Salam kawan2,
Semoga semuanya luar biasa bagus ya hari ini.
Yea, Sutera Bidadari akan menjengah pasaran bulan 4 ni, bulan di mana semua kompeni bagi bonus kat kakitangan (kalau untung la) & jugak bulan pesta buku. Macam biasa, xsabarnya menanti next novel by Abg RAM. Layankan copy paste dari www.kelabram.com tentang ending pentalogi Sutera Bidadari ni khas untuk peminat2 novel beliau. Rasa2 korang, akan ada sambungan lagi tak? Hehe.
Ops, iklan jap, nombor henponku 013-7143539 dah tak pakai, henset rosak & habis semua nombor2 dalam tu dek kerana simcard pun expired. Ni nombor henponku the latest, 011-18322402 (ni no TM, pelik kan ada 8 nombor). Okeh, this year aku baru berjaya khatam 2 novel, Remaja Mulia by Hilal Asyraf 4bintang & Gadis Adikara by Ruhaini Mat Darin 2 bintang. Tengah melayan Pendekar Merah Budiman by Panaharjuna plak ni. Huhu.
Dan last but not least, jom derma darah! xkira la nak derma kat mana2 pun, kat PDN pun xpe, jangan derma kat nyamuk dah le. sekali derma dapat menyelamatkan 3 nyawa. Ayoh!
p/s: Bahasa cacamarba.. apa nak jadi dgn aku ni.. huhu, happily meneruskan kehidupan w/pun tunggang langgang, keje pagi balik malam, keje malam balik pagi (dah nama pun keje syif kan), macam2 fikir, apa2 pun, mental mesti kuat kawan2.. sudah2, merepek kerepek betul aku ini..
-------------------------
Sutera Bidadari telah saya noktahkan kisahnya pada 14 Februari 2011. Cerita ini merupakan lanjutan novel Cinta Sufi. Manuskrip Sutera Bidadari telah pun saya hantar ke pihak editorial Alaf 21 pada 16 Februari. Insya-ALLAH...Laksamana Sunan akanmenjengah pasaran pada bulan April ini sempena Pesta Buku Antarabangsa. Alhamdulilah...syukur ke hadrat Ilahi atas anugerah serta kurnia ilham, idea, kekuatan minda dan fizikal, kesabaran serta keyakinan.
Sebenarnya ilham untuk menterjemahkan idea ini ke bentuk naskah diraih menerusi doa yang dipohon tanpa henti-henti. Maka yang mengalir dari minda itu adalah anugerah dan yang terbaik kurnia ALLAH. Apabila cerita ini sangat menyentuh hujung hati maka segala puji-pujian hanya layak untuk ALLAH. Andai sebaliknya...itu adalah ketidak sempurnaan saya selaku makhluk.
Baiklah...mari kita bercerita mengenai Sutera Bidadari serba ringkas. Cerita ini terbahagi kepada empat kisah yang saling terkait antara satu sama lain. Saifudin @ Laksamana Sunan tetap menjadi tunjang utama pengisahan ini. Tiga lagi menceritakan tentang Taghut yang menyusuri asal-usul apabila telah lenyap kesaktiannya. Dilanjutkan lagi mengenai Sang Dewi yang mendiami negeri Inderapuri dalam lingkaran Hindi, yang tanpa jemu menyeru Saifudin agar mampir ke sebuah belantara nan luas. Sang Dewi merupakan makhluk sumpahan. Dan akhirnya dibentangkan pula cerita tentang Saifullah di abad ke 21 yang dikenali sebagai pewaris khazanah Maryam – menjejaki Catatan Maryam dan Keris Nanggroe yang telah dicuri oleh Elizabeth.
Pada tahun 1511 – Saifudin bersama Panglima Awang Bagan, Maryam, Luna, Sadik dan anak keponakan arwah Djailuh yang bernama Abdol Rohman telah melakukan pelayaran ke Negeri Atas Angin untuk memburu si Taghut durjana. Semasa mengharungi pengembaraan inilah banyak pancaroba yang terpaksa dihadapi sehingga hampir-hampir melumpuhkan kudrat Saifudin. Dalam Sutera Bidadari banyak watak utama yang dimatikan dengan bersebab. Watak hero tidak selama-lama bertahan kerana mati itu pasti, hidup...insya-ALLAH. Bagaimana pun muncul pula watak hero pada abad ke 21. Sebenarnya...inilah kelazimannya rentetan perjuangan yang benar-benar mengharapkan keredhaan ALLAH TA’ALLA. Sementara watak Haryani pula menjadi watak undangan sahaja dalam Sutera Bidadari.
Seperti novel-novel saya yang terdahulu – banyak kejutan bersifat saspens terbentuk dalam Sutera Bidadari. Bahkan kali ini turut membentur emosi kerana jiwa dan fikiran itu saling sealiran dalam menghadapi erti kehidupan. Maka itu bukan kejayaan kita sebenarnya apabila meraih sebarang kesuksesan dalam merealisasikan penghidupan ini melainkan dengan hanya izin ALLAH semata-mata. Sebab itu...pujilah ALLAH dan kita tidak akan kehilangan jiwa. Sutera Bidadari tidak ketinggalan dihiasi dengan cinta kerana rasa hati itu sangat membahagiakan sesiapa sahaja. Selamat membaca Sutera Bidadari kelak dan sabarlah menunggu Sunan anda kembali ke minda kita semua. Yang baik adalah teladan untuk kita. Yang buruk kita jadikan batasan agar kita tidak tergelincir dengan permainan dunia ini yang sangat bijak berdusta.
Insya-ALLAH jumpa lagi dalam... FIKSYEN 302!
Nota:
Artikel khusus untuk RAMFC. Sebarang petikan dari artikel ini dalam mana-mana medium samada di blog, facebook, forum mestilah meletakkan semula url rasmi RAMFC iaitu www.kelabram.com. Harap maklum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan