Khamis, Jun 4

Penangan Pesta Buku READ Malaysia 2009, The Mines

Tadi, dalam jam 3 petang, sekali lagi aku menerjah pesta buku. Lastly, 25 novel/koleksi cerpen kat bawah ni bertukar milik. Haha, alang-alang dah harga RM1 satu kan. Semua novel kat bawah ni adalah terbitan DBP. Ada satu koleksi cerpen tu, aku pernah baca time sekolah rendah dulu, Pendamaran Rimba. Huhu, kenangan.

"Banyaknya beli, dik."
"Alang-alang dah sampai sini kak, RM1 je kan."
"Kalau adik nak kasik RM2 pun takpe."
"Haha.."
"Ok dik, total semua RM25"
((eh, apsal semua tengok pelik je aku borong buku2 RM1 ni, ada alien ke?))

Sebenarnya, ada novel-novel baru yang aku aim especially terbitan PTS disebabkan diskaun 30% yang ditawarkan. Dan juga novel-novel terbitan Jemari Seni, sebab nak buat hadiah untuk skot2 dan juga kawan2 yang baru berumahtangga. Aim punya aim, last-last, tak beli jugak sampai balik dalam jam 6 petang tu. On the way tu, otak still fikir lagi, nak beli ke tak nak. Kira punya kira, hitung punya hitung, beli je lah. Ye lah, aku ni kan jenis fikir susah. So, kena paksa sikit diri aku ni. Sondol dan belasah je, jangan fikir panjang. So, malam karang jam 8 malam, mesti terjah sekali lagi. Semangatnya. Haha. Sok keje dah xleh nak mai dah la, lagipun Sabtu ni nak kene terjah kenduri2 dorang dah. Hm..

Kat bawah ni contoh novel-novel yang dijadikan hadiah kahwin. Tak sempat den nak baca, kena sambar buat hadiah pulak sebab dah xde option lain dah. Pi Jusco konon-konon nak cari hadiah akhirnya balik dengan tangan kosong. Maka novel-novel kesayangan yang belum sempat dibaca ni terpaksa dikorbankan dengan hati yang amat berat. Hm, bak kata Hlovate dalam enovel dia yang aku baca online tu, Rooftop Rant;
"Lontarkan, kalau tidak ia meracun. Kongsikan, walau hanya pada awan-awan."
Lagipun, ada sebab kenapa aku lebih prefer novel/buku sebagai hadiah kahwin ni.
1. Tak ramai yang buat macam ni
2. Novel, bende yang aku paling suka/sayang
3. Setiap orang ada minat sendiri
4. Tahan lama
5. Boleh conteng apa saja kat 1st page novel tu sebagai kenangan
6. Ni je yang aku termampu, harga pun quite ok, RM20++ je..
7. Aku kan mat novel, baru hangpa tau.. Haha..

"selamat tinggal, kudoakan kau slalu bahgia.."
"ewah, nyanyi lagu broery la pulak ekau nih!"
"tiba2 teringat pengarah kmpp dulu, haha.. suka sangat karaoke lagu ni."

Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahui.
(Ali Imran: 92)

Jam 8 malam, sekali lagi aku merempit ke The Mines tu. Kali ni memang aku betul-betul grab, dah fikir pendek. Haha. Habis la RM200, wau.. Nampaknya simpanan untuk bulan depan memang takde la, semua budget short. Huhu. Dugaan2, xpe la, bukan selalu musim kawan-kawan kahwin macam ni. Kalau terlepas, nanti2 dah tak boleh ulang balik dah.

Sekarang ni tengah baca novel kat bawah ni. Dah 1 week, tak abis-abis lagi. Banyak betul halangan yang menerjah. Novel ni best gak la, thriller undang2. Aku ni, pantang sikit dengar benda2 yang thriller ni. Alamak, 7/6/09 nak kena return dah. Macam kene extend date lagi je.

"Kau yang bunuh aku kan, Boon?"
"Eh, bila masa pulak.. Haha.. xpasal2 aku masuk penjara pasal ko."
"Pening kepala den."

p/s: otak tengah sengal & cacamarba.. sok keje.. jom tido.. ;) sebelum tu, baca la tahzan sket. part no. 8, usirlah kekosongan dengan kesibukan.. Roger.. ha, to faizul, paksu & lindakon, sorilah xdpt nk pi kenduri hgpa. tapi, jangan risau, novel2 5star yg kusayang akan sampai kt hgpa.. sorilah, hadiah xseberapa, tapi lok mesti ingat doh, sebutir nasi ibarat setitis peluh pak tani, sebuah novel ibarat seumur hidup pengalaman hidup penulisnya.. pasti banyak input yg boleh dikutip, semoga kita dijauhkan dari penyakit2 alzheimer.. amin..

5 ulasan:

Sabiah berkata...

pssttt...akim.

1)Aku xg terjah lagi.maybe esok kot.xpun ptg ni.jom g kumpul ilmu ramai2...

2)Buku RM1?bestnye.nak borong jgk.

3)Hadiah kawen?satu idea yg menarik.Aku tunggu ni...aku kawen nnt jgn lupe bg buku yg menarik kayyy...

akimsensei berkata...

haha.. sabiot..
1)arini dh start koje, so, dh xde chance nk pi dah.
2)best2, borong jgn xborong kt gerai dbp
3)haha, xde hal, do inform me bila hg kawin. nti den kasi novel 5star kt hg.
cayalah.

Luli berkata...

hakim,

serius aku tak sangka ko sangat suka baca buku...
kata2 hang pun mcm org puitis..huhu...
neway nak pinjam buku!!!
ape salahnya kita berkongsi ilmu kan????
huhuhuhu...
da~

Web Sutera berkata...

Weii Akim! Mau challenge gua ka? hahahah..

Sabiah, bila nak kahwin, ermm..guna katering saya erk...(sorry Akim, iklan skit..)

akimsensei berkata...

luli

lula luli lintang liga.. haha.. mcm sengau la pulak.. bkn xnk bg pinjam, nk pi hntq kt hg tu yg payah nantinya.. nak rempit pi kl tu, mau makan sejam.. hm, alang2 hg kt kl kan, terjah perpustakaan negara kat sebelah menara celcom dah bley.. aku pn setiap 2 bulan terjah sana.. bley derma darah skali kat pusat darah negara kt sebelah tu.. ;)

abg web

haha.. saya budak baru belajar.. iklan2, dipersilakan.. tu la, aritu pandai sgt pesan kt abgweb jgn masuk pesta buku.. nah, la ni terjangkit kt den pulak.. hm, dh nasib badan..

Related Posts with Thumbnails