Isnin, Mac 2

Elak jadi ulat buku?

Aku tak boleh terima..

Ni satu hal, tadi time makan kat Presint 9 Putrajaya pun satu hal. Dengar gak sorang mamat dok pertahan 'sebab apa saya suka merokok' sambil2 menggenggam 2kotak dunhill.. Boleh pulak dia bagi alasan, rokok makin banyak dihisap makin lah masyuk, kalau orang paksa suruh kurangkan, mestilah tak boleh, dikira mencabar kewibawaan dia sebagai seorang manusia.. Boleh pulak diibaratkan rokok ni sama taraf dengan nasi, "Aku bagi contohlah, kau kan perempuan, mesti makan nasi kurang kan.. If aku paksa kau makan nasi lebih, kalau kau taknak juga, aku sumbat dalam mulut ko.. Rokok ni kira terbalik dari tu lah.. dalam aku dok sambar dua-tiga batang, kau nak suruh aku kurangkan, ni dah kira melanggar hak asasi aku sebagai seorang manusia?" lebih kurang macam tu la kata-kata mamat ni kat minah tu.. Berasap je aku dengar, boleh pulak rokok disamakan dengan nasi.. Wei macha, NASI tu keperluan, ROKOK tu keperluan ke? Sebagai rakyat Malaysia yang NASI tu menjadi rutin makanan asasi harian, memang ada kemungkinan mati sebab xmakan nasi.. Rokok tu, berapa kerat je yang saja cekik leher bantai mende alah tu, bukan keperluan pun.. Tak mati pun kalau tak ambik mende tu.. lagi sihat tubuh badan adalah.. Pape je lah, ko sendiri dah pandai fikir kan..

Dalam kerajaan dok promote suruh banyakkan membaca, ada gak apart of them yang songsang (sama macam mamat tadi tu).. pakcik kat bawah ni misalnya.. Boleh pulak dia sarankan budak2 sekolah jangan jadi ulat buku.. Aku taktau la ayat 'Elak jadi ulat buku' tu ayat orang utusan ke atau ayat dia seniri.. Apa pun, memang tak patut.. Terserahlah, malas aku nak fikir. BTW, tadi aku jumpa satu blog yg agak makan dalam. KLIK SINI

Elak jadi ulat buku

WANGSA MAJU 1 Mac-- Para pelajar diingatkan supaya tidak hanya menjadi 'ulat buku' kerana ia tidak menjamin mereka mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik pada masa hadapan.

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Dr. Mohd. Shafie Abdullah berkata, terlalu menumpu perhatian kepada akademik akan menyebabkan seseorang pelajar itu tidak cemerlang dari segi sahsiah diri dan pergaulan.

Katanya, tanpa penampilan yang baik, keyakinan tinggi dan mampu memotivasikan diri, pelajar berkenaan tidak akan mampu berdikari dan menghadapi pelbagai cabaran luar hanya dengan berbekalkan kecemerlangan akademik.

"Pelajar-pelajar masa kini perlu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi pelbagai bahasa terutamanya bahasa Inggeris dan bijak berhadapan dengan masyarakat serta tidak lupa jati diri dan asal-usul.

"Apabila kesemua sifat-sifat ini bergabung, ia bakal melahirkan pelajar-pelajar yang hebat sekali gus menjadikan mereka aset yang penting kepada negara," katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Kawasan Wangsa Maju di Sekolah Menengah Wangsa Melawati di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, seramai 320 pelajar dari 21 sekolah sekitar Wangsa Maju yang cemerlang di dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu menerima hadiah kecemerlangan sumbangan Biro Pendidikan UMNO Wangsa Maju.

Selain itu, pada majlis berkenaan, setiap sekolah turut dihadiahkan dengan satu perisian komputer produktif MYOffice 2007 yang disumbangkan oleh syarikat Open Application System Sdn. Bhd (OASYS).

Mohd. Shafie menambah, pihaknya akan menjadikan majlis anugerah kecemerlangan tersebut sebagai acara tahunan.

Jelasnya, program berkenaan perlu dilaksanakan bagi menghargai mereka yang berusaha keras dalam mencapai kejayaan.

Ujarnya, kejayaan bagi seseorang pelajar bukan hanya terletak kepada kebijaksanaan pelajar tersebut sahaja namun ia melibatkan kerjasama dan pengorbanan banyak pihak yang lain.

"Kejayaan seseorang pelajar adalah bergantung kepada keupayaan guru-guru untuk mendidik selain pemantauan ibu bapa terhadap anak-anak mereka serta persekitaran yang sihat.

"Justeru itu, asas pendidikan yang betul amat penting untuk melahirkan pelajar-pelajar yang hebat di dunia," jelasnya.

p/s: kredit to www.utusan.com.my dan mamat putrajaya tadi tuh.. bleh mampus lah ko ngan rokok2 ko tuh mamat weh.. agak kurang beradab ye aku ari ni, penat semalam towerthon tak abis lagi kot.. ;)

2 ulasan:

Web Sutera berkata...

Akim,

Mamat itu pun satu hal. Jangan pula bandingkan rokok dengan nasi. Aduhai, mental sikit kot? hehhee..

Anyway, entri menarik sahabat. Teruskan memblog.

akimsensei berkata...

Papaweb, memang mamat tu mental sket.. Haha.. Mamat, semoga kau terbaca postingku ini.. ;)

Related Posts with Thumbnails