Isnin, Jun 15

Selamat Pengantin Baru My Housemate, Pian + Azila

13/6/09 terlakar sejarah sorang housemate aku kahwin (ni blah kg dia la kat Grik sana, kalau yg kat belah pompuan, 31/5/09 dh lama dah, siap dah lepas honeymoon dah pun) iaitu Pian Kejiyama. Kejiyama ni, dapat time training english CIEP Marang dulu. Ada la cerita dia macam mana Si Pian ni dapat nama tu, xpayah tau la, korang budak2 lagi kan. Haha.

Ok, on that 13/6/09, aku baru abis keje pagi tu kul 8, tapi aku dah siap2 mandi kat ofis dah since budak2 rumah kata nak gerak 8.30pg. Sampai je rumah, haha, aku dah suspect dah dari awal, semua baru bangun, sorang pun xsiap lagi. Team geng2 Johor pun baru je sampai 8.30pg, Besut, Kawan Yunos and Jai. Budak2 Cyberjaya ni, dek terlebih canggih, memang la janji melayu betui, kesian kat team Bukit Angkasa (1 kereta diorang; Syazrul, Faizal n Izani) kul 9pg dah terpacak kat R&R Sg Buloh sana nuh. Last2, nak tau dak kul berapa kitorang buat gerakan badan ala2 gimnastik artistik arkustik, haha, kul 10pg baru gerak dari rumah. Hoho.

Then, kereta Aril pulak, problem dengan tayar. So, tukar dengan kereta K (Rahmatul Khair, tapi panggil K). Maka bergerak la 3 kereta from Cyberjaya (Kereta Michael; aku, Mifa & Michael, Kereta Jai; Jai, Yunos, Besut dengan kawan Yunos da lupa nama da, apa da aku ni, mintak jauh la dari alzheimer, dan lastly kereta K; J, K and R, haha, mana ada, J, K & Aril mamat Sapel Skuter Pink). Gerak, gerak, gerak.

Dek kerana aku tertido tahap gaban sepanjang perjalanan pi sana, maka, aku just dapat cerita start kat Tol Ipoh Utara kot (aku still mamai time ni, baru terjaga, malu pun ada kan, tapi buat dek je lah), dapat mesej dari sapa tah (no hp 0187 something, mesti team budak2 Johor nih) inform suh kuar ikut tol Kuala Kangsar. Orait bos, maka kitorang pun keluar la ikut tol ni. Kat sini la 1st picture berjaya ditangkap. Haha, welcome to Kuala Kangsar, lagi 100km lagi nak sampai Grik, berjaya lagi aku ditidurkan dalam kereta tu (hopefully Michael ngan Mifa xde la kutuk2 aku senyap2 time tu, haha, mental kuat).

Tup tap tup tap, nak dekat jam 2petang gak la, berjaya gak kitorang semua terjah Kampung Tawai nih. Hadus, hadiah budak2 CIEP tertinggal dalam kereta Si Aril Sapel Pink pulak dah kat Cyborgjaya tadi, abis la, tangan kosong je lah terjah kenduri ni. Xpe2, dek kerana mental kuat, kitorang terus terjah gak. Terjah punya terjah, kitorang disambut dengan pencak silat, aku tengok J dah xsabar nak lead dengan langkah silambamnya. Nasib baik xde batang kayu tu, kalau x, mesti dah jadi gelanggang buku bertemu ruas kat situ, dah2, mengarut je aku nih.

Ok, dah sampai rumah kenduri, apa lagi, dengan tak sabarnya, kitorang pi terjah si pengantin baru dulu kat tempat depa dok makan berhidang. Tangkap gambar, klik2 lebih kurang, then, terus gi terjah kat adik manis yang jaga nasik ngan lauk. Mana tahan beb, tengok pengantin makan dengan xcovernya, haha, kitorang lagi la xcover letak nasi & lauk bertimbun2. Terus duduk dan melantak makan nasik minyak dengan penuh enaknya. Best siot, meleleh air liur beb.

Abis je makan, mula la dok sembang2 kat bawah khemah pengantin tu. Merapu + merapa. Haha. Time ni pengantin still xbangun lagi dari kerusi depa dok makan beradat tadi tu, lama gila depa nih. Kitorang meneruskan aktiviti sembang sampai la kedua2 pasangan mempelai Pian dan Azila (Azila ke Azira, konfius jap) keluar mai dok melayan tetamu. Time ni pun, apa lagi, klik klik klik la tangkap gambar kan.

Nah layan gambaq nih..



Satgi aku sambung cerita lagi naa..

1 ulasan:

dr midst berkata...

sume gmbr2 tu mengigatkan kenduri my sis,yong,...ni lg homesick nih..last skali balik 8 bulan lepas..masa yong kawen..dahsyat x?mcm xcaya plak lamanya tak balik...

Related Posts with Thumbnails