Isnin, Disember 1

Mencari Diri.. Kuantan.. ;) i'm back..


Setelah hampir DUA minggu aku menyepikan diri dari segala-galanya kecuali yang berkenaan dengan urusan kerja dan tugas harian, aku kini kembali. Maaf andai ada yang mungkin secara tidak sengaja terkecil hati dengan permukimanku di daerah sunyi, namun ianya bukanlah atas kemahuan aku. Aku perlu bersendiri buat seketika untuk mencari kekuatan diri terutama emosi ini yang remuk dijarah perasaan yang bukan-bukan. Mental yang selama ini kuat dengan tidak semena-mena lemah tanpa punca. Masalah peribadi yang menimpa-nimpa terasa sangat sukar diubati. Aku tidak tahu dimana puncanya, aku cuba mencari tetapi sampai ke saat ini, hanya beberapa yang aku temui. Masih ada entiti bukti yang masih lagi berlegar-legar dan bersembunyi dalam diri yang buat masa ini tidak mampu aku tewaskan lagi. Aku tahu, aku perlu belajar menstabilkan diri.

Dengan usia yang menjengah 24 tahun membuatkan aku berfikir sendiri, bahawa aku PERLU BERUBAH. Aku mesti mengubah diri, memperelokkan perilaku, meninggalkan segala yang terlarang, semakin mendekatkan diri kepadaNya. Dan yang paling penting, aku tidak mahu keberadaan aku di dunia ini hanyalah bagaikan perhiasan semata, cantik dipandang namun SIA-SIA. Saat talkin diperdengarkan, aku tidak meminta suara-suara meraung dan menangis (mungkin tiada), tetapi yang aku harapkan, agar ada kalimat-kalimat suci dipersedekahkan kepadaku juga akan ada amal-amal kebajikan yang datang kepadaku tatkala aku memang amat-amat memerlukan.

Permukiman selama DUA hari di daerah KUANTAN begitu mengujakan. Alhamdulillah, segala yang aku inginkan dan hasratkan untuk berlaku sepanjang dua hari ini dimakbulkan, ditambah dengan keadaan cuaca yang teramat-amat baik sepanjang hari-hari tersebut membuatkan semua agenda penting yang dirancang dapat dilalui dengan cemerlang sekali.

Aku bergerak ke Hentian Puduraya seusai solat maghrib bersendirian di kamar sepi, beberapa ketika saat senja melabuhkan tirai kesyahduan petang jumaat yang bermuram durja menyaksikan saat pemergianku ke KUANTAN. Dengan gerimis yang masih berpanjangan, saat molekul-molekul halus hujan yang terasa tajamnya menyucuk-nyucuk liang roma tanganku, aku meneruskan hasrat dan impian, meninggalkan DESAMINIUM RIMBA dengan sejuta perasaan yang mendesah dalam jiwa. Antara suka dan duka yang saling berbaur meninggalkan resah dan gelisah yang tiada berkesudahan dalam dada. Sukma turut berbisik yang permusafiranku ke KUANTAN memungkinkan aku mendapat sesuatu.

Dah la, sakit kepala den memikir ayat sastera. Dengan ruang waktu dan kelapangan yang tidak mengizinkan, berikut adalah SUMMARY permukiman den di KUANTAN. Layan, zass..

Jumaat, 28/11/2008
7.30mlm: Merempit ke Hentian Puduraya
8.15mlm: Sampai dan parking motor, bayar singgit kat brader tu suh jaga motor baik2
8.30mlm: Tayar bas bergolek

Sabtu, 29/11/2008
12.30pg: Sampai Kuantan, ngantuknye. Langgak (exroomate Palapes UTM) fetch aku, lepak rumah dia
12.40pg: Sampai rumah Langgak kat sebuah taman (xigt nama) sebelah Kg Sg Karang Darat
2.00pg: Tidur dan menyepikan diri kala keletihan melanda
6.45pg: Bangun tido, mandi, solat subuh, prepare pakai tracksuit
7.00pg: Pantai Pasir Hitam, berjalan2 hirup udara segar, salam perkenalan buat Kuantan
7.30pg: Pantai Balok, berjalan2 hirup udara segar
8.00pg: Balik rumah, mandi lg, tukar baju tuk gi lunch rumah Poches (exskot Palapes)
10.00pg: Rumah Poches, gathering + dinner aku, Langgak, Poches ng Ijan di samping suami2 dorg (Man n Wadi), makan sedap o, 2x tambah >5jenis hidangan
2.00ptg: Balik rumah, tukar baju lg, siap2 nk gi jalan2
2.30ptg: Pantai Teluk Cempedak, Sg Pahang, Masjid Negeri, Megamall Kuantan, best gilos tp xsmpt mandi
6.30ptg: Balik rumah, tido jap, keletihan ya amat merempit sepanjang hari
8.00mlm: Tanjung Lumpur, gathering ng Abg Ramlee, Kak Dayang, Aizudin, Lan, Kak Illa, Kak Lily and Kak Teja RAMFC
11.00mlm: Sg Pahang, berfoya2 sambil menyedut udara segar, xsempat nk naik river cruise, harap2 sok sempat

Ahad, 30/11/08
12.00pg: Balik rumah, tido melepaskan lelah sepanjang hari, kekenyangan tahap super saiya melantak seafood dibelanja oleh Abg Ramlee. Trimas2, toce2, syukran2, mekasih2.
7.00pg: Bangun pagi lmbt sket dr semalam, terus mandi and solat subuh
8.00pg: Pantai Batu Hitam, ingatkan nk mandi kat sini, tapi ombak agak besar.. ombak jahat
8.30pg: Teluk Cempedak, bermandi-manda bagai nak rak.. melepas geram melawan ombak yang menggulung.. side roll, forward roll, squad jump, semua ada.. best gilas..
11.00pg: Megamall Kuantan, beli tiket Bolt, jumpa Paiman n Yus, skot Palapes UTM yg baru je bertunang
11.30pg: Bergerak gi rumah Poches, gathering lg..
12.00pg: Sampai rumah Poches, bertukar2 citer, arini kekuatan bertambah 2org (Paiman n Yus).. mengenang kisah lama dalam hutan, korek kubu, stand to, macam2 lagi la..
1.00ptg: Pantai Cherating, belasah makan Sata + Air Tebu, best2.. halusnya pasir pantai ni..
2.30ptg: Lunch kat rumah Poches, makan pun tambah 2x gak, kredit to Poches n Ijan yang masak penat2 tuk kitorg, sedap gilos..
3.30ptg: Zuhur + Asar kat Masjid Negeri Pahang
4.50ptg: Megamall Kuantan, layan movie cerita Bolt, melepas aku nak naik River Cruise pusing Sg Pahang, tapi takpe lah, lain kali datang lg..
6.10ptg: Cerita abis, balik rumah, mandi n solat maghrib + jamak qasar isyak
7.30mlm: Rempit gi Hentian Makmur, jumpa Paiman n Yus
8.00mlm: Paiman naik bas balik KL, Yus balik Gambang, tQ Yus bawak kitorg gi merata today
9.00mlm: Aku naik bas balik KL, Langgak balik Balok, tQ Langgak bawak aku menjelajah satu Kuantan, miahahaha..

Isnin, 1/12/08
1.00pg: Sampai Hentian Puduraya, bagi 2ringgit kat brader tu, trimas coz jaga motor aku
1.40pg: Sampai Desaminium Rimba dengan penuh kemengantukan
3.00pg: Tidur keletihan

Kenangan 1st time di Kuantan yang takkan aku lupa sampai bila2. Semuanya tercatat dalam 1st page novel Personal Justice, sebagai saksi permusafiran aku di mukim ini.

Sekian.

3 ulasan:

illaieylla berkata...

amboi bnyknye xtvt.......
patut la x nak jumpa akak ek.....
dah la tu, massa balik x say gud bai pun kat akak ni uwaaaaaa....

dik akim...
semua prob ada jln penyelesaiannye.
jgn pendam prob tu sorg2, luahkan ok.

salam sayang dr kuantan.

Sabiah berkata...

bestnya dah jumpa pun kak illa ye.
ok la tu akim...

so mental dah kembali kuat ye?

chayok2 akim...

fyena berkata...

best nye kimot....mmg bz ek kat sana...

Related Posts with Thumbnails