Jumaat, Ogos 21

Jom Derma Darah..

Derma Darah tadi:

Berat: 64kg
Tekanan darah: 134/77 mmhg
Apa ntah: 167 (Dr tu kata, kalau lelaki, normal range 140 - 180)

Next derma darah (21 Disember) nak try aferesis pulak. Derma la apa yang mampu.. Kan? Jom2..

Oleh: NAJIBAH HASSAN

SABAN hari kita didedahkan dengan berita-berita yang dikaitkan dengan kemalangan, pembedahan dan kisah mereka yang menderita penyakit-penyakit yang kronik seperti kanser, hemofilia, jantung dan hati.

Meskipun setiap satunya berbeza, namun persamaan yang dimiliki oleh setiap permasalahan ini ialah ia menuntut keprihatinan orang ramai supaya menderma darah.
Kesedaran dan keprihatinan kita untuk menyumbang kepada keperluan ini sebenarnya telah menyelamatkan nyawa orang lain.

Jika sebelum ini hasrat murni untuk menderma darah hanya terhad empat kali setahun, kini orang ramai berpeluang untuk menderma darah lebih kerap melalui satu kaedah yang menjadikan mereka sebagai penderma aferesis.

Pegawai Perubatan Pusat Darah Negara (PDN), Dr. Mohd. Amran Abdul Wahab berkata, penderma aferesis hanya perlu menderma sebahagian komponen darah mereka iaitu plasma dan platelet tanpa membabitkan sel darah merah.

Menurut beliau, jika sebelum ini pendermaan membabitkan kesemua komponen darah, sekarang penderma telah boleh menderma sebahagian komponen darah mereka.
“Dengan wujudnya mesin khas, proses pendermaan menjadi lebih efisien kerana hanya komponen darah yang diperlukan akan disaring dan sel darah yang lain akan masuk ke dalam tubuh semula,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dr. Mohd. Amran memberitahu, dengan kaedah ini individu terbabit boleh menderma lebih kerap kerana proses penggantian plasma dan platelet yang dikeluarkan hanya mengambil masa yang cukup singkat.

Katanya, kedua-dua komponen darah itu penting untuk merawat masalah pendarahan mangsa kebakaran, kemalangan, wanita bersalin yang kehilangan banyak darah, penyakit hemofilia, buah pinggang, hati dan sebagainya.

“Plasma merupakan cecair darah yang mengandungi protein, antibodi dan bahan-bahan pembekuan darah yang boleh menghalang dan merawat pelbagai jenis penyakit.
“Platelet pula diperlukan untuk mencegah pendarahan seperti penyakit leukemia, denggi berdarah, demam denggi dan sebagainya,” jelas beliau.

Jangka hayat plasma yang dibekukan mencecah hingga satu tahun manakala platelet hanya boleh bertahan dalam jangka masa lima hari.

Dr. Mohd. Amran memberitahu, keperluan plasma lebih penting untuk mereka yang menghidap penyakit hemofilia iaitu sejenis penyakit genetik di mana berlaku pendarahan dalam sendi-sendi tubuh.

“Plasma yang diperoleh daripada penderma akan dihantar ke makmal di Australia untuk mengekstrak Faktor VIII dan Faktor IX untuk dijadikan serbuk dan digunakan sebagai ubat untuk pesakit hemofilia,” katanya.

Menurut beliau, meskipun keperluan plasma hanya untuk kes-kes tertentu, namun penggunaannya di Malaysia dianggarkan di antara 70 hingga 80 unit seminggu.
“Setakat ini secara purata hanya 120 orang penderma datang ke PDN untuk menjadi penderma aferesis, sedangkan kita memerlukan sekurang-kurangnya seramai 500 orang penderma sebulan untuk memenuhi keperluan ini,” katanya.

Sehubungan itu, PDN mengalu-alukan orang ramai yang layak untuk tampil menjadi penderma aferesis. Mereka boleh menghubungi talian 03-26955558 atau terus datang ke Pusat Darah Negara, Jalan Temerloh, off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

KELEBIHAN AFERESIS
* Komponen plasma atau platelet yang dikeluarkan mencecah antara 600 hingga 800 ml.
* Penderma boleh menderma dua minggu sekali.
* Kualiti yang lebih baik.
* Komponen darah yang dikeluarkan tidak bercampur dengan sel darah merah dan ia boleh menyelamatkan lebih ramai pesakit kerana kegunaannya lebih banyak.

SYARAT-SYARAT PENDERMA DARAH
* Individu yang sihat.
* Bebas daripada sebarang penyakit kronik seperti hepatitis B atau C, penyakit kelamin seperti siflis, AIDS.
* Penderma darah aferesis yang tetap.
* Mempunyai berat badan melebihi 55 kilo gram.
* Urat darah yang besar.
* Sanggup meluangkan masa antara 45 minit hingga satu jam setengah.
* Bilangan platelet yang melebihi 1,500ml.
Sementara itu, Pegawai Pendidikan Kesihatan PDN, Asmoni Midin berkata, mereka yang ingin menjadi penderma aferesis perlu datang ke PDN kerana proses pengasingan darah ini memerlukan penggunaan mesin khas.
“Mereka boleh datang ke PDN untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung pendermaan aferesis atau menghubungi talian kami,” katanya.

p/s: copy paste from http://rampaiseri.wordpress.com/2007/10/02/derma-darah-cara-aferesis/

4 ulasan:

anak_singa berkata...

dah dua kali derma darah...(^_^)

dr midst berkata...

167? unit apa ya..mcm haemoglobin..tapi 16.7 g/dL la..14-18 normal range for male..bagusla derma darah, selain benefit utk org lain, ada jugak untuk diri sendiri...eg diorg akan call klu masa screen blood tu detect kita ada HIV, hepatitis, syphilis, malaria ke..and tau status Hb kita..certain people accidentally dapat detect thalassaemia minor bila check Hb untuk derma darah low..pastu boleh dapat free hepatitis vaccine utk regular blood donor..

akim B +ve ka?

akimsensei berkata...

A+ puan dr..

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Related Posts with Thumbnails