Isnin, September 28

Kenduri Arip xscholar TM 27/9/09: Aku, Jiman & Mini Terjah

27/9/09 8.20pagi, aku merempit balik rumah dari ofis. Aiyok, ngantuk gilos tapi dan janji nak join gi kenduri Arip xscholar TM skali, go on je la. Sampai rumah, then, mandi2 jap, lebih kurang jam 9pagi, terus merempit gi Stesen LRT Kerinchi. Dan janji dengan Jiman & Mini kumpul kat sana, then, naik kereta Mini dan terus bergerak ke Taman Jaya, Teluk Intan. Masa pergi, ikut PLUS je, assume that jalan still tak sibuk lagi. Nasib baik la bagai yang dijangka, jalan agak lengang, so, perjalanan kitorang agak lancar. Kitorang tiba di rumah kenduri lebih kurang jam 12 tengahari. Sampai2 je, terus menjengah makanan. Haha.

Habis je makan, pengantin still xsampai lagi. Maka, terpaksa la kitorang menunggu, sebab memang dah plan dari awal nak snap picture with pengantin. Nasib baik la ada DJ and team budak2 sekolah mana ntah yang best dok buat performance kat anjung rumah pengantin tu. DJ pulak, asyik dok announce, "Tuan2 dan Puan2, pengantin dalam perjalanan dan akan sampai sekejap lagi." Empat lima kali jugak la dia dok ulang ayat tu. Adus, tunggu punya tunggu, akhirnya, lebih kurang jam 1.30tengahari, pengantin pun sampai. Apa lagi, terus la take picture sampai la pengantin masuk rumah duduk atas pelamin untuk ditepung tawar. Then, terus kitorang angkat kaki lebih kurang dalam jam 2.20petang, just Mini seorang je la yang sempat bergambar dengan pasangan pengantin, tu pun cilok2 je.

Haha, btw, ni first time gak terjah Teluk Intan. Dah xjauh dengan Bota dah, dan yang penting, time balik kitorang lalu depan SEMESTI.. Lalalala.. Perjalanan balik kitorang ikut jalan kampung, lalu kot Hutan Melintang, Sabak Bernam, Ijok, Tanjung Karang, Kuala Selangor dan mana2 lah. Sampai2 kat Stesen LRT Kerinchi dalam jam 4.30petang. Layan je la gambar2 kat bawah ni okey, ni je yang sempat di upload..

Ni la list pantun2 yang DJ tu dok baca.. Try klik kat gambar, boleh baca dengan jelas. Menarik.

Haha, siap ada buku tamu lagi tu. Apalagi, terus la den tinggalkan jejak.

Inilah Jiman, dia pun take opportunity nak tinggalkan kesan from TM Cyberjaya kat buku tamu tu. Haha.

Yang bertudung litup putih senyum sokmo kat belakang pengantin tu la namanya Mini. Dia sorang je yang sempat disnap picture dengan pengantin. Tu pun, asal jadi je. Mini, thanks for drive pergi balik, kalau hang kensel trip, memang aku pun dah membuta kat rumah dah.. Takkan nak rempit dengan motor kot..

Inilah Arip dengan pasangannya, Fadzillah. Diorang pakai baju kaler silver, ok gak. Masuk la dengan pelamin yang berwarna emas tu.

Tu dia, memang raja sehari. Siap ada payung kuning diraja lagi tu. Masa awal2 tunggu pengantin tu, ada seorang tu dari jauh pakai payung kaler merah. Mati2 ingat pengantin dah sampai. Haha.

Ni time pengantin baru sampai kat depan rumah. Ok gak dengan bunga2 kaler putih hijau tu kan.

Pasangan pengantin kene tengok persembahan dulu by musician budak2 sekolah dan jugak tari silat. Layan jangan tak layan. Bukan senang nak jumpa.

Time ni dah kat atas pelamin. Masuk jugak kan kalau baju pengantin kaler silver & pelamin kaler emas. Padan. btw, pelamin tu ala2 jawa kot.

Inilah dia DJ tu. Ok gak DJ ni, memang meriah la majlis. Siap ada petikan pantun lagi tu. Taktau la berapa banyak koleksi pantun pengantin yang DJ ni ada.

Ni la yang aku kata persembahan tari silat tu. Ntah la tari silat ke silat tari. Belasah je lah. Budak2 kompang pun diorang ni jugak. Best tengok diorang makan aiskrim (siap ada booth aiskrim lagi kt tepi rumah pengantin), aku dengan Jiman pun join 4kaki sekali. Haha.

Ni pulak kumpulan performer music dari sekolah mana xtau. Dah tak ingat apa yang DJ tu dok ulang sebut. Tapi best jugak tengok dorang ni perform pakai recorder, shaker, marakas, kongga dll. Dulu2 time sekolah rendah pun, ada cita2 nak join group2 ni, tapi xtercapai niatku. Tengok dari jauh je lah. Parent Arip, bekas cikgu sekolah kot, that is why bleh jemput team2 macam ni untuk perform.

Masa on the balik, lalu kot depan sekolah ni. Sekolah sapa la ni ye. Haha.

Khas untuk korang, sempat rakam satu lagu ni je. Best gak. Dilayan bah kalau kamu. Larixxx..

p/s: Thanks a lot kepada Mini & Jiman, tunggu kenduri korang plak la pasni untuk diterjah. Haha. Terlebih terkurang mintak halal ye. Lalala, esok nak balik kampung.

8 ulasan:

Sabiah berkata...

akim,

nak nyebok jap.
hari tu aku mcm ternampak hang kat stesen keretapi Bukit Mertajam (23/9).xtau la kot2 salah org.

tu je nk bg tau

akimsensei berkata...

sabiah,

ye lah tu.. pagi ka? den kat situ around 7am sebab train kul 7.15am.

aku xperasan hg pun? ek? kalut nak naik train kot smpi xsedar org keliling..

lalala..

dr midst berkata...

cantik dah semesti sekarang....teringin nak tgk ada x nama kat dlm dewan semesti tu..ke dah dilupuskan after 10 years..dilayan bah kalau kau...tu baru betul...hehe..btw cantik warna silver ni..mcm wahida & akil hayy..aritu kunun2 abg nak pki warna ni masa bertunang,tp xjadi plak..

kapten berkata...

kim nanti ko nak guna warna apa? hijau kuning pun cantik juga kim... jom arr kim hijau kuning..mesti meriah beb....nanti kita wat skot hijau kuning..

BuRuuj berkata...

akem, hang tau dak yg kawan hang tue kawen dgn kawan kami. yg perempuan tue kawan kami. kami tak tau pun yg depa kawen. depa tak jemput pun kami. huhu....nasib bek hang letak gmba, at least tau gak!

akimsensei berkata...

drmidst,
ada apa kt dewan tu? wah, list 9a students ka.. lalala..

kapten,
dah2, jgn nak merapik.. hijau kuning tu kaler kedah, boikot2.. kalau hijau ka ungu ka pink ka, ok la kot.. tp oren kadikon aku xmo.. hahaha..

buruuj,
laa, ya ka.. keciknya dunia ni kan.. fazilah tu kawan hg rope2nye (tiruk gayak org bote ckp.. larixxxx)

dr midst berkata...

kapten tu sudah mau kawen ke?siap survey warna hijau kuning..hehe..tanya je, jgn marah ye..
ada la yg nak dicari klu masuk dewan semesti tu..rahsia..

akimsensei berkata...

drmidst, haha.. misteri dewan semesti, bley buat cerpen ni. iya bah, kapten tu mau kawin sudah, tp xtau lg bila, pas abes master kot. doakan dia cpt abes master. dia memang die hard fan hijau kuning, kalau bleh, hosp sultan abd halim kt sp dkt2 ng rumah dia tu pun dia nak cat kaler hijau kuning. lalala..

Related Posts with Thumbnails