
Khamis, Mei 21
Sejenak di Melaka
Pada 17/5, sabtu hari tu, aku telah menerjah Melaka, 1st time ni sampai sana dengan adik aku Eni. Eni ada interview untuk program diploma kat ADTEC Melaka. Bertolak dari Puduraya dalam jam 2.30ptg, sampai kat Stesen Bas Alor Gajah dalam jam 4.30ptg lebih kurang. Dah sampai sana, punya la dok pusing stesen tu cari hotel, takde. So, kitorang make decision untuk bermalam kat Bandaraya Melaka je lah, cari hotel kat sana. Maka, kitorang pun amik la bas pi sana.
Peta Melaka, ingatkan nak jalan2 jap tapi gak ada kesempatan. Lain kali je lah.
Ni naik bas dari Pekan Alor Gajah pi Melaka Sentral RM3. Gila Jauh, jalan berbukit bukau sebab bas ni pusing pi mana tah dulu sebelum sampai kat Melaka Sentral tu. Ada juga bas yang directly pi sana tapi dah bas ni yang sampai dulu, naik je la.
Ni la signboard besar Melaka Sentral. Mydin, Tesco dengan Giant dekat je, jalan kaki pun sampai. Kalau nak pi Jusco, kene amik bas. Kitorang menginap kat LRP Inn, dekat2 je dengan signboard besar ni.
Bagi yang backpacking pi Melaka tu, 1st skali sampai Melaka Sentral cari la mende alah ni. List hotel/bajet hotel, siap ada phone lagi bleh direct call. Semestinya membantu.
Sign board, saja je nak letak gak.. haha.. Time ni on the way nak pi Pekan Alor Gajah tu pagi2 buta lepas subuh tu.

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan