Khamis, Ogos 6

Aku Menjadi Lebih Berani

Ni sajak feveret time form 4 dulu. Antologi Anak Laut. Layan.

Aku Menjadi Lebih Berani

Kali ini
kau berbaju biru
dan bajuku ungu
sayang, hanya aku tahu
hatimu
tidak setulus hatiku
yang berbaju ungu.

Bila begini, sebilah pisau aku tidak gentar
sepatah kata,
bisa, aku merasa.
Hati dan rasa mengejarku
aku menjadi lebih berani.

Latifah Haji Shebli
Anak Laut,
DBP, 2000

Maksud
Penyajak menyatakan dalam persahabatan yang lebih penting ialah kejujuran dan keihlasan bukan sifat luaran. Penyajak berani menghadapi cabaran kerana dia lebih memahami hatinya dan sahabatnya. Penyajak juga memahami hati wanita yang berani menghadapi cabaran.

Tema dan Persoalan
Tema sajak ini ialah sifat keberanian seorang wanita. Persoalannya pula sesetengah orang tidak jujur dalam percintaaan dan pengalaman pahit yang dilaluinya menjadikan dia lebih berani.

Nada
Sajak ini bernada kecewa.

Gaya Bahasa
Asonansi : bajuku ungu ( pengulangan vokal u)
Aliterasi : tidak setulus hatiku ( pengulangan konsonan t)

Nilai

1. Peribadi kawan atau kekasih
Memilih sahabat atau kekasih jangan mengikut keadaan fizikal ( kecantikan dan ketampanan), tetapi yang penting kejujuran.

2. Kemanusiaan
Wanita walaupun bersifat lemah , tetapi akan bangkit menghadapi cabaran apabila dicabar.

3. Kemasyarakatan
Manusia tidak kira lelaki atau perempuan haruslah berani menghadapi cabaran yang bakal mendatang.

dicopy paste dari: KLIK

Sajak Aku Menjadi Lebih Berani sememangnya satu sajak yang menarik perhatian saya. Sajak ini menarik kerana sajak ini cuba menonjolkan perasaan wanita terutama dalam sesuatu perhubungan. Wanita sering dianggap kaum yang lemah dan mudah mengalah tetapi dalam sajak ini wanita digambarkan insan yang berhati mulia dan mampu berubah secara positif.

Kalau pelajar teliti sajak ini terutama dalam rangkap pertama cuba menonjolkan perbezaan antara wanita atau penyajak dengan lelaki atau sahabatnya. Perbezaan itu ialah wanita lebih baik hatinya berbanding sahabatnya. Memang dalam rangkap ini tidak dijelaskan siapa sahabat wanita itu tetapi kita boleh membuat andaian bahawa sahabatnya itu seorang lelaki yang tidak baik hatinya. Bukankah lelaki suka mengambil kesempatan?

Rangkap kedua menarik kerana penyajak cuba menyingkap perasaan wanita yang sememangnya tabah terutama dalam aspek fizikal iaitu seksaan fizikal. Kita sering kali mendengar wanita diseksa tetapi mampu bertahan (jangan amalkan sikap ini) tetapi sebenarnya wanita lebih mudah terguris hatinya apabila mendengar ungkapan kata-kata yang tidak menyenangkannya terutama daripada sahabatnya yang bernama lelaki. Wanita sensitif terhadap kata-kata.

Rangkap ketiga menjadi tempat penyajak untuk membuktikan perubahan wanita itu. Sering kali dipermainkan oleh lelaki atau sahabatnya telah menyebabkan wanita itu menjadi lebih matang dan tabah mengharungi kehidupan.

Biasanya baris kedua rangkap kedua sajak ini iaitu sebilah pisaumu aku tidak gentar sering ditanya kerana baris ini memberitahu bahawa wanita tahan seksaan fizikal lebih baik daripada lelaki. Wanita sememangnya tabah mengharungi cabaran hidup.

Manakala rangkap terakhir baris pertama iaitu hati dan rasa mengajarku memberi makna bahawa wanita telah memahami pengalaman lalu dan mengambil iktibar daripadanya. Wanita zaman kini sudah mampu berfikir sendiri.

Kalau saya ditanya pelajar sudah pasti sajak ini menjadi satu sajak yang bakal saya tampalkan di dinding bilik saya (kalau saya wanita). Sajak ini memberi satu semangat baru kepada wanita supaya lebih tabah, matang berfikir dan tidak bergantung kepada lelaki dalam kehidupan mereka.

Untuk lelaki, sajak ini juga membawa satu peringatan. Jangan lukakan hati wanita. Jangan memandang rendah kebolehan wanita. Jangan mempermainkan perasaan wanita kerana wanita itu lebih tinggi darjatnya daripada lelaki yang tidak bermaruah.

Terus belajar pelajar-pelajarku

dicopy paste dari: KLIK

3 ulasan:

dr midst berkata...

suka warna purple...

Zonan berkata...

Assalamualikum Akim san

8 Ogos Makin Menghampiri,
Untuk Berfusal Bersama Sama,
Kehadiran Akim Amat Dinanti,
Bekenal sua Bergurau Mesra.

Bro mai la ye...

BuRuuj berkata...

bagiuh la hang ni akem! sajak form 4 hang ingat lg. kami pun dah lupa ada sajak ni kt dalam buku anak Laut! patutlah BM kami dapat 2A ajer. huhu...

Related Posts with Thumbnails