Khamis, Oktober 15

Next novel by RAM - 9 Nyawa: Mata Hati Tidak Pernah Berdusta

Oleh Ramlee Awang Murshid

Angka 9 mempunyai makna yang berbeza pada persepsi setiap orang. Sewaktu zaman persekolahan dahulu, saya paling takut kalau mendapat angka 9 pada setiap subjek peperiksaan. Angka 9 sebagai tanda kekalahan atau gagal. Ia paling mendukacitakan. Mujurlah saya mendapat angka 2 untuk sastera dan angka 4 untuk Bahasa Malaysia.

Manakala nyawa pula adalah ‘takungan kehidupan’ pada setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi ini atau mana-mana makhluk yang tidak terlihat oleh mata kasar. Walhal hakikatnya...pada akhirnya nanti...hanya ALLAH sahaja yang akan kekal abadi apabila sangkakala pertama ditiupkan Malaikat Israfil. Hatta...Malaikat Izrail yang ditugaskan mengambil nyawa juga akan turut mati.

Semakin dewasa...kerap terdengar mengenai kucing yang dikatakan memiliki 9 nyawa. Saya mendengarnya sekian lama namun langsung tidak singgah di benak untuk difikirkan. Sehinggalah satu hari...anak saya Muhammad Aizuddin mengatakan bahawa kucing mempunyai 9 nyawa. Bertitik tolak daripada itu, saya mula memikirkannya untuk dijadikan sebuah novel.

Alhamdulilah...novel 9 Nyawa telah selesai dan saya serahkan kepada editor Alaf 21 pada minggu pertama bulan Syawal. Sebenarnya cerita itu boleh ditamatkan pada akhir penghujung ramadan. Bagaimana pun...saya melengah-lengahkannya untuk mencari satu penamat yang tragik. Ia dinoktahkan dengan hukuman mati di Penjara Cipinang Jakarta yang dilaksanakan sepasukan regu penembak.

9 nyawa berkonsepkan drama. Ia mengisahkan cerita dua keluarga yang berada di Kuala Lumpur dan Geylang Singapura. Kehidupan mereka berbeza. Watak utamanya adalah Intan Suryani dan Hakim – seorang lelaki cacat penglihatan. Intan Suryani yang menghidap sakit jantung dipercayai ibunya Azizah memiliki 9 nyawa. Kerap kali menghadapi maut namun ajalnya masih bertahan menunjang jasad. Intan Suryani tetap bernyawa sehinggalah suatu ketika dia terperangkap dalam kehidupan antara hidup dan mati iaitu koma.

Hakim pula dapat mendengar suara Intan Suryani yang bernyawa dalam keadaan halimunan. Tragedi ini berlaku di Singapura. Antara dua kehidupan tidak menghalang untuk Hakim membantu Intan Suryani. Hanya berdasarkan suara sahaja tidak menghalang ‘mata hati’ itu untuk melihat kebenaran. Hakim yang cacat penglihatan juga menggunakan ‘mata hati’ untuk melakukan kebaikan.

9 nyawa saya sifatkan tidak terlalu ganas dari aspek tindakan watak-wataknya. Ia berkonsepkan drama yang mementingkan ‘cara penceritaan’ berbanding ‘tindakan’. Apa pun...9 nyawa masih dalam bentuk thriller. Menumpukan aspek pengorbanan yang seharusnya dilakukan secara tulus ikhlas. Percayalah...kebaikan itu pasti akan dibalas dengan kebaikan juga. Kejahatan pula pasti akan menerima hukuman. Ia dasar biasa dalam aspek penceritaan tradisional mahu pun masa kini. Yang ingin saya tekanan di sini adalah...’Mata Hati Tidak Pernah Berdusta’.

Salam hormat...insya-ALLAH...jumpa lagi dalam CINTA SUFI.
Antara dialog yang dikekalkan dalam CINTA SUFI nanti adalah seperti – ‘Maukah kamu mendengar tawaranku?’ dan ‘Sebagai manusia...aku sayang padamu’.

p/s: dicopy paste dari www.kelabram.com

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kimottttttttttt !!!!!!!!!
muhahahhaahahahahah yeyyy...akhirnya ku tahu jugak rahsia kamu...lalalalalalalala

jeng jeng jeng....
lps ni pe2 brita ko tk bgtau rq, siap ko kimottt...ahhahahahaah

oit2...ceh...mentang2 nama die de dlm novel ni..ngada2 la ek...

kalo ko tak suh abg ram masukkn nama rq dlm novel "cinta sufi", rq wat kecoh n bocorkan rahsia kau...

muhahhahahahahahahahah;))

akimsensei berkata...

oit2 miss jane..
sekali lagi ditegaskan ye cik peguam..
tiada rahsia yang diselindungkan..
so, tak perlulah nak mengugut2 den..
muahaha..

inna hayati berkata...

ala, syawal baru kasi pada penerbit...lama lagi la tu kn nak kuar novelnye...lama...

*rasa di awangan masa membaca hijab sang pencinta.

*kamu pun ada tulis novelkan?

akimsensei berkata...

*awan, andai dapat dicapai, maka saktilah hamba..

*xde tulis apa2 pun inna..

lalala..

dr midst berkata...

rahsia apa tu miss jane? boleh saya tau jugak?
@ akim..wah bestnya got a compliment from abg ram, pastu siap ada watak lagi tu...jeles2...nanti klu beli buku tu jgn lupa ya tolong belikan skali..biasala negeri abg ram ni..

Tanpa Nama berkata...

haha kimott berlagak..

yerk lah, rq ni bukn sesiapa lg d sbalik nama abg ram tue...nk ltak kat kulit buku pon tak termasuk kot...

tkpelah..daku pasrahkn sgalanya...

hmmmm..rq dah emelkan pe yg ko nak tuh, sile check ur email ok..

err rahsia tu dr midst sile tanya kimott..kalo ikutkn hati rq, rq gtau jerk...ahahahah

akimsensei berkata...

okei dr midst, baikk.. rq, rahsia apa plak nih, ko nih mcm2 la.. apa2pun, aku pun xtau nak explain kat dr midst rahsia apanya.. lalala..

Frodo Baggins berkata...

Oiitttt ko sejak bila berahsia ni kimottt??? menurut tiikan ahli nujum marang kerapu sepunden parang sekeper >>> ko ada skandal ker ngan rq ni??


whoaaaaaaa ... larixxxxxxx


>>__________<<


erkkk ~ aku nak email jugakx

akimsensei berkata...

oit2 frodot.. aku xde kene mengena ng rq ye.. xnak la kaco mini ko tu.. muahahaha..

HASRUDI JAWAWI berkata...

Novel MIKAHIL saya termiss plak nak beli... dah tak ada stok kat tempat saya ni. Tapi RAM baru hantar manuskripnmya pada Alaf 21, ini bermakna ini novel dia untuk tahun 2010 kan?

akimsensei berkata...

mikhail best. yg 9nyawa, kalu ikut ckp abg ram, end of november, but it depends on alaf21 gak.. wait n see je lah..

dr midst berkata...

ok tq..nmpknya sejak setahun keje ni mmg ketinggalan la betul bab2 novel ni..:(..

akimsensei berkata...

alah dr midst, mikhail dh baca kan? means xtertinggal la tu.. hehe..

dr midst berkata...

sudah bos..tgh baca balik ayat2 cinta ni..aritu si kamal beli buku ni kat 1 borneo...dia pon xbaca lagi...alah lgpon dia suka mengejek org baca novel..bukan kaki novel pon dia tu..kira xberdosa pow dia jap, rasmikan buku tu..(pow? macam prisoner of war kawad maut plak..hehe)

Related Posts with Thumbnails