Sabtu, Mei 8

Syahadah Gadis Ateis: 5 Bintang

Saya memang suka novel sebegini. Walaupun ini air tangan pertama beliau, saya beri 5 bintang kerana percubaan berani menerjah isu perbandingan agama. Tahniah buat Imran Haaz. Namun begitu, agak kecewa dengan editor novel PTS ini, ejaan ateis ada yang tersilap eja, dieja sebagai aties, agak menyakitkan hati tatkala pandangan mata terserempak dengan ejaan yang bukan-bukan seperti ini. Harap dapat diperbaiki di cetakan yang akan datang. Apa-apa pun, novel ini sangat-sangat menarik untuk dihayati. Walaupun dari sudut bahasa, agak sederhana, namun, dari sudut isi, 2 thumbs up. Bagi kalian yang tinggal di sekitar KL, boleh dapatkan novel ini di MINERVA, Jalan TAR. Diskaun 20% lagi. Dan, novel ini nampaknya seperti akan ada sambungan. Tunggu dan lihat.

KLIK UNTUK BESARKAN

3 ulasan:

Web Sutera berkata...

Assalamualaikum, Akim. Sudah bacakah? Hihihi..saya beli semasa PBAKL2010 yang lalu. Masih belum sentuh lagi daaa...

akimsensei berkata...

abg web, dah baca dah, kalau x, kawe xbagi la 5bintang tu.. haha.. tu la abg web, mesti banyak lagi buku dalam koleksi yang tak disentuh.. akim sekarang menghadam tetralogi laskar pelangi, dah novel ke3 dah..

牛五花Orange berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Related Posts with Thumbnails