Selasa, Disember 9

RM405 = 5years warranty.. berbaloi ke?

Aku nak beli laptop dan kamera.

Dalam bajet aku, laptop + kamera MESTI tak lebih RM3600, sebab bila bayar by month, dalam RM300 jek sebulan (Terpaksa la aku korbankan duit nak kahwin RM200 + duit makan RM100 selama 12 bulan, huhu), selamat berkorban ye Akim sempena hari raya korban hari ni.

Sekarang ni dalam proses mencari dan memerhati.

Semalam, gi jalan-jalan Mid Valley, kalau ikut tujuan sebenar, nak terjah Harvey Norman je. Ni first time aku pusing-pusing satu Mid Valley nak carik Harvey Norman ni. Last-last, jumpa kt sebelah Carrefour kat Level LG. Tu pun, jam dah pukul 10 lebih malam. Sempat ushar jap je. Dari apa yang aku selidik + kaji + fikir-fikir + jumpa secara tak sengaja time kt IKANO, Damansara time SUDOKU hari tu, Harvey Norman je la yang bleh kasik warranty 5tahun, tapi ada la certain amount kena bayar lebih sket.


Harga laptop : RM2599 (Acer Aspire 2930-582G16)
Warranty 5tahun : RM405
TOTAL : RM3004
#if nak tambah printer, just add RM99
#Laptop cooler, pendrive dan headphone boleh dapat free

Harga kamera : RM460
Warranty 5tahun : RM90
TOTAL : RM550

TOTAL SEMUA : RM3554 (yes, xlebih bajet)

Bayar dengan kad kredit ikhwan maybank ezy 0%, by month selama setahun = RM296.20

Aku rasa macam berbaloi sebab kalau aku beli online dari www.acer.com.my, bayar by month RM217 dengan warranty selama setahun saja. Macam tak berbaloi je warranty setahun sebab ada member aku sorang, laptop jenama hp, warranty setahun gak, baru 11bulan, laptop dah buat hal. Nasib baik warranty still valid dan bila hantar kat service centre, motherboard yang rosak. Nasib baik bangat, kalau warranty dah xvalid, buta-buta je kena bayar paling kurang RM700 untuk motherboard jek.

Hm, still thinking..

p/s: hidup takde arah tujuan ibarat layang2 terputus tali..

3 ulasan:

Elle Syeila berkata...

beli jangan x beli, kad kredit ikhawan, nak apply satulah

akimsensei berkata...

ok, dh terbeli dah.. tp amik yg aspire4930.. kensel yg 2930 mcm kecik sgt..

Sabiah berkata...

wahhh akim dh ade laptop sendirik...

strategi kewangan yg baik...bagus2

Related Posts with Thumbnails