahira yang terawal tu.
Ha, kat bawah ni video gambar time kenduri Pakcik Jan dan Makcik Kinah. Kenduri sebelah perempuan berlangsung pada 25/12 di Permatang Janggus, Seberang Perai Utara manakala sebelah lelaki, dua hari kemudiannya iaitu 27/12 di Bukit Indra Muda, Seberang Perai Tengah. Tak pasai-pasai aku terpaksa berlakon sebagai pengapit la pulak. Nasib baik ada baju melayu hijau dan coklat (yang ni rembat baju ayah aku), walaupun tak lengkap. Yang Pakcik Jan aku ni pun satu, tak nak cakap awal-awal. Tapi aku faham, keadaan tak semestinya menyebelahi kita. Janji cukup syarat dah la.

Pada malam selepas kenduri sebelah lelaki, nenek aku, Tok Yah iaitu emak kepada Pakcik Jan dan emak aku, telah kembali ke rahmatullah setelah sekian lama (start raya puasa dulu) menderita sakit tua. Ditambah dengan tak lalu makan, badan Tok Yah aku semakin susut hari demi hari. Lebih kurang jam 3.30pagi, 28/12, Tok Yah menghembuskan nafas yang terakhir. Suasana muram meratapi pemergian nenek yang kupanggil Tok Yah. Alfatihah.
Memandangkan aku telah mengambil tiket bas untuk balik ke KL (tiket 28/12 jam 11pagi), aku pun menelefon bos untuk meminta EL untuk 28/12. Aku akan balik esok pagi 29/12 sebab bekerja pada malamnya. Keesokan harinya, 29/12 aku punya la bergegas gi Jeti Butterworth, nasib tak menyebelahi aku, tiket semua habis sampai 2/1 tahun depan. Hampeh, terpaksa aku menelefon bos untuk ambik EL lagi. Waduh-waduh, memandangkan aku dah sampai kat Jeti Butterworth, aku terus ambik feri gi Komtar. Sempat gak la pusing-pusing Prangin Mall jalan-jalan makan angin. Tersinggah kat Popular lagik, tersambar diari untuk tahun depan. Purple in Color.
Tiga malam berturut-turut diadakan majlis tahlil di rumah Tokwan Din aku. Alhamdulillah, dapat gak aku join sampai malam terakhir. 31/12 tepat jam 3petang, aku pun menumpang Paklong Hasan aku (Polis kat IPD Brickfield) untuk balik ke KL memandangkan tiket bas teramatlah laku tak terkira. Sabtu 3/1 baru masuk kerja, terpaksalah aku menjalani 2hari cuti di KL dengan penuh membosankan (tidur, tidur, tidur).. Terkenang kebestan bercuti kat kampung, bleh makan masakan emak aku yang sedap gilos tu (masak cabai ikan bilis-feveret, gulai ikan kering dan lain-lain yang memang meleleh ayaq lioq la kalau den nak cerita).
Sekian, roger and out. Mental mesti kuat.
p/s: Selamat menyambut tahun baru 1430h dan juga 2009m. Semoga segala yang diazamkan tercapai. Amin. Tak lupa buat member Mashoor (L) yang baru kawin tu, Aizat, selamat pengantin baru. Juga buat member Pongsu Seribu yang baru kawin gak, Zaid, selamat pengantin baru.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails