Khamis, November 6

Aku, Membaca & RAMfc

Aku tidak pandai menulis, juga tidak petah berkata-kata. Bagiku, asalkan apa yang aku cuba sampaikan itu dapat difahami, itu sudah cukup untuk membuatkan aku puas hati. Aku tidak punya apa-apa kelebihan. Cuma manusia biasa yang biasa-biasa. Ada masa, aku diterjah dengan keboringan yang teramat sangat, ada masa aku gembira, ada masa sedih menimpa, ada masa bermuram durja. Aku banyak belajar dari persekitaran, prinsipku bertukar dan berubah seiring dengan usia. Andai awan dapat kucapai, maka saktilah hamba. Haha, apa la aku merepek ni.

Direct to the point, aku nak cerita pasal satu daripada hobi-hobi aku yang tak seberapa. Of course la membaca. Aku ada tiga hobi. Membaca, jogging dan join pertandingan. Tapi, satu-satunya hobi yang dah berakar umbi dalam diri aku, yang aku dapat dari time aku sekolah rendah, yang aku pertahankan sampai la sekarang ni ialah membaca. Yang dua lagi tu, aku dapat time dekat UTM. Orait, apa yang aku baca? Mostly novel la. Oklah, bermulalah sebuah ceritera cinta bagaimana aku mendapat hobi membaca ni, membencinya seketika dan terus mempertahankannya sampai la sekarang.

Bermula sekolah rendah, aku banyak main, banyak main, banyak main, malas belajar, selalu masuk hutan dengan geng2 kampung (sebijik macam dalam filem tentang bulan tu) cari hantu, selalu main perang-perang (nk jadi adnan saidi kononnya), bleh kata zaman ni paling best, kamceng gila dengan geng2 kampung aku. Dari time ni gak, aku dh mula sebati dengan buku, aku tolong pinjam buku kat library sekolah, then balik rumah, lawan baca dengan mak, dengan Kak Miah (jiran aku). Haha. Mungkin dari sini kot terdetiknya cintaku kepada hobi membaca ni. Time ni, aku baca novel yang nipis2 je la, satu je yang aku ingat sampai sekarang ni, Pedamaran Rimba. Penulis aku dh tak ingat, maleh den nk carik kat google. Haha. Alhamdulillah, walaupun banyak main guli, banyak main sorok-sorok, banyak main tuju kasut, banyak gi kejar mesin padi, banyak gi tangkap ikan, banyak main getah, banyak main batu selambut, aku skor jugak dalam UPSR walaupun result sederhana, dan layak masuk sekolah asrama. xbestnya.

Then, masuk sekolah menengah, sekolah asrama tu kat sebelah pulau (rumah aku kt seberang). Dapat kelas paling belakang sekali. Aku buat dek je mula-mula tu, tapi sampai satu ketika, abis exam pertengahan sem kot, aku terinsaf. Tengok budak2 yg kaya raya dok pulun tak ingat, takkan aku nak buat dek je kot, dah la family aku susah, adik beradik ramai lak tu (time ni aku ada 6orang adik beradik, apakan daya, aku ditakdirkan menjadi abg long dalam family) , by hook or by crook, aku mesti belajar rajin-rajin. So, mungkin terkesima dengan keadaan, aku rela menjadi seorang pelajar skema. Haha. Kawan-kawan yang lain kutuk pun, aku buat dek je. Kerja aku, belajar, belajar dan belajar. Hobi membaca? Kureng sket time ni, novel tak banyak kat library. Tapi boleh kata semua novel yang ada tu aku dah baca la. Novel yang aku ingat, Masuk Ke Dalam Cahaya by Abdullah Hussain. Best. Time ni gak, aku tak aktif langsung sukan. Setakat join main bola tampar, badminton ng pingpong petang-petang tu pernah la tapi aku tak minat. Medal? Time sekolah menengah ni, aku ada SATU je medal. Acara apa? Jalan Kaki. Fuyyo, no3 tu. Haha. Aku keluar sekolah menengah dengan menjadi best student. Best ke? Bagi aku tak best, sebab aku tak tau halatuju time ni. Main sondol je. Aku sondol je masuk matrik bila dapat offer. Lagi satu, start sekolah asrama ni, aku dh jadi tak kamceng dengan geng-geng kat kampung. Ni yang paling aku tak suka dan kalau boleh aku nk masuk balik sekolah menengah ni weh. Haha, emosi la kononnya.

Then, kat matrik, just sebelah kampung aku je. Dari matrik ni, aku boleh nampak bumbung rumah aku. Rindu rumah. Haha. Kat sini la aku tau baca novel-novel yang best2 ni, novel popular. Abg Ramlee start jadi my fovourite author time ni la, setelah aku terbaca Tombiruo. Susah gila nak cari novel ni kat library, ramai yang dah book awal-awal (ni pun aku dapat baca secara tiba2, sorang kawan aku yang bagi aku pinjam). Tapi, time ni, especially masa nk abis sem2 matrik, hobi membaca aku terlalu menguasai diri, sampai aku sendiri jadi benci. Sampai aku rasa aku tak boleh nak studi. Haha, bermula la zaman aku menyalahkan novel bila dapat result teruk. Di matrik ni juga, semangat belajar tu semakin kurang, terutamanya bila sorang demi sorang budak kuliah aku dapat offer oversea. Baru aku tau, silap aku yang sebesar-besarnya, aku tak isi borang JPA selepas spm dulu. Haram, macamana aku boleh tak tau. Tapi, mungkin berkat doa mak, ayah dan adik-adik kat rumah, result aku tak jauh jatuhnya. Takde la teruk sangat, cuma tak jadi the best je la. Time ni la kene kutuk dengan sorang minah pompuan ni, "akim, hang ni budak skema ar" Haha, siap gelakkan aku. Aku terasa, aku pendam, aku pendam, aku pendam. Lepas ni aku dh xmo jadi budak skema. Tapi aku fikir time ni, kalaula aku tak jadi budak skema time sekolah dulu, berjayakah aku memanjat tangga kejayaan sampai ke tahap sekarang ni. Aku sakit hati dengan budak pompuan tu, tapi malas nak ambik kisah.

Then, dapat masuk UTM. Awalnya, aku masuk dengan penuh keazaman. Tapi, tak sampai seminggu, aku jadi lalok, aku jadi jeles dengan semua orang. Kenapa apa yang aku nak dan inginkan, aku tak pernah dapat on the spot. Time ni, kejelesan kepada kawan-kawan memuncak. Aku jeles diorang ada Motor. Aku jeles diorang ada Komputer. Aku jeles diorang ada segala-galanya. Dan aku tiada apa-apa. Ada ke patut diorang ada basikal pun aku jeles. Betapa tidak matangnya. Betapa kanak-kanaknya pemikiranku time tu. Ha, camne plak dari budak skema boleh join palapes UTM yang brutal tu. Entah la, aku rasa time ni, aku perlukan perubahan. So, aku masuk palapes ni. Sebabnya, aku dah tekadkan hati, aku nak berubah. Aku nak rasa apa yang aku tak rasa kat sekolah dulu. Aku nak rasa camne berkawad, berkhemah, pumping, sideroll, forward roll, squad jump, commando rest dan macam2 lagi la (kat sekolah dulu aku masuk pbsm, haha, budak-budak sekolah aku cakap, persatuan borak semenanjung malaysia. aku rasa terhina gila, tapi sondol je la, terpaksa tahan hati, aku ini bukan siapa2, hanya budak miskin yang menumpang di sudut dunia). Masuk dengan penuh cuak, risau, janggal, sengal, ntah la macam-macam perasaan ada. Ye la, aku bukan budak sport, funky, monkey, ape tah lagi, tiba2 bleh terjah masuk palapes la pulak. Masa test lari, wow, aku terkejut, terkesima, aku no2 weh. Macam tak percaya. Ukur tinggi, ukur berat, siap ada ujian batuk lg, yea, aku lepas. Berjaya masuk palapes. Horray2.

Zaman kepalapesan bermula. Aku takde lah menonjol sangat, cuma aku libatkan diri dalam acara2 yang aku tak pernah buat sebelum ni. Dan of course aku tak percaya yang aku boleh buat dengan penuh berjayanya. Aku bersyukur gila2 sebab masuk palapes ni, dan dari sini gak, minat membaca yang semakin pudar time last2 sem dekat matrik dulu, memuncak balik. Aku dapat 2lagi hobi baru, join pertandingan dan jogging. Semua ni gara-gara palapes. Aku dah ada team untuk ketiga-tiga hobi ni. haha, walaupun aku la yang selalu jadi tukang pinjam novelnya, yang jadi tukang isi form untuk pertandingannya dan jadi tukang ajak untuk joggingnya (selalunya petang-petang jam6, lari bawa pack naik balai cerap). Dari sini, dah ada dua tiga orang team palapes yang suka baca novel-novel thriller macam aku. So, bertukar-tukar novel, bertukar-tukar pendapat. Dari sini gak, aku dah mula sedar, aku mesti ada aku punya prinsip sendiri yang tetap, hobi yang tetap, pemikiran sendiri. Ada gak yang menyakat aku ni hantu novel la, hantu buku la, apa la. Haha. Nasibla, nak kata apa pun kata la, yang penting aku buat benda yang tak salah dari segi agama dan tatasusila. Zaman kt UTM ni, aku banyak belajar pasal kehidupan, up and down, walaupun study aku sedikit berterabur, sampaikan setiap semester dapat surat cinta dari penaja aku, sampaikan aku terpaksa extend tambah satu sem (ni aku menyesal gila2 sampai sekarang ni). Dah la, xmo cerita pasal kat UTM dah.

Ok, cerita sekarang. Zaman dah bekerja pulak. Aku dah bulatkan tekad dan azam. Bak kata sudin dalam Seniman Bujang Lapok, dengan muka penuh bertompok dengan bedak sejuk, dengan tangan penuh menggeletar,"Walaupun rupamu tidak ku kenal, tetapi membaca, jogging dan join contest tetap menjadi pojaan hobiku." Haha, macam kelakar la plak. Walaupun teman2 serumah punya laa dok kutuk hobi-hobi aku ni, aku berbisik pada hati, "hidup mesti berani terima kenyataan, mental mesti kuat., Akim" Satu hari tu, tengah seronok-seronok layan friendster, jmpa maklumat kata ada perjumpaan RAMfc kat KFC, Central Market. Uiks, Abang Ramlee pun turun skali tu, aku terus salin kt handset tarikh, hari, masa dan no hp Kak Elle. Maka dengan tidak malunya, pabila tibanya hari yang tersebut, aku terjah je. Berbekalkan beg loreng yang sentiasa menjadi peneman, haha, aku terjah, terjah dan terjah ke KFC tu. Lalu, sejarah menyaksikan, rupanya aku bukan keseorangan. Best bertukar-tukar fikiran dan cerita dengan ahli RAMfc. Dan secara tiba-tiba aku dah ada abang-abang dan kakak-kakak yang aku rasa mesra terlebih-lebih ni. Haha. Ni lah resultnya sejak aku join RAMfc ni, yang paling penting, aku dh mula ada blog yang tak best ni.

Ni gambar time aku terjah Naz Ahmad Melodi di KFC Pasar Seni. Gambar atas ihsan Kak Faizah. Best gile sebab dapat kenal geng2 yang suka membaca gak. Tambah-tambah semuanya hard core peminat novel Ramlee Awang Murshid, Novelis Thriller No.1 Malaysia ni. Suspect and respect Abang Ramlee, tetiba je bleh duduk sebelah aku yang tah sapa2 ni. Haha. Sebenarnya aku nak cerita benda ni je dari tadi, tak tau la boleh meleret-leret sampai terpaksa jap aku pemberita Hari Ini Dalam Sejarah (wow, sejarah, aku suka). Haha.

Gambar tengah2 tu, Bro Attokz, Kak Faizah dengan Abg Ramlee. Yang hujung kt atas tu, orang paling besar dalam Alaf21, En Nordin ataupun nama penanya, Eyman Haikal.

Ni sume yang hadir. Alamak, xde la plak gambar Kak Dayang dgn Aizudin. Kak Linda tu, satu team dengan aku gak, TM Berhad, tapi dia dekat Kota Kinabalu, Sabah bah.

Ni la gambar Novelis Thriller No.1 Malaysia yg aku suspect and respect sgt2 tu, Abg Ramlee Awang Murshid. Tengah tandatangan novel Kak Elle kot ni.

Ni plak gambar time aku attend 1st meeting RAMfc kat Restoran Kg Pandan, Jalan Yap Kwang Seng aritu. Malangnya, aku dianugerahkan perjawatan yang agak tak larat untuk aku menanggung balaknya. Haha. Tapi, mental mesti kuat. Gambar atas ihsan Anim, uiks, xde la plak gambar ko..

Aku dengan Abang Mielong. Tengok rambut aku, serabai macam orang baru bangun tido. Haha, actually memang baru bangun pun. Pagi tadi baru abis keje, balik tido jap, bangun, mandi kerbau dan terus merempit ke tempat meeting.

Kak Chef, Bro Attokz dan aku. Time ni Bro Attokz tengah khusyuk meluahkan segala pengalaman beliau dalam berpersatuan ni.

Kak Chef, Abg Websutera dan aku lagi? Nampak tak, Bro Attokz bertukar menjadi Abg Websutera secara tiba-tiba. Magic kan? Haha.

Kak Elle dan Kak GC. Ni Kak GC dapat hadiah sebab logo RAMfc rekaannya berjaya menjadi logo tetap RAMfc. Tahniah Kak GC. Tu, ada remos tutup mata tu. Haha.

Kak Elle, Osh wartaweb dan Kak Arms. Tengokla Osh tu, sebijik macam wartawan bersamamu tV3 tu kan. Mazidul Akmar Sidek, opss bukan2.. yang sorang lagi tu.. Mazuin ape tah.

p/s: Aku gembira dengan hidup aku sekarang. Haha. Walaupun ada banyak yang still tak terurus, aku gembira. At least, tatkala berduka atau terlebih suka, ada tempat yang aku boleh share perasaan. Kat mana? Ha, di sini www.simurl.com/ram Jom join aku terjah ke blog RAMfc ni. Haha. Akulah laksamana berduka dari Tanah Rencong yang mula rasa gembira sekarang ni :)

6 ulasan:

RaSHidAwAti DaUd berkata...

Akim, dulu pun aku cam tu gak. Slalu jeleous ngn owg. Ala, aku pun bukan dari kuarge kaye gak pun. Ala, bak kate ko kan, tak matang lagi =)..Akim, biear je owg kate tah ape2 kat kite. Kite tetap kite. Die jealous sebenarnyer tu..Die sendiri pun tak tau hala tuju die. Tapi hoby membace nie sgt2 bgs. Daya ingatan jadi lebih kuat, and nnt lmbt nyayok mase tua..Bagus2..Tapi aku memang pemalas giler nak membace nie. Haha.. nowadays duk membelek specification device2 aku tu jer sebab nak buat keje..=)

illaieylla berkata...

salam ziarah akim............

Sabiah berkata...

BEST LA RENTETAN PERJALANAN HIDUP ANDA AKIM.HEHE.BAGUS LA TU,bukan semua orang dikurniakan minat membaca ni.Satu cara yang paling mudah nak dapat ilmu.Kita ni antara yang bertuah tau.
Teruskan membaca Akim.(Wah macam ayat abg Ram ms sain autograf dlm buku pulak)

Linda Amri berkata...

Pandai je nko cakap aku kat Karambunan ye. Karambunan tuh tak wujud pun kat Sabah. Aku keje kat KK duduk kat Papar lah bro. Emmm... apa punya kawan dahhh miahahahaha

sue onn berkata...

ko berduka..dah jadi gembira ye akim..kuat tul mental..tapi sekuat mana gak mantel kita kerana kita juga punya hati dan perasaan kan? wah aku dah pening..ko sendiri pikirlah akim..

akimsensei berkata...

shida - haha, ok la tu, baca spec component pn dh kira mcm baca buku.. haha..

kak illa - salam ziarah gak.. haha...

sabiah - ya betul tu, teruskan membaca, mental mesti kuat..

kak linda - orait, den dah edit dan tukar.. papar? ada one of my kawan jadi cikgu kt situ..

kak sueonn - haha, biasalah, den kan laksamana berduka dari tanah rencong.. hehe, mental mesti kuat gak..

Related Posts with Thumbnails