Ahad, November 8

Lepak Santai RAMFC di McD Seksyen 3 Shah Alam

Walaupun tak ramai, tapi meriah

Kak Elle & Kak Eina

Abg Long & Papa Ibad

Faizul Napiru & aku

dan jugak Kak Amylea Rahsia Perindu yang berbaju pink itu

Okey2, teruskan bersantai.. haha..

Semalam, habis je kerja kat ofis, aku balik rumah jap, mandi2 dan terus merempit ke Seksyen 3 Shah Alam. Agak tersesat jugak la since tak pernah gi sana lagi. Kalau SACC Mall tu ke Kompleks PKNS ke, memang familiar la masa join ADIDAS Run last year. Luckily, at last, sampai jugak kat McD tu walaupun aku dah lambat 10 minit. Ya ampun, lambat lagi. Sampai sana lebih kurang dalam jam 10.10pagi, dan sampai kat rumah aku balik dalam jam 3.50petang. Huhu, penat gile since balik kerja terus je terjah sana kan. Sampai2 rumah, solat n terus landing baik punya atas katil menidurkan diri. Ni first time jumpa Faizul Napiru and Papa Ibad secara offline, selalunya berlaga bahu kat blog RAMFC je kan. Apa2 pun, macam dah 10x jumpa melayan depa2 ni. Haha. Riuh rendah McD dibuatnya. Ops, hal yang disembangkan semestinya yang berkait dengan RAMFC dan ALAF21FC. Macam-macam jugak la dari A sampai Z. Ciou.





Related Posts with Thumbnails