Khamis, Oktober 2

beraya di ofis

allahuakbar, allahuakbar, allahuakbar..
lailahaillallah huwallah huakbar..
allahuakbaru walillah hilhamd..

sayu aku terdengar takbir raya memuji kebesaran yg Esa. tepat jam 7.00 pg, aku terus merempit ke opis cyberjaya dari rumah di desaminium rimba. jalan memang lengang habis. kelibat kenderaan lain memang sukar la aku nk jumpa. tambah2 bila dah masuk exit ke cyberjaya tu. langsung takde kereta ke motor ke sehinggakan basikal pun aku tak nampak. ditambah dengan angin yang menampar2 dan mengelus-elus lembut jaket biru yang kupakai, diiringi dengan rintik-rintik kecil hujan yg berpusu-pusu, berkejaran menghentam visor plastik helmetku, aku terus melajukan kecepatan motosikal rempitku jgt6430. dengan jalan yang begitu lengang, langsung tidak terdengar sebarang suara, rekod aku merempit paling cepat ke ofis sebelum ni (10minit) berjaya di atasi. yihaa.. 8minit je, memang betul2 rempit tadi walaupun motosikal aku modenas kriss sg je. masuk je dalam ofis, aku orang 1st yg sampai dengan berbaju melayu lengkap biru laut bersama sampin songket.

dengan penuh kehenseman, aku terus on pc and pasang lagu raya skali ng takbir raya la. nak keluar gi masjid, tapi hujan renyai-renyai. kang kebasahan, tak best la plak. masjid paling dekat pun, masjid mmu la, dalam 2km. bleh lencun gak tu. nk gi masjid pulau meranti, sah2 akan bersolat dalam kelencunan (4km dr ofis aku). so, lepak kt ofis je la. sempat gak YM ngan member2 aku yang raya kt dubai ng doha, qatar. nah amik ko nk gi keje jauh2, kan dah menyesal xbleh makan lemang ng ketupat. hm, sampai la aku balik, problem xbanyak. ada memang ada tp minor la. yg bestnya, makanan disediakan untuk kitorang yang beraya ni. tengahari makan nasi ayam kfc. malam makan pizzahut. pergh, balik rumah, terus aku terbongkang. hm, sekian la ulasan raya pertama dari aku.

p/s: best lagi beraya kt rumah. next year, if xde aral, aku konfem raya kt rumah.. hehe.. sunyi raya kt sini :(

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails