Rabu, Disember 10

murahnya harga sebuah kehidupan andai dinisbahkan dengan wang ringgit

“murahnya harga sebuah kehidupan andai dikira dengan wang ringgit”

Saat aku mula bekerja dengan TM, kesedaran untuk mengambil takaful datang secara tiba-tiba setelah aku mengalami kemalangan kecil betul-betul di hadapan masjid UM akibat hari hujan. Motorku tergelincir tatkala melalui besi jarang penutup longkang di hadapan masjid tersebut. Alhamdulillah, tiada apa-apa kecederaan berat, cuma luka sedikit di bahagian lutut dan kaki, bermulalah terdetik pertanyaan dalam diri, andai aku ditakdirkan kembali kepadaNya pada masa tersebut, apalah yang dapat aku tinggalkan untuk warisku dan juga sebagai bekalan berterusanku di alam sana nanti.

Bermula dari situlah, aku mula melayari internet untuk mengambil tahu tentang kepentingan insurans dan takaful. Aku memilih takaful kerana Islamku. Lalu aku terus menghubungi Abg Shah Muzir yang aktif di laman web Ustaz Zaharuddin. Aku mula mengambil Takaful Ikhlas dengan sumbangan bulanan sebanyak RM150. Masih lagi terbayang dalam ingatan saat aku mendaftar takaful tersebut di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Kemudian, semakin masa berlalu, fikiran ini sekali lagi terdetik untuk berfikir, andai ditakdirkan aku pergi dulu, cukupkah hanya RM70ribu untuk keluargaku. Ditambah dengan insurans TM, cukupkah RM156400 untuk keluargaku. Hanya sebanyak itukah harga diriku untuk dimanfaatkan buat keluargaku dan juga sebagai bekalan aku di alam sana. Aku mula berfikir dan berfikir, dengan merempit ke tempat kerja, lagi besarlah peluang diriku untuk ditimpa kemalangan, lagi rapatlah jurang untuk aku cedera parah.

Tatkala aku mencari-cari takaful untuk kedua-dua emak dan ayahku sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 25 tahun, aku terjumpa Takaful Amal oleh Maybank. Dengan hanya RM50 sebulan, seseorang itu dilindungi dengan pampasan mengikut umur. Hanya inilah sahaja pelan takaful yang aku jumpa yang aku mampu sumbangkan buat emak dan ayahku. Maka, akupun mendaftarkan Takaful Amal untuk ayahku (54 tahun) selama 15 tahun (had maksimum) dengan pampasan sebanyak RM27000 dan juga khairat kematian sebanyak RM1000 andai terjadi apa-apa. Begitu juga denga emakku (46 tahun), aku mendaftar Takaful Amal selama 20 tahun (had maksimum) dengan pampasan sebanyak RM32000 dan juga khairat kematian sebanyak RM1000. Pada mulanya, aku ingin mengambil Takaful Insan buat ayahku, namun had umur maksimum adalah 50 tahun sedangkan ayahku telah menjangkau 54 tahun usia. Maka, aku menyimpan azam untuk mendaftarkan Takaful Insan buat diriku sendiri.

Alhamdulillah, Allah melorongkan kemudahan buat aku dalam merancang dan mengabulkan impian. Bermula hari ini, dengan sumbangan bulanan sebanyak RM100, aku telah mempunyai Takaful Insan aku sendiri, sebagai pampasan buat keluargaku dan juga sebagai bekalanku di alam sana nanti.

khairat kematian
· TM – RM1000
· Takaful Insan – RM1000
· Takaful Ikhlas – RM4680

a) if accident, then lumpuh @ tiba-tiba lumpuh
· Faedah Persaraan Kerana Hilang Upaya TM – 24 x gaji bulanan (2.4k) = RM57600
· Takaful Ikhlas – RM170000
· Takaful Insan – RM1425 per month selama 10tahun

Pengiraan:

Jumlah pampasan= RM227600 (Faedah Persaraan Kerana Hilang Upaya TM + Takaful Ikhlas)
dilaburkan selama 10tahun = RM536668.90 (belanja makan untuk 10tahun ni dari Takaful Insan)

Tahun
Pulangan (RM)
1st year
227600
2nd year
250360
3rd year
275396
4th year
302935.6
5th year
333229.2
6th year
366552.1
7th year
403207.3
8th year
443528
9th year
487880.8
10th year
536668.9
#anggap pulangan 10% setahun

#Dari duit ni, aku harap RM300000 dilaburkan untuk pusingan modal setiap tahun dengan pulangan tahunan RM30000 digunakan untuk kenduri/majlis/derma yang mendatangkan pahala/amal kebajikan kepada arwah-arwah dalam keluarga. Selebihnya RM236668.90 dirolling dan digunakan untuk belanja hidup menghabiskan sisa-sisa kehidupan.

b) if accident, then meninggal
· Insuran Kemalangan Berkelompok (GPA) TM – 48 x gaji bulanan (2.4k) = RM115200
· Takaful Ikhlas – RM170000
· Takaful Insan – RM1425 per month selama 10tahun

Pengiraan:

Jumlah pampasan = RM285200 (Insuran Kemalangan Berkelompok TM + Takaful Ikhlas)
dilaburkan selama 10tahun = RM672486.70 (belanja makan untuk 10tahun ni dari Takaful Insan)

Tahun
Pulangan (RM)
1st year
285200
2nd year
313720
3rd year
345092
4th year
379601.2
5th year
417561.3
6th year
459317.5
7th year
505249.2
8th year
555774.1
9th year
611351.5
10th year
672486.7
#anggap pulangan 10% setahun

#Dari duit ni, aku harap RM300000 dilaburkan untuk pusingan modal setiap tahun dengan pulangan tahunan RM30000 digunakan untuk kenduri/majlis/derma yang mendatangkan pahala/amal kebajikan kepada arwah-arwah dalam keluarga. Selebihnya RM372486.70digunakan untuk manfaat keturunan, dilaburkan untuk pusingan modal setiap tahun dengan pulangan tahunan RM37248.67 digunakan sebagai dana pendidikan keluarga.

c) if meninggal biasa
· Insuran Hidup Berkelompok (GTL) TM – 36 x gaji bulanan (2.4k) = RM86400
· Takaful Ikhlas – RM70000
· Takaful Insan – RM1425 per month selama 10tahun

Pengiraan:

Jumlah pampasan = RM156400 (Insuran Hidup Berkelompok TM + Takaful Ikhlas)
dilaburkan selama 10tahun = RM368783.00 (belanja makan untuk 10tahun ni dari Takaful Insan)

Tahun
Pulangan (RM)
1st year
156400
2nd year
172040
3rd year
189244
4th year
208168.4
5th year
228985.2
6th year
251883.8
7th year
277072.1
8th year
304779.4
9th year
335257.3
10th year
368783
#anggap pulangan 10% setahun

#Dari duit ni, aku harap kesemuanya dilaburkan untuk pusingan modal setiap tahun dengan pulangan tahunan RM36878 digunakan untuk kenduri/majlis/derma yang mendatangkan pahala/amal kebajikan kepada arwah-arwah dalam keluarga.

d) If tak jadi apa-apa dalam tempoh tersebut
· Takaful Ikhlas – RM86074.28
· Takaful Insan – RM51300

Duit tambahan masa pencen = RM137374.28 kira okailah ditambah dengan kwsp lagi..

p/s: Masih dalam fasa perancangan.. Rasa macam pelik bila kehidupan dinisbahkan kepada duit.. "great work is done by people who are not afraid to be great"

3 ulasan:

Sabiah berkata...

persediaan memang perlu akim.suka la tgk hang buat kira2 ni..nampak mcm complicated je,tapi sgt penting utk amik tau kan...

darken 76 berkata...

salam...nk tnya..bulan2 ade dapat statement acc x dr takaful amal?

akim berkata...

darken76.. xada, statement tahunan ada la dapat..

Related Posts with Thumbnails