Sabtu, September 26

Sembang2 Novel2 5Bintang Part 1

cerita lebih kurang novel2 5bintang yang aku baca this year, 2009 setakat ni:

5bintang - warisnya kalbu - sri rahayu mohd yusop
target audience might be golongan remaja, tapi aku yg dah xremaja ni pun dah terhasut sekali nak baca novel ni sebab baca kat sinopsis belakang novel tu macam best. novel ni nipis je, lebih kurang 200pages tu tapi ceritanya ada kait mengait dengan pantun, dikaitkan pula dengan time2 zaman penjajah dulu.. agak misteri & thriller, tu yg best. aku bagi 5bintang sebab kak sri pandai kaitkan pertandingan pantun memantun sekarang ni dengan warisan pantun melayu tok nenek kita dulu, sekali dengan pantun2 english. pantun2 english? haha, terkejut kan? that's why i give 5stars.. lalala..

5bintang - VT - hilal asyraf
novel VT ni, cerita tentang Volleyball Team MATRI, sebuah sekolah agama rakyat kat perlis. ni bukan cerita biasa, cerita luar biasa yang sarat dengan motivasi terutamanya untuk remaja. walaupun aku ni dewasa tu, tapi cerita ni memang menggamit memori aku time sekolah dulu. terasa macam aku ni malik, budak milo tu. lalala.. dah la kaki bangku, tangan pun lebih kurang bangku jugak la.. aku bagi 5stars sebab novel ni best & masyuk, bukan masyuk sebab duit, tapi masyuk dengan pengalaman.. one more thing, novelis dia just umur pun baru 20, tabik springgg lah kat anta, hilal..

5bintang - tombiruo terakhir - ramlee awang murshid
5bintang - semangat hutan - ramlee awang murshid
5bintang - tombiruo - ramlee awang murshid
5bintang - mikhail - ramlee awang murshid
hm,novel2 RAM ni, jangan cakap la, feveret author ni. cerita mesti la thriller ala2 mysterious sket. xlengkap jugak kalau xde action bunuh2 n so on. memang 5stars lah. I like trilogue tombiruo tu very much, sangat terkesan dengan kisah amiruddin & ejim (wajah xserupa manusia), digabungjalin pulak kisah 2hati antara amiruddin & wan suraya. yes, still xleh lupa ayat keramat 'guminavo zou diou', dan ditambah pulak dengan tragedi2 ngeri makhluk rogon la apa la, memang best gilak.. lalala.. mikhail plak, best sebab dari awal lagi xleh nak detect sapalah mamat yg diceritakan. konpius2, at last, baru tau. mikhail ni cerita pasal agenda jahat israel yg menghantar konco2nya ke seluruh dunia untuk jadi ejen dorang. dlm novel ni, abg RAM mencilok kes2 kanak2 hilang yg slalu dilaporkan kat newspaper yg mengatakan, budak2 yang hilang ni diculik oleh ejen yahudi, dibrainwash gila2 sampai ingatan memang kosong, then, dijadikan hamba israel dlm erti kata, budak2 ni dah anggap israel tu = baik, dan yang lain2 yg berlawanan dengan israel = jahat dan mesti dihapuskan..

5bintang - tunggu teduh dulu - faisal tehrani
tunggu teduh dulu mengisahkan suka duka dan jerit payah seorang wanita, mengangkat tema pertanian (ladang betik) di samping menyelami hati seorang wanita bergelar salsabila, tertanya2 juga salsabila ni nanti kawin dengan siapa & lalala.. best2, that2 why 5bintang. lagi satu, bahasa faisal tehrani ni santai tapi menghiburkan. susunan ayat dia memang sempoi gila lah, susah orang lain nak buat. novel FT yg paling den suka semestinya cerita kucing doraemon si tukang jahit, novel apa lagi kalau bukan 'manikam kalbu' yg berjaya menikam kalbuku..

5bintang - tawarikh cinta - nisah haron
tawarikh cinta ni, agak patriotisma sket ceritanya, genre fantasi lebih kurang sebab ceritanya tentang satu negara yang menghadapi masalah pentadbiran dek ada menteri yang berperangai musang berbulu ayam. negara ni plak, yang dulunya gah kat area situ, semakin xgah sebab ada satu kitab yang menandakan kedaulatan diorang yang telah lesap xtau siapa yang ambil. maka bermulalah misi mencari kitab ini untuk mengembalikan zaman kegemilangan negara tu. kuncinya ada pada seorang budak pintar dari masa silam iaitu hang nadim yang telah memberikan idea batang pisang untuk mematahkan serangan todak singapura tu. maka bermulalah perjalanan mencari hang nadim demi menyelamatkan kedaulatan yang semakin hari semakin lemah. novel ni nipis sangat, kalau dipanjangkan mesti best gilak.

tu je lah dulu, yg lain2 bawah ni, to be continue.. lalala..

5bintang - meniti maut - eyman hykal
5bintang - mantera hitam - serunai faqir
5bintang - LUVE - pingu toha
5bintang - lagukan senandung itu - serunai faqir
5bintang - bidadari-bidadari syurga - tere-liye
5bintang - andai itu takdirnya - siti rosmizah

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails