Rabu, Oktober 1

teringat..

selalunya, saban tahun, di malam raya, aku sekeluarga akan mula memasang langsir raya. biarpun langsir yang sama setiap tahun, tradisi ini berterusan setiap tahun. dengan keadaan rumah kampung yang mempunyai bilangan tingkap yang agak banyak, kami sama2 memang langsir itu sehingga siap. selalunya hampir ke tengah malam di samping membuang sawang2 di atap rumah, menggantung kad raya dan sebagainya. menjelang pagi raya, aku akan bangun dalam jam 6.30 pg. teringat mak yang selalu mula sibuk mengisi balang kuih raya di dapur. setelah siap mandi dan berpakaian, kami adik beradik 9 orang akan sama-sama berjmpa mak dan ayah, dengan aku yang mula2 sekali bersalam mencium tangan mak dan ayah, juga saling memohon ampun dan maaf sesama adik beradik. saat ini, aku terkenang indahnya kenangan bersama mak, ayah dan adik2 di pagi raya. terdengar sahaja laungan takbir berbalas2 dari masjid, mak akan memberi rm10 kepadaku untuk disedekahkan kepada tabung masjid. aku akan menapak ke masjid bersama ayah dan 2orang lagi adikku. tinggallah emak dan adik2 perempuan menyusun kuih dalam balang, menyapu sampah, mengemas apa yang patut.. teringat..

p/s: melayan jiwang di pagi raya sorang2 kat rumah. baju raya tak bergosok lagi. jam 7.30 karang dah nak gerak ke ofis.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails