Isnin, Jun 22

dragon ball ada 7biji semuanya..

Time budak2 dulu, bila tengok kartun dragon ball, mesti sentiasa ingat, dalam dunia ni, dragon ball ada 7 biji semuanya. Bila besar sket, orang kata, kat dunia ni, ada 7 orang yg muka serupa/sipi2 nak sama. Story kat bawah ni dikopi pasta dari kerk yang telah berjaya berjumpa dengan sorang skot yg sipi2 nak sama dengan aku. Haha, nak tergelak guling2 pun ada. Layan.

Zasssss...

Nak ulas aper erk? Aku pun xtau. Tp xnak nak menghampakan akim aku ulas la.

06.30pg:

Aku pun bangun la, bersiap-siap nak pergi sana. Selepas solat subuh, relax2 jap pastu tepat pukul 7.00pg aku gerak ke tempat pentauliahan mengunakan motor kesayangan aku. Bertolak ke lab telekom dahulu untuk ambil camera. Aku telefon abe, dia pun baru nak gerak. Jadi aku ambil keputusan untuk gerak dahulu. Aku pun pergi ketempat tauliah, pergh semua jalan tutup, nak pergi KTC pun susah. Nasib baik la aku dapat juga parking motor aku dekat dengan pejabat KTC. Abg pakguard tue tahan tak bagi aku masuk, tapi dia tengok aku camera dan dia tanya "juru kamera ker?" aku pun hangguk jer la. Jadi dia benarkan aku masuk. Nasib baik la aku berpakaian ala-ala juru kamera sikit. Kemeja ngan seluar slaq dan kasut no.3.

7:30pg

Aku pun berjalan dari pejabat KTC ke padang kawad UTM. Aku sampai jer, mereka dah nak masuk padang. Alhamdulilah aku sampai tepat pada waktunya. Sempat la ambik video sikit. Nanti kalau sempat aku attach sekali ngan video. menjadi jurukamera dan juruvideo dalam satu masa agak susah dengan pengalaman yang boleh dikatakan tiada langsung. Sempat la sapa Lt Muda Fadilah Miss. Aku nak kena cari satu port yang bagus untuk ambil video untuk tatapan korang semua supaya dapat mengenang kisah-kisah kita dulu. Aku nak kena edit dulu video tue baru boleh bagi kat korang semua. Tanpa aku sedari aku tertinggal handset kat lab. Maksudnya aku keseorangan la kat sini tidak boleh nak telefon orang lain. Tak boleh nak bgtau tamrin,abe,rusaimi and bari. Tak per la apa boleh buat nasib badan, terpaksala aku keseorangan dalam mengambil video dan gambar. Boleh tahan juga tengok banner kat padang kawad, cantik.


Banner kat padang kawad
8.00pg:
Tiba-tiba ada pengumuman yang mengatakan bahawa Tengku Mahkota lewat dalam sejam. Terpaksalah menunggu pukul 9.00pg untuk ketibaan tengku mahkota johor. Aku ambil side sebelah kiri padang kawad sebab palapes utm ada sebelah kiri padang kawad. Aku pun melintas la pentas DiRaja untuk ke side sebelah kiri. Tiba-tiba aku ternampak seorang berpangkat letenan kolonel, aku macam kenal jer. Tapi buat apa dia disini, dia ialah Mejar Nazri(dulu) ketua jurulatih palapes UTM. Dia hanya sempat masa aku waktu senior, pastu dia berpindah sebelum digantikan dengan Mejar Suhaimi. Sempat la juga aku snap dua tiga keping gambar dia bersama ketua jurulatih UTM sekarang.


Bersama-sama pegawai staf UTM dan jurulatih UTM


Aku pun jumpa la port yang sesuai, ramai juga la ibu bapa yang datang melihat anak-anak mereka di tauliahkan. Kat situ la aku lepak dari awal sampai nyer tamat pentauliahan.





Abe, Bari dan Rusaimi yang sempat hadir pada Hari pentauliahan


Aku xleh nak bergambar sekali, biasalah jurukamera, nie lah tugas dia, asyik tangkap gambar orang jer. Gambar sendiri tak nak tangkap.


Ni salah seorang anggota yang pengsan semasa perbarisan, barisan pertama dan dihadapan sekali.Atas sebab keselamatan gambar nie aku cut sikit bagi xnampak muka dia dan dari ipt mana.


Cuba cari mana orang yang tumbang? ada kat sebelah kadet2 tue. Barisan kedua kalau xsilap aku. Yang ada putih2 kat kaki tue. Cuba tengok betul-betul. Menurut bari, dalam 10 orang jatuh.


Tue salah seorang best kadet yang aku sempat tangkap. Aku taktau la hadiah apa dalam tue. Tapi kalau batch kita dulu besaur dapat pedang.


Dalam aku duk tangkap gambar tue, aku rasa mcm kenal jer muka dia nie. Macam familiar, nak kata najib ada adik. Setahu aku najib xder adik. Hehe, muka iras2 macam najib.


Hakim, aku tak sangka hang tipu aku. Berapa kali langsung hang nak tauliah. Rupa2nya hang datang tauliah. Sebab tue la hang kata hang keje. Rupanya ko sekali masuk baris. Hampeh tul hakim. Cuba cari mana hakim...


Nie lah bakal pegawai kadet dari Universiti Teknlologi Malaysia


Pandangan Keseluruhan Pentauliahan DiRaja Palapes IPTA 2009

Aku rasa setakat inilah ulasan aku tuk kali ini. hadiah staf rosmi and the geng tak sempat lagi aku nak bagi. Maklumlah staf semua sebuk mengendalikan tauliah. AKu ingat staf rosmi masuk baris, rupanya aku silap staf azmi yang masuk baris. Kat bawah nie gambar gambar hadiah untuk staf rosmi, staf amir and staf awang.




kepada sesiapa yang masukkan duit selepas pukul 7:00ptg arie jumaat tue, aku akan sedekahkan duit korang kat masjid. Ker ataupun korg nak bg kat aku hehehehe..InsyALLAH aku sedekah kat mesjid UTM.



sekian,

7517891

p/s: kredit to kerk untuk coverage tauliah ni. hg memang mantap, siap jmpa qarin aku tu xtahan. memg nk kene pokrol 20x.

2 ulasan:

The Hobbit Frodo berkata...

Kimotttttttttt, asal kau x g wat CPR kat budak tu!!!!!

huaaaaa, larixxxxxxxx

dr midst berkata...

kesian nia budak tu..sure hypo smpi collapse tu...ish takutnya klu dibuat cpr oleh kadet..sure severe fracture ribs nnt...hihi..btw ada sorg pakcik di wad ku skrg yg dapat fracture of foot sbb repetitive stress..masa kawad..btoi ke kawad kene hentak kaki smpi berlubang simen?

Related Posts with Thumbnails