Jumaat, November 13

9NYAWA - Blurb & Cover Depan

Saya begitu tersentuh membaca blurb di bawah, anda bagaimana? Jika anda mahukan novel melayu yang bergenre thriller fantasi, inilah novelnya. Jom kita bersama-sama meneguk secawan kopi sambil menjejak kisah Hakim dan Intan Suriani dalam novel Abg RAM ini. Mai secawan! Hati saya rawan sebab novel ini masih belum keluar, tapi masanya akan tiba untuk kita meneguk secawan kopi bersama. Apa saya mengarut ni, hati sedang rawan. Oh, apakah..


9 NYAWA
Harga: RM19.90
Halaman: 518
Penulis: Ramlee Awang Murshid
ISBN: 978-983-124-487-6

Sinopsis:

INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.

HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?







5 ulasan:

akimsensei berkata...

sungguh saya xsabar menanti hari esok..

Hasrudi Jawawi berkata...

Tak sabar nak bli. Jeles pun ada gak. Dari web site RAMFC, menurut RAM dia baru hantar manuskrip untuk novel ni seminggu selepas raya lepas. Dah publish dah.... Saya hantar dua minggu selepas raya, next year baru terbit.... jeles... mungkin RAm sudah ada nama dan gaya bahasanya sudah difahami oleh ALAF 21 berbanding saya yang baru pertama kali hantar karya kat ALAF 21. InsyaAllah, e-Novel AKU BUKAN MALAIKAt akan saya hantar ke ALAF 21 mengikut cadangan KIMOT. hehehe.. nak baca masuk blog saya k? http://rudyzonearea.blogspot.com

akimsensei berkata...

rudi, might be sbb alaf21 memg menunggu2 karya abg ram kot. sbb memang abg ram kata, memg dorang slalu call tanya bila nak siap, bila nak siap. haha. rasanya, alaf21 ada bagi due date kot utk setiap penulisnya untuk siapkan novel. xpa rudi, pelan2 kayuh. nanti lama2, rudi plak yg jadi novelis prolifik. igtkan rudi nk stay dgn genre seram.. menunggu sambungan tangisan berdarah ni..

BuRuuj berkata...

akim, kami tau kenapa hang berhati rawan. nama hang digunakan dlm novel tue kn? hehehe...

apepun, hanglah yg kami kenal, lelaki peminat novel2. bagus2!!

akimsensei berkata...

hi dila.. haha.. ye kot.. malangnya 9nyawa xkuar lagi, still tgu q nak diprinting. khabar2nya tadi, akan jadi novel bonus november. so, akan keluar awal disember nanti. dan khabarnya juga, awal disember juga ada pesta buku alaf21 lagi, dan seperti biasa, diskaun 30% pasti menanti. oyeh..

Related Posts with Thumbnails