Rabu, November 18

Bengkel Penulisan Novel Thriller dan Aksi ALAF 21- 14/11/09

Ini cerita saya Sabtu lepas.

Alhamdulillah, saya telah diberikan kekuatan oleh DIA YANG MAHA KUAT LAGI PERKASA untuk menghadirkan diri ke Bengkel Penulisan Novel Thriller dan Aksi. Walaupun pada ketika itu saya baru sahaja habis shift malam saya! Bengkel ini adalah anjuran ALAF21 dengan penceramahnya ialah Abg RAM dan juga En.Norden (Eyman Hykal). Saya tidak tahu apa tujuan bengkel ini diadakan, kerana tidak disenaraikan tujuan-tujuan tersebut dalam iklan, namun saya pasti setiap peserta yang punya hati masing-masing, pergi dengan niat yang tersendiri. Bagi saya, saya menyertainya dengan tujuan saya sendiri, mencari semangat dan peluang, mungkin ada jalan untuk saya mengisi masa-masa senggang saya dengan sesuatu yang lebih berfaedah daripada tidur dan menjadi penunggu setia laptop saya ini tanpa matlamat. Ketika sesi pengenalan, setelah memperkenalkan diri, saya mengatakan bahawa saya menghadiri bengkel ini untuk pendedahan, memandangkan ini bengkel penulisan pertama yang saya sertai, dan juga untuk mendapatkan semangat untuk menulis cerpen atau novel, kerana sebelum ini saya pernah mencuba, namun tiada hasil. Hangat-hangat tahi ayamkah saya? Haha.

En.Abu Bakar (buku tanaman hiasan) dan saya sebelah-menyebelah

Yang sebenarnya (bukan lagu Yuna ya), dalam sesi memperkenalkan diri tersebut, saya menjadi teramatlah segan. Bukan kerana saya ini bukan siapa-siapa (ayat apakah ini? Kak Sue RAMFC know the best), tapi kerana majoriti peserta adalah mereka yang telah ada pendedahan dan pernah menghasilkan paling kurang pun secebis puisi, cerpen waima novel sekalipun. Dan saya menjadi teramat segan. Maka, seperti biasa, saya mengulang-ulang kata keramat yang mungkin tidak berpahala disebut kerana ia bukannya zikir mahupun wirid, tetapi saya berharap ianya menjadi doa buat saya. Apa lagi kalau bukan "Mental Mesti Kuat". Kan?

En.Norden = Eyman Hykal

Abg RAM

Ok, terus kepada bengkel tersebut, dibahagikan kepada 4 sesi, 2 sesi untuk Abg RAM dan 2 sesi juga untuk En.Norden. Ok, saya teruskan kepada pengisian-pengisian tersebut.

Sesi Pertama - Eyman Hykal

A - Attitude
S - Skills
K - Knowledge
= ASK (tanya - diri sendiri dan orang lain)

Otak Kiri = Logik
Otak Kanan = Kreatif [5 senses: eye(sight), nose(smell), skin(touch), mouth(taste) and ear(sound)]

As a writer, mesti banyak sebab untuk 1 perkara, means, bila fikir satu-satu isu tu, mestilah come up with banyak kemungkinan.

Latar Tempat - boleh dapat dari internet
Latar Masa
Latar Masyarakat

Plot Narration (Physical)
Plot Description (Mental)
Plot Dialogue (Spiritual)

Technique Linear
Technique Antagonis - Protagonis
Technique No Plot (Conventional)
Technique Lateral Plotting (3 Scenes bergerak serentak pada satu masa, then bergabung)

Watak - gunakan watak yang dah establish, untuk dapatkan bayangan. then, bila dah complete, baru tukar nama.

Dialog/Kata Bual = tersusun, terarah, ada klimaks, jump-cut
Cakap-cakap = berulang-ulang, merapu, ada anti klimaks, ada penutup

Menghidupkan Dialog
- loghat
- istilah lazim watak
- lenggok bahasa
- intellectual watak
- soal jawab renjong? cth, "engkau dah makan?" then, jawab "semalam dah makan"

p/s: boleh buat rujukan kat internet, googlekan "movie script"

Sesi Kedua - Ramlee Awang Murshid

Formula Asas
1) Doa - senjata paling ampuh
2) Zakat - suburkan harta/rezeki

Ayat-ayat penting yang sempat dicatat:
- Memvisualkan apa yang akan ditulis
- Movie
- Teknik alihkan perhatian
- Setiap karakter ada masalah masing-masing untuk kembangkan cerita
- Banyakkan beristighfar dan berdoalah dengan sepenuh hati dan ingatlah yang kita ini bukan siapa-siapa

Contoh Pembinaan Watak
1. Irfan 26 tahun, Kacak, Baik, Tinggi, Pandai silat, Bijak, Beriman, Abad 21
2. Amira 32 tahun, Lemah-lembut, Tegas, Bertudung, Hitam manis, Cantik
3. Borhan 40 tahun, Kaya, Ketua Gangster, Buta sebelah mata, Bertatu naga, Misai melentik

Kita pasti merasa yang Irfan = baik dan Borhan = Jahat, but at the end of the story, rope-ropenye, Amira yang jadi dalangnya. Lebih kurang la.

Kemudian, kami disajikan dengan contoh filem thriller yang sememangnya memberikan gambaran sekaligus membantu kami untuk memahami segala teori tadi. Filem tersebut bertajuk Messiah, The First Killing yang membuatkan kita sentiasa tertanya-tanya siapakah pembunuh sebenar dalam filem tersebut.

Teknik Inter-Cut - sebaik-baiknya 4 inter-cut setiap bab
Teknik Cliff Hanger - membuatkan pembaca tertanya-tanya
Teknik Hook - lebih kurang macam prolog
Teknik Question Mark - mengujakan pembaca terus berfikir dan mengagak

Sebelum menulis, mulakan dengan perkara-perkara asas
- Al-Fatihah
- Alam Nasyrah
- Istighfar
- Selawat nabi
- Doa (fokuskan)

Untuk menulis, ada 2 pilihan:
1) buat sinopsis dulu, then baru cerita
2) mulakan dengan cerita terus, tapi mesti membina watak dari awal

Setiap novel mesti mencakupi Intro, Plot (berlengah-lengah) dan juga Closing.

Make Believe
- membuatkan orang seolah2 percaya yang cerita kita itu benar-benar berlaku cth: Bagaikan Puteri, Sunan tu, benar-benar wujudkah?
- memang menggunakan latar sejarah yang ada, tapi cerita kita itu hanya secebis je dari kisah sejarah tersebut.

Sesi Ketiga - Eyman Hykal

Lebih banyak kepada perkongsian pengalaman.

Untuk memulakan penulisan novel pertama:
- Jangan patah semangat
- Aku sedang berlumba dengan diri aku dan bukan dengan orang lain
- Boleh tiru orang tapi mesti ada own identity
- Internet sebagai reference
- Tengok drama-drama mat saleh
- Jangan takut dengan diri anda
- People happy to know problem, berasa seronok untuk melihat orang lain
- Sebagai manusia biasa, sentiasa takut dengan masalah
- Ada kata-kata, jika kita pandai 50 istilah dalam sesuatu bidang, maka kita dah pandai dalam bidang tu

7 istilah penting dalam novel aksi
1) Back story (latar cerita/permulaan bab)
2) Planting (menyemai)
3) Make belive (konon-konon macam betul)
4) Hook (Kail)
5) Suspense/suspen, Gantung/Cliff Hanger
6) Jump cutting/Potong lompat = Inter-cut
7) Suspending Disbelieve/Gantung ketidakpercayaan

Nasihat:
- tools = internet (gambar & video)
- kalau nak hantar manuskrip kat publisher, hantar hardcopy dulu
- taip dalam word tu, 1.5 baris, 12 font, 3 page = 1 bab

Sesi Keempat - Ramlee Awang Murshid

Lebih banyak kepada perkongsian pengalaman juga. Sebelum memulakan sesi, kami sama-sama mengalunkan Asmaulhusna yang amat menyentuh hati. Boleh dengar di SINI. Hati serasa mahu menangis dan amat terasa yang diri ini teramatlah kecil.

Telah tertulis bahawa kejayaan tidak datang bergolek. Itulah juga yang berlaku dengan novelis RAM. Beliau menempuh zaman-zaman awal persekolahan dengan begitu perit dek buta huruf, menjadikan beliau rendah diri dan sering diperlekehkan. Sehingga berputus asa, sehingga pernah suatu ketika menadah muka ke langit lantas berkata, "Untuk inikah aku diciptakan, Ya Allah?". Dengan paksaan dari Pakcik beliau, maka beliau dapat membaca bermula darjah 5 (kalau tak silap saya) dan setelah tamat pengajian, beliau memulakan karier beliau sebagai DJ Radio Sabah. Di situ jugalah beliau bertemu dengan isteri (Kak Dayang). Di penghujung 80-an, beliau menulis karya dengan menaip (guna type writer) dan kemudian apabila novel Igauan Maut menang Anugerah DBP, duit hadiah tersebut digunakan untuk membeli komputer. Sebenarnya, hasrat awal Abg RAM menulis adalah untuk lebih dikenali. Merasakan berada dalam lingkungan kampung halaman tidak menjamin hasrat ini, beliau merasakan keperluan untuk berhijrah ke KL untuk menjadi lebih popular memandangkan sesiapa yang famous di KL pasti akan famous di seluruh pelusuk Malaysia. Maka berhijrahlah Abg RAM dan Kak Dayang ke KL pada tahun 1993 dan bermulalah fasa penghidupan sebagai anak dagang dengan bertugas di RTM. Dengan keazaman untuk terus meningkat maju, ketika berumur 31 tahun, beliau menyambung pengajian di peringkat ijazah di UKM. Sehingga kini, beliau telahpun 12 tahun bersama Alaf 21 dengan 15 buah karya novel.

Nasihat:
- Walaupun tiada bakat nak nak menulis, tapi kalau ada minat, boleh ubah.
- Yang penting, plot cerita, ibarat garisan mesin jantung (ECG)
- Formula, setiap cerita mesti ada unsur suspen + aksi + isu semasa + cinta
- Berdakwahlah walaupun satu ayat melalui cerita yang disampaikan
- Sub-plot ialah untuk melengahkan cerita dan untuk memperjelas situasi
- Yang penting, doa dan usaha

Minda Sedar
- minda menyimpan kenangan
- ingat kawan sekolah rendah contohnya

Minda Separa Sedar
- minda paling bodoh
- masukkan maklumat/azam
- kegunaan, sangat baik
- lebih kepada memberi semangat

Untuk bacaan lanjut, boleh terjah website Alaf 21 di SINI.

Para peserta (ada sebahagian yang telah balik), kru-kru Alaf21 dan penceramah

Sekian perkongsian daripada saya, semoga bermanfaat. Sehingga habis bengkel, mata saya terang benderang dan tidak mengantuk walaupun sekelumit. Saya merempit balik ke Taman Equin dan terus bersiap untuk masuk ke ofis semula. Esoknya, balik sahaja daripada ofis, saya terus menyembamkan diri, sengaja mengulit diri untuk terlena sambil alunan Asmaulhusna teralun-alun bergema di penghujung cuping telinga saya. Salam muhibbah.

p/s: Gambar-gambar di atas adalah ihsan daripada web ALAF21. Tak lupa juga, saya dan Kak Elle (sanggup datang tu, after balik kerja, ewah) sempat menyapa Kak Saadiah/Editor ALAF21 dan bertanyakan beliau tentang 9Nyawa. Menurut beliau, 9Nyawa adalan Novel Bonus November dan mungkin akan mula berada dalam pasaran sekitar awal Disember. Jadi, saya merasakan waktu yang paling sesuai untuk memborong novel tersebut ialah ketika berlangsungnya Pesta Buku ALAF21 iaitu dari 4/12 sehingga 6/12. Jom terjah jom.

3 ulasan:

akimsensei berkata...

saya xsure yang 'soalan renjong' tu betul ke x? haha.. kena rujuk balik dengan en.nordin nih.. huhu..

i'm hanis berkata...

akem, aku ada blog baru, senang2 singgah la... tiada paksaan... :)
http://imhanis.blogspot.com/

ezi berkata...

hai en akim..wah, terperincinya citer...anyway...salam kenal...:)

Related Posts with Thumbnails