Rabu, Oktober 22

duit: menyimpan atau menyimpang?

hm, topic for today. tiba2 aku tertarik ng aspek perancangan kewangan. pada awal bulan, biasanya kita berhasrat untuk menyimpan sebahagian daripada wang gaji kita, namun adakalanya kita menyimpang daripada apa yang telah dirancangkan pada awal gaji tersebut. kalau plan asal tersasar tu, kenalah kita muhasabah balik apa yang patut. if ikut dari apa yang aku baca, the most important ialah macamana nak simpan duit atau nak urus wang. if xleh nak menyimpan, camne la nak merancang kewangan untuk masa depan. bila dah mula simpan duit, barulah boleh nk membuat seperti yg dirancang, melabur and so on. then, nk kena fikir plak. antara islamic banking ng conventional. yg mana perlu kita pilih. hm, in my opinion yang tak seberapa ni, selajur ada perbankan islam dan takaful sekarang ni, better kita support perbankan islam la. benda dah ada, maka pada aku la, dah jatuh hukum wajib tuk aku amik perbankan islam ataupun takaful ni. lagipun if dibandingkan dengan perbankan dan insurans konvensional, perbankan islam dan takaful lebih bersifat membantu dan beramal jariah. bunyi macam skeptikal je ni. haha. mungkin proses permohonan agak rumit, tapi yg paling penting ialah manfaat keberkatan tu seniri. itu yang kita nak sebenarnya dalam kehidupan ni. keberkatan, keberkatan dan keberkatan. aku tertarik dengan pdf file by akpk ni. baru jumpa tadi. pdf file ni boleh membantu la dalam memahami perihal term2 kad kredit, pembiayaan peribadi dan sebagainya. ye lah, aku pun baru je 8bulan keje, still in process nak adapt ng dunia sekeliling yg aku tau penuh ng cabaran. tambah2 lg pasal2 kewangan ni. pelaburan haram, skim pelik2 byk kt sekeliling. web ust zaharuddin dan juga web azizi ali banyak membantu. yang penting skali, minat membaca untuk mendalami dan mendidik diri sendiri. aku dlm proses memahami dan menghayati takaful insan dan kad kredit ikhwan by maybank. if rasa mcm ok, nak apply la. slps accident dpn masjid um last april (nasib baik xjd pape), terus aku cari takaful ikhlas utk register. risau kt famili aku, if jadi apa2 kat aku anak sulung ni, sapa nak support adik2 aku yg masih berderet lg. lgpn aku sorang je setakat ni yg berjaya masuk u and keluar u. smga aku menjadi anak yg soleh dan mentaati kedua ibubapa. amin. one more thing, kalu dh byk simpan duit tu, kalu dh kuarkan, jgn lupa lak nk kuarkan zakat simpanan 2.5%. lain la kalau simpan kt tabung haji. okeh.

p/s: syukur sbb hobi membaca memang dah sebati dalam jiwa aku. tambah2 kalau baca novel ramlee awang murshid yg penuh ng thriller n saspen, mesti aku pn skali termasuk dlm novel tu. best gak if abang ramlee boleh selitkan isu perancangan kewangan ataupun takaful dlm novel akan datang.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails