Salam semua..
Esok, 19/2/2010, Hari Jumaat.. Jom derma darah esok jom. PDN akan dibuka sehingga jam 8 malam. InsyaAllah, bakal berada di sana sekitar jam 4 petang. Lokasi PDN terletak berhampiran dengan Tasik Titiwangsa, Istana Budaya & Perpustakaan Negara. Alang-alang bersukan, berbudaya & membaca, jom singgah PDN sekali ye. Oh, bagi yang tidak berkelapangan, boleh rujuk JADUAL DERMA DARAH BERGERAK yang diadakan di shopping2 kompleks. Sila KLIK DI SINI untuk jadual penuh setiap minggu. Di bawah disertakan jadual untuk esok. Bagi anda yang berhampiran dengan Giant Putra Heights & Jusco Taman Equin, silakan la terjah ye. Ingat, sekali menderma menyelamatkan 3 nyawa.
Lusa, 20/2/2010, Sabtu.. Jom baca@lrt lusa, Sabtu pagi jam 9.30pagi di Kl Sentral. RAMFC akan berkumpul di stesen Kl Sentral yang menghadap Ke Taman Jaya. Kumpul di sana ya. Semua RAMIAN digalakkan membaca novel-novel RAM. Temui kami yang memakai T-Shirt AWAN di sana. Jom membaca jom. Untuk maklumat lanjut, sila terjah www.kelabram.com. Sekian, salam muhibbah.
6 ulasan:
t-shirt awan?mcm best je...mcm mana tu..
oh, ada kt www.kelabram.com.. tp tangan pendek la anti tshirt tu..
dah lama x derma darah...alah akim jgnlah anti t shirt tu...midst x mo beli ke t shirt awan tu..ahakss...bau nasi minyak makin dekat nie..tahniah...
haha.. kak sue candy + blueberry cake, tersenyum sorg2 baca komen kak sue ni.. syukran2 ala kulli hal.. kami tunggu tshirt 9nyawa ni, ada bau2 tshirt tu dah bertukar kaler kak weh..
last year ada derma darah.... dis year skali lagi kot.. ~_^
neway good luck wit baca LRT bro..
ok dak utan, bila la bleh jmpa hg.. jap gi 1st time kitorg nk jumpa pinot weh..
Catat Ulasan