Rabu, Disember 10

akhirnya.. aspire 4930 jadik pilihan.. yeah, dh ada laptop..

Hm, start pas zuhur semalam, pas settle hal ng Maybank, aku terus merempit menuju ke Midvalley. Tujuan, nak menyambar sebuah laptop. Miahahaha. Alang-alang dah masuk asar, singgah solat jap kat Masjid depan UM. Then, terus gi Midvalley. Cuaca? agak mendung, hampir-hampir nak hujan. Saat betul-betul aku sempat masuk Midvalley, hujan turun dengan lebatnya. Alam menangis ntah bilakah redanya..

Masuk je Midvalley, aku terus terjah Harvey Norman. Wah2, harga aspire 4930 dah turun RM100 tinggal RM2399. Menarik. Kalau ikut aku, nak belasah je amik mana-mana laptop pun. Aku ni bukan reti nak menjaga sangat. Tapi, ushar punya ushar, ada 3laptop yang menarik perhatian aku.

1. aspire 2930 - rm2599, saiz 12.1, ram 2G, harddisk 160G, ada draftN
2. aspire 4930 - rm2399, saiz 14, sama spek ng aspire 2930 jek, beza harga rm200
3. aspire 4920 - rm2199, saiz 14, ram 2G, harddisk 320G, xde draftN

Aku mula-mula macam nak sambar yg aspire 4920 tu jek. Tapi bila mamat tu demo ke'power'an draftN ni, aku mula konfius. Mula la aku gi jenjalan dulu amik masa tenangkan fikiran memikirkan nak pilih yang mana.

Last-last, aku pilih yang aspire 4930. Sebab ada draftN ni la. Power gilos, wireless yang jauh-jauh pun bleh dapat. Kahkahkah, macam kelakar jek. Lagipun, aku nak guna laptop ni untuk online, dan nak belajar-belajar menulis. Aku kensel plan asal nak sambar aspire 2930 sebab time aku try menaip tu, keypad tu macam tak selesa nak menaip. Kecik sangat, seram gak takut kene penyakit yang rosak urat kat tangan tu (aku tengok dalam emel, tapi dah lupa.. seram seh tengok gambar tu). So, keputusan dibuat, aku rembat aspire 4930 jek..

Ni harga-harganya:

laptop = rm2399
warranty = rm365
total = rm 2764

bayar guna kad kredit ikhwan maybank, by month rm231 lebih kurang..

Yang dibagi free, mouse, laptop cooler, pendrive 2G, beg laptor acer dan juga dvdrom 50keping.. Belasah je la, yang penting, den dah malas nak fikir. Bayangkan la dari lepas asar sampai jam 10malam, baru nk buat keputusan nak beli yang mana. Sadis gilos. Kamera? nanti-nanti laa.. Miahaha..

3 ulasan:

Wan berkata...

haha..dah ade laptop member aku ni sorang..tapi tetap kagum dah leh pakai kad kredit..aku x berani lagi nak berkad kredit ni..hehe..

illaieylla berkata...

wah en akim kita dah ada laptop ek. nnt blh le online selalu dgn akak ni kan hehehe........

akimsensei berkata...

alhamdulillah kak illa. mus, den pn takut gak nk pakai cc tp, kalau tak beli guna cc, nanti kene bayar interest plak. if pakai cc, ada easy payment 0%. cuak gak, takut tak terkawal. insyaAllah, kita sama2 beringat.

Related Posts with Thumbnails