Isnin, Jun 1

6 Skot Terjah Kenduri Amrey 31/5/09 Ipoh, Perak.. Moh le kite..

Tepat jam 7.55pagi, aku terus cabut keluar dari ofis (keluaq awai 5minit), dengan muka yg still mamai + fikiran yang terbuai2 pi mana ntah, terus merempit kapcai balik rumah untuk amik helmet lebih.

"Kim, aku on the way KTM Serdang."
"Kerk, kalau hang sampai awai, tunggu aku. Dalam 8.30pg aku sampai."

Haiyoh, lupa pulak semalam nak bawak helmet lebih. Ni la bahananya nak kene balik rumah dulu, then nak kene rempit gi KTM serdang tu.

"20minutes gak take time tu sini nak pi Serdang. Dah la appointment ngan Paie (Rufaie) kat KL Sentral kul 10pagi, macam tak sempat je ni. Balun je lah"

Lalalaa..

Sampai la aku kat KTM Serdang, jam dah bertukar posisi dah 8.40pg. Dah lambat 10minit dah ni. Haha.. So, kitorang pun merempit la balik rumah aku kat Lestari Perdana, Equin Park tu. Dalam jam 9pg jugak la sampai rumah.

Terus naik rumah, mandi 5saat, tukar baju, terus turun balik. Tak sempat Kerk nak layan cerita Charlie Angels tu. Haha. Terus la kitorang merempit ke KL Sentral, alhamdulillah, sempat sampai 9.50pg, kira ontime lah.. Dah la nak parking motor kapcai ni pun susah, terpaksa aku tumpangkan kat depan Plaza Sentral tuh. Huhu..

"Paie, hang dah sampai belom, aku ng Kerk dah sampai dah ni."
"Yaka? Aku on the way lagi ni. Xpa la, hangpa pusing2 la dulu KL Sentral tu."
"Okey2, set."

Haha, nasib baik dan..

"Kerk, hang lapaq dak? Aku lapaq gila ni."
"Ok jom.."
((jom saja hang ni, haha..)) <--bisik dalam hati je nih..

Kitorang singgah makan kat La Cucur, mahai ya amat. Haha, the first and the last.. Paie pun sampai, maka bermula la sebuah perjalanan ke Ipoh. On the way, singgah jap kt opis Paie kat Damansara. Dah malas nak cerita, biar gambar kat bawah ni menuturkan kata..
Muahaha..

"GPS-GPS, tunjukkan jalan paling short-cut ke Ipoh.."
"PDA aku ni pun ada GPS gak.. huhu.."
"Ok skot, kita sampai dalam kul 1.30petang jap lagi."
"Ok cun, kira awai la tu. Weh, Dayat xjadi mai, ada kat Teluk Intan."
"Kerk, Langgak dengan Jijon dah gerak belum?"
"Aku kat rumah ni, Jijon baru gerak dari rumah dia."
"Amdut gerak dari rumah kak dia kat Sitiawan kot"
"Weh, Amrey bersanding kul 1.30ptg nih.."
"Sempat kot"

Dalam jam 1petang, kitorang berhenti kat Petronas R&R Tapah jap, melepas lelah.
"Selamat Datang ke Perak.."
"Weh, Amdut dah sampai mana dah?"
"Tadi dia kata dok pi cari hadiah lagi.."

"Welcome to Ipoh"
"Nak tunggu Amdut kat mana ni?"
"Satgi kita tunggu kat tepi jalan je lah, dia dah abis beli hadiah kot."
"Langgak ngan Jijon dah sampai mana, Kerk?"
"Weh Kerk, kami dah nak sampai Ipoh dah ni, 5minit, 5minit.."
"Okey2, aku bau macam hang baru sampai Sg Petani ja.."
"Dak aih, kami baru sampai Bertam ni. Haha, Jijon dah rempit kuasa kuda dah ni, sat lagi sampai la"
"Hah tu, kereta Saga Amdut dah sampai kat belakang.'
"Okeh, jom gerak.."

"Weh, pengantin dah sampai rasanya ni. Kita lambat seminit, dah 1.50ptg dah ni."
"Tak pa la, janji sampai."
"Uiks, awat orang ramai dok tunggu depan banner tu lagi, kompang pun xcakpong2 lagi tu."
"Depa xsampai lagi kot."
"Jom masuk dewan dulu la, letak hadiah dulu weh."
"Jom2.."
"Hah, tu Am baru sampai tu. Jom weh, snap gambaq. Haha.."
"Jom2, merenyih semacam je Am tu weh, dia dah nampak hang kot Dut."
"Haha, biasa la, orang baru kahwin memang merenyih lebih.. tangkap gambaq, tangkap gambaq.."

"Cakpung, cakpung.. Cakpung, cakpung.. perlahan jalan, perlahan jalan.."

"Cakpung, cakpung.. Cakpung, cakpung.. skotttttttttttttttt.... henti.... Haha.."

"Hah, apa tunggu lagi.. Jom serbu.. Aku dah lapaq nih."
"Weh, rilek2 dulu, kita pi tangkap gambaq amrey bersanding dulu, satgi kalau dah terlepas, dah xdapat dah."
"Okeh, jom2.. gerak2.."
"Langgak dah sampai mana dah Kerk?"
"5 minit, 5minit.. Haha.."
"Dari tadi dok 5minit dia.. Aku macam dok dengaq peguam Lingam tu kata, Correct Correct ja..."
"Muahaha.."

"Rilek Am, control2.. tu peluh dah menitik kat dahi dah tu.."
"Fuh, tahan nafas, tahan nafas.. jangan kasik nampak lemak.."

"Nasib baik dapat dok kat meja depan ni.. Haha.."
"Weh, nasik minyak dah abis la.. Kita lambat seminit.."
"Takpa la, makan je apa yang ada.."
"Oih Kerk, awat nasik aku lebih dari nasik hang ni?"
"Aku tengahari kurang makan, malam mula la terlebih makan.."
"O, yaka.. Haha.. Tokwe xleh mai.. Dia pun ada kenduri kat Teluk Intan.."
"Nampak gaya kita 4orang je lah.. Langgak ng Jijon, dari tadi dok 5minit.. 5minit.. bayang habuk pun xnampak lagi ni.."

"Control2.. Cantik gak labu sayung dalam berkat ni"

"Control2.. haha.. betul2, biasa la orang Perak, labu sayung la nak bagi buat tanda mata"

"Control2.. sampai bila nk control ni.. jom la kita pi semayang dulu.."

"Weh Am, kami pi semayang dulu sat.."
"Hah, xpa la.. surau, hangpa straight ja jalan ni.. nanti pandang kiri, sapa nampak musuh tembak.."
"Hangpa dah makan belum ni.."
"Dah, mission accomplished.. Kami lepak surau je lah.. Tunggu Jijon ng Langgak xsampai lagi ni. Depa kul 1petang baru gerak dari AS"
"Paie, hang tak rasa ka kat sini panas sket.. Hangpa tau dak sebab apa?"
"Sebab apa Kerk?"
"Sebab ni @#$$%^$@^@$^@."
"Haha.."

"Hah, baru rasa sejuk sket.."
"Aku tau sebab apa Kerk.."
"Haha.. Dah2, xpayah jawab"
"Jom semayang.. Kim, hang pi tengok pintu tu kunci dak.. Hari tu aku mai sini, pintu tu kunci.."

"Cun, pintu xkunci, bley solat sini.."
"Orait, cantik gak surau ni.. Dalam pun cantik.."
"Dah2, jom2.."
"Dut, qamat cepat"
"Buat jamaq qasar ka?"
"ya2.. cepat qamat.."
"Allahu Akbar, Allahu Akbar.."

"Kerk, Langgak dah sampai mana dah nii?"
"Haiyoh, boringnya.. letih menunggu.."
"Weh Langgak, hangpa dah kat mana?"
"Dah sampai Ipoh dah ni.."
"GPS aku xdetect hgpa masuk Perak lagi pun.."
"Haha.. baru kat sempadan ni.."
"Hadus.. Hang suruh ja Jijon tu kayuh laju sket.."
"Okey2, hgpa tunggu jelah.. Satgi dah sampai kat Tol Ipoh, aku call balik.."

"Haiyoh Kerk, mana depa ni?"
"Tak sampai lagi pun sampai la ni, jauh sangat ka.."
"Sat aku call depa balik.."
"Weh dah sampai mana? Hah, Sg Perak?"
"Hgpa mai naik bot ka?
"Ok2, hgpa dah lepas terowong blom?"
"Tengah dalam terowong la ni.."
"Oi, apsai xdengar ni.."
"Dah, depa dalam terowong.. dah dekat kot.."
"Aar, dah dekat dah tu, lepas terowong nanti terus jumpa tol Ipoh.."
"Okeh, boring siot.. haha"

"Weh, tu kubuq cina tu.."
"Boring2, tangkap gambaq kubuq cina ni la.."
"Banyak gila, dari sini pun boleh nampak.." <--korg try klik kt gambaq kt atas ni..
"Nampak sangat boring hang tu weh.."
"Lambat gila depa nih.."
"Woi, kami dah sampai tol Ipoh dah.."
"Wokeh, dah dekat dah tu.. Hangpa straight ja, nampak simpang masuk kanan.."
"Weh, jom gerak, depa dah nak sampai tu.."
"5minit, 5minit"
"Hahah..."

"Akhirnya, sampai gak noh hangpa.."
"Jom2, kita pi tangkap gambaq ng pengantin.. 3x zoom pun boleh ni.."
"Weh, bau kedai lagi ni.. Haha.."
"Jijon singgah beli on the way sini tadi.."
"Mantap2.. dah2, jom2.. weh, atuq orang dulu.."
"Amdut, hang belah sini.. baru imbang sket.. Hang ngan Jijon kan dah sama saiz.. baju pun kaler sama.. Haha.."
"Okey, cun.. Amboih Amrey, hang dari tadi dok merenyih lebih2 ni.. haha.."
"Okey2, paham.."

"Hah, jom makan.. Kami makan laksa ja la, malu nak ulang 2round.. Hehe.."
"Pergh, orang JKR apa habaq?"
"Wei, jangan dok tanya, ada 2orang JKR kt sini.. jangan main2.."
"Hangpa jangan terkejut kalau jalan pi rumah Jijon dah tukar jadi 4 Lane.."
"Haha, Amrey xpa la, dia main sign je.. Paie gak la dok jalan pi merata.. Perak, Penang, Kedah, Johor.. Biasa la, kontraktor.."
"xpa, keluaq peluh lebih, sihat sket.."
"Hangpa jangan dok lupa, ni orang TNB yang sihat ni. Kena jaga2 jugak."
"Ramai yang dok huloq.."
"Tu la.. bila dah koje ni, suasana lain.."
"Hah Jijon, mana 3x zoom hang? xkan nak simpan ja kot.."
"Haha.."

"Weh, makan.. makan.."
"Jadi lapaq pula tengok hangpa makan laksa.."
"Wah Kerk, 2pinggan laksa nampak.."
"Oih, ni bukan aku punya la.. Laksa ni sapa punya ni.."
"Jangan menyesal kalau 5minit terus clear, muahaha.."
"Weh Jijon, payung heli hang terbang tu.. Cepat.."
"Hangpa terjun skali ngan kereta persona plat Penang ka tadi? Haha.."
"Haha, amboi Am ng Ija, berposing naik buaian.."
"Posing sakan depa noh.. xpa, sekali sekala.."
"Hgpa dah abis makan blom, dah pukul 5lebih dah ni.."
"Jom la beransur dulu kot.. Train aku kul 9mlm ni.. Haha.."
"Jom2.."
"Langgak, hang jadi ka nak balik terus KL ni?"
"Aku singgah rumah abang aku dulu kot.. Naik dengan hangpa la, nanti berhenti kat CALTEX Tapah, bleh?"
"Okey2.."

"Mana Caltex Tapah ni, hang kata tadi 5 minit ja weh?"
"Alah, jalan je lah, depan tu ja tu.."
"Kita singgah Gua Tempurung dulu la weh.."
"Weh, train aku pukul 9mlm, dpt!"
"Haha.."
"Sure ka Langgak, xmau ikut kitorang balik?"
"Haha, aku turun sini je la.. balik esok kot, esok aku cuti lagi.."
"Orait.."

"Weh Kerk, kita singgah Cameron Highlands dulu la.."
"Ha, best gak tu, Tanah Rata.. xpernah sampai lagi.."
"Jangan dok buat pasai, train aku 9malam dapat.. haha.."

Kitorang sampai KL Sentral lebih kurang jam 9malam. Nasib baik sempat. Lepas Paie drop kitorang kat situ, Kerk terus berlari2 anak pi kat kaunter keretaapi. Dalam jam 9.35malam, train sampai. Aku pun terus get my motor kt depan Plaza Sentral tadi, terus rempit balik rumah. btw, selamat pengantin baru buat Amrey & Khalijah.. semoga kekal & bahagia sehingga ke akhir hayat, dunia dan akhirat.

Thanks gak kepada skot2 yang terjah tadi, Amdut, Kerk, Paie, Jijon ngan Langgak. Kita terjah kenduri Asrul pulak pas ni.. terlebih terkurang mintak dihalalkan.. dialog2 kat atas ni, ada yang betul, ada yang iras2 betul dan ada yang ranjau.. minta maaf kalau ada salah silap dan last say from me, "Mental mesti kuat!"

Roger.

1 ulasan:

otea berkata...

lupa nk inform, jmpa gak sotong (suhaifri) palapes laut ng member f5p5 kmpp dulu, dh lupa nama daa..

Related Posts with Thumbnails