Ahad, November 2

Labyrinth By Imaen, Romantis Thriller, 3.5 Bintang

Tajuk: Labyrinth
Penulis: Imaen
Penerbit: Jemari Seni
Bintang: 3.5

pernah x korang dgr lagu roman picisan by dewa? sambil2 jiwang karat dgr lagu tu, aku melayan labyrinth by imaen ni, publisher jemari seni. boleh tahan juga novel setebal 418mukasurat ni. kalau nk beli, harga kt kedai rm18 tapi kalu aku suggest, better beli online, lg murah, rm16 je termasuk kos penghantaran. aku pernah beli novel dr jemari seni ni dulu, novel2 by hlovate, 5 tahun 5 bulan dan Aa+Bb. novel ni aku jumpa kt national library, tertarik dengan "romantis thriller" kt kulit blkg novel ni, aku pn terus la grab.

ceritanya, memang bagus dan membuatkan aku terpaksa berfikir dan memikir. karya imaen ni penuh dgn falsafah dan juga puisi. awal2 baca, aku disogokkan dengan kematian tragis org2 kaya raya, akibat dibunuh secara kejam oleh seorang psiko. dlm pada itu, detik2 penceritaan kisah cinta antara dani dan maira dan juga kisah rumahtangga kamal dan natasya sebagai rencah romantisnya memang menjadi tunjang novel ni. wow, nama dani tu mcm dlm bagaikan puteri la plak. rempah thriller sbgai penemu antara semua watak. membaca novel ini membuatkan aku terpaksa berfikir, siapakah penjenayah sebenar. smpi di tgh2, aku rasa kalau yg memg betul2 khusyuk mesti dh dpt teka identiti sang psiko tu walaupun samar2. aku try letak antara ayat dlm novel ni.

"Modus operandinya sama. Mangsa diajak atau diculik ke sebuah bangunan terbiar atau terbengkalai. Mangsa diikat dan dibogelkan. Pakaian mangsa dilipat dengan baik. Kemudian mangsa dibunuh dengan pedang samurai. Kepalanya kemudian dihancur-lumat dengan tukul, sledge hammer, sehingga berkecai. Masalahnya sekarang ialah pembunuh langsung tidak meninggalkan kesan. Betul-betul seorang profesional. Dan yang benar-benar menjadi masalah kepada saya sekarang..."

haa, siap ada pedang samurai lagi tu (mcm hatiku di harajuku la plak). kalau nk banding dengan karya abg ramlee, debarnya lebih kurang mcm ungu karmila (try baca tgk, aku kasik 5star ungu karmila ni). masa mula2 baca, tertanya2 gak, apa ke benda labyrinth ni. pernah dgr tp still taktau. rupanya labrinth ni, mcm teka teki yg bila kita dh terperangkap dlm tu, nak tak nak kena la cari jalan kuar. kalau tgk kamus, maksudnya rangkaian lorong/garisan yg mengelirukan. mcm gambar kt bawah ni:

alhamdulillah, dpt gak aku mghadam novel ni, wpun terpaksa la melayan kantuk di tempat keje. kisah 3org polis nk jejak penjenayah brutal dan sakit jiwa (bunuh gaya mona fendi) dibantu sorg pakar sastera dan pakar bedah.. aik, camne pakar sastera pn bleh terlibat? haha, penjenayah ni akan tinggal satu puisi kt tmpt yg dia bunuh. dia xtinggalkan kesan2 lain kecuali puisi ni je. terpaksa la 3org polis ni (kamal, hanani dgn salman) gi cari pakar sastera (dani) kat UM. layan.. boleh tahan la thrillernya.. tp ending yg perlu fikir, kalau la endingnye diolah dgn baik, mesti gmpk mcm novel abg ramlee gak.. penjenayah yg split personality tu gak senang2 je mati lepas bunuh sume org.. tu yg xbest tu.. btw, bleh layan laa.. aku bg 3.5 bintang.. baru pnjm dr national library..

setiap kali baca novel, aku akan carik ayat2 yg best mgkin sebagai pedoman, kata2 semangat ke apa ke. dlm novel ni, aku dpt ayat ni.

"Hati-hati dengan orang yang selalu mengalah atau orang yang sabar, sebab apabila mereka marah, kita tidak akan tahu sampai seberapa tahap kemarahan mereka. "

p/s: abg web, sori xleh dtg open house smlm. tgk posting, meriah.. ni mesti kak elle makin chubby pasni. haha..

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails