1. Bidadari Paderi oleh Saiful A.Imam 3 bintang
2. Aduhai Suami oleh Muhammad Mat Yakim 4 bintang
3. Syahadat Cinta oleh Taufiqurrahman Al-Azizy 5 bintang tapi agak keindonan
4. Musafir Cinta oleh Taufiqurrahman Al-Azizy 5 bintang tapi agak keindonan
5. Makrifat Cinta oleh Taufiqurrahman Al-Azizy 5 bintang tapi agak keindonan
Sekarang ni, saya menyasarkan untuk menghabiskan Laskar Pelangi oleh Andrea Hirata dan juga Senjakala oleh Baharuddin Kahar. Senjakala ni, novel lama DBP yang dah lama saya habiskan, semasa sekolah rendah kot. Long-long time ago. Haha. Watak utamanya, Kinto masih dalam ingatan dan ceritanya berkisar tentang pemburu & hutan. Novel ini saya beli dengan harga RM1 (yes, singgit) semasa pesta buku tahun lepas.
Oh, cerita tentang semalam, saya buat pertama kalinya menerjah ke KL Sentral untuk menyemarakkan gerakan indie baca@lrt Februari 2010. Untuk pengetahuan kamurang semua, tema kali ini ialah sastera. Maka saya pun menempatkan buku bertajuk Cerpen-cerpen Pak Sako di dalam beg galas saya. Jam 8.30 pagi, saya terus merempit ke KL Sentral. Sampai di sana, dalam jam 9.20 pagi, terus saya bergegas ke stesen LRT yang menghadap ke Kelana Jaya. Stesen yang akan dituju ialah Stesen Taman Jaya. Semasa menunggu LRT jam 10.35 pagi, sempat saya habiskan dua cerpen Pak Sako iaitu Sikat Emas dan Tulisan di Pintu. Dua cerpen ini pernah dimuatkan dalam Warta Jenaka dan berkisarkan tentang kisah rumah tangga. Dalam jam 9.40 pagi, Kak Elle dan Kak Eina RAMFC pun sampai, maka saya pun meminjam novel Satu Janji karya RAM untuk dibaca sepanjang perjalanan 10 minit ke Taman Jaya nanti.
Trademark novel Satu Janji ini ialah Roti canai. Sebut je Satu Janji, terus saya terbayang Luqman yang belajar menebar roti canai. Sempat saya mencari scene di mana Luqman belajar membuat roti canai tu. Lagi lebar ditebar, lagi bagus, sebab akan semakin nipis. Novel Satu Janji ni, sudah saya habiskan semasa saya di UTM dulu. Bagi saya, novel ni adalah novel RAM yang paling jiwang dan paling ringan untuk dibaca. 5 bintang. Huhu, jangan kata saya berat sebelah ye, novel ni memang 5 bintang.
Oh, semasa menunggu LRT sampai, sempat juga berkenalan dengan Edi, Kamarul Zaman, Hani dan Yus. Yang menariknya, saya dapat bertemu dengan dua orang yang hanya membaca novel-novel karya RAM sahaja iaitu Hani & Edi. Dan yang lebih menarik minat saya lagi, Edi memberitahu, dia ada mengarang satu lirik+lagu tentang trilogi Bagaikan Puteri yang diberi tajuk ____ Sang Ratu. Saya dah lupa apa perkataan yang pertama tersebut. Kemudian, dapat gathering dengan Kay & kawannya (siapa tu Kay?) dan juga Fyena Pinot (orang Sarawak yang sedang menimba ilmu di UTHM, kadet SUKSIS ni, jangan main-main.. Frodot, ke mana kau?). Ini kali pertama bertemu secara berhadapan dengan Pinot, setelah sekian lama bertukar fikiran dan bergebang hanya di KARPET HIJAU RAMFC.
Tiba sahaja LRT pada jam 10.35 pagi, kami terus bergegas masuk ke dalamnya. Terpaksa berasak-asak dengan penyokong baca@lrt dan juga penumpang yang lain. Memang best bila sekali-sekala membaca ramai-ramai sebegini, walaupun secara berdiri. Sempat saya menghabiskan satu episod dalam Satu Janji, episod di mana Luqman sedang berteleku di hadapan kubur ayahnya, dan kemudian datang seorang pakcik menyapanya, dialog lebih kurang begini la, "Anak ni tersilap kubur agaknya, ini kubur adik pakcik ni."
Sampai sahaja LRT di Taman Jaya, kami pun keluar dan disambut oleh pihak BookXcess yang begitu ceria melayangkan papan tanda (papan tanda ke?) baca@LRT memanggil-manggil kami untuk berkumpul. Terus diberikan satu borang untuk keahlian percuma yang melayakkan diri untuk mendapat diskaun. Untuk pengetahuan, Kedai Buku BookXcess tersebut terletak di tingkat 3 Amcorpmall. Saya pun, baru pertama kali ke sini. Yang menariknya, buku-buku international bestseller dijual dengan harga yang amat berpatutan, yang saya sempat lirik ialah novel The Associate karya John Grisham yang dijual dengan harga kurang daripada rm26 untuk yang hard cover. Kalau kat kedai buku lain, paling-paling koman pun rm30 untuk kulit biasa, dan kalau hard cover, lagi tinggilah harga tentunya. Setelah mendaftar, kami dihadiahkan cenderahati percuma iaitu Book Thong seperti gambar kat bawah ni.
Di sebelah BookXcess juga terdapat kedai buku-buku terpakai, yang sedia menerima dan membeli buku-buka terpakai anda. Dan di aras 2 juga terdapat Kedai Buku Popular, untuk anda grab novel-novel berbahasa Melayu terutamanya, kerana di BookXcess, sepanjang pemerhatian saya selama sejam di sana, tidak terdapat novel-novel berbahasa Melayu. Saya ingin mencadangkan kepada Bookxcess supaya turut menjual buku-buku/novel-novel berbahasa Melayu, dan berikan diskaun 20% kepada ahli/umum seperti yang diberikan oleh Kedai Buku MINERVA dan Pustaka Mukmin di Jalan TAR.
Setelah penat window shopping buku-buku, kami RAMFC melepaskan lelah di McD yang berada searas dengan BookXcess. Fuh, selepas bertukar-tukar nama FB, kami pun balik ke tempat masing-masing. Tahniah kepada semua yang terlibat dengan baca@lrt Februari 2010, bagi saya, gerakan indie ini memang patut diteruskan, sekurang-kurangnya adalah aktiviti yang dapat menyatukan semua pembaca tegar, yang dapat melibatkan semua rakyat, dan bukan sekadar gemuruh kempen di kaca TV sahaja, sekaligus pada masa yang sama juga dapat mengajak lebih ramai pembaca atas pagar dan bawah pagar untuk membudayakan membaca dalam kehidupan seharian masing-masing. baca@lrt, kami baca di mana-mana. Jika anda menaiki keretapi dari KL ke Utara, andai ternampak ada yang sedang membaca sambil ditemani sebungkus kuaci, itulah saya.. Kuaci itu, ubat penghalang kantuk.. Semakin digerit (gerit?), semakin sedap.. Huhu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan