Selasa, Disember 29

Kuiz Nama Atas Kertas, sebuah novel thriller oleh Jemari Seni...

Kawan2, jom join kuiz di bawah ni.. Hanya memerlukan penelitian korang tentang kulit novel kat atas ni.. jom2..

Soalan:
Lihat kulit buku di atas, kemudian tuliskan dalam 30-50 patah perkataan apa yang boleh diungkap di sebalik makna-makna yang tersembunyi daripada ilustrasi itu.

Syarat2:
Pengadilan berdasarkan deskriptif paling menarik dan kreatif. Keputusan panel penilaian adalah muktamad.
Tarikh tutup penyertaan: 15 Januari 2010
Pemenang: 10 peserta terpilih akan mendapat hadiah novel bulan Januari – Rumput Masih Hijau karya Iman Xara, setiap satu.
E-mel kepada: jemariseni.kuiz@gmail.com
Tajuk e-mel: Kuiz Nama Atas Kertas

Sinopsis:
Sebuah karya thriller yang penuh dengan teka-teki daripada:
NASRON SIRA RAHIM...
Engkau tidak dapat melihat aku,
tapi aku sentiasa wujud;
Engkau boleh bersembunyi di mana saja,
tapi aku akan tetap menjumpaimu;
Engkau boleh menentang aku sehabis upaya,
tapi kau tidak akan dapat mengalahkan aku;
Siapakah aku?

Apa tip yang ada?
“Pada setiap jasad itu, dia meninggalkan satu puzzle
dan mencabar sesiapa saja termasuk ANDA, untuk menyelesaikannya…”

TAWARAN
Buah fikiran anda diperlukan!

Sekiranya anda memiliki IQ yang cukup, otak anda sangat diperlukan untuk menolong Faiz dan Hanim membongkar misteri teka-teki ini! Pembunuh yang sadis itu harus diberkas dengan kadar segera, sebelum ramai yang menjadi mangsanya. Bacalah Nama Atas Kertas sebagai petunjuk: dan selesaikannya.

***

ISBN: 978-967-5118-29-6
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Harga pembelian melalui pos: RM18.00 (mulai 11 Jan. 2010)

2 ulasan:

Sabiah berkata...

Kuiz lagi...

Selamat Tahun Baru, Kimot.

akimsensei berkata...

haha.. xjoin lagik.. hv no idea.. slmt tahun baru gak ye sabiah..

Related Posts with Thumbnails