Selasa, November 11

PUAKA NIYANG RAPIK ingatkan MEREPEK, rupanya KEREPEK

Sama-sama kita saksikan Puaka Niyang Rapik, setiap Khamis, jam 9.30malam di TV3.
Alkisah, Inilah pembuka cerita, Seorang pengembara, Bernama Tok Sirapurba, Dan
pengikut-pengikutnya, Membuka sebuah desa, Di hutan rimba.
Mantera dibaca, Tanpa berfikir buruk baiknya, Maka meterailah, Perjanjian dengan
penunggu, Agar menjaga dan membantu keturunannya, Iaitu puaka rimba.
Dengan bersyarat menuntut korban tiap-tiap tahun pertama bulan islamnya,
Ikutilah kisahnya, bala dan musibah menimpa penduduk desa, Dengan ilmu hitam Tok Dalik.
Sehinggalah, Seorang alim diutuskan Allah SWT untuk menyelamatkan akidah, Dan
kepercayaan penduduk-penduduknya, Desa yang bernama NIYANG RAPIK.


"Samia, percaya kita, takut kita, hanya pada Allah. Ingat tu. Laisa Kamislihi
Syaian, tidak menyerupai sesuatu pun. Kalau kita minta pertolongan selain dari
Allah, syirik tu."


Minggu lepas, malam Jumaat, tatkala kebosanan menyinggah dalam diri kat rumah,
kaca televisyen depan aku ni dengan tetiba je menayangkan satu cerita yang aku
rasa time tu amatlah MEREPEK tak ingat. Cerita tu berjudul “Puaka Niyang
Rapik”. Dorang pun, macam tau-tau je aku tengah sengsorang kat rumah. Time
ni la pulak nak keluar cerita seram ni. Muahahaha. Layan je lah, lagipun
boring bangat that time. Actually, cerita ini menggantikan slot seram TV3
sebelum ni iaitu “Kekasihku Seru”. Aku pernah tengok cerita tu, tapi tak
layan sangat. Tengok-tengok macam tu je. Muahahahahahah, gelak macho
laksamana sunan menyinggah tatkala leka melayan cerita ni. Seram pun ada
gak. Tapi, aku tengok gitu-gitu je la, tengok macam tak tengok je. Bak kata orang, layan je la, bukan kena bayar pun.

Hari ini, malam Selasa, tatkala kebosanan menyinggah dalam diri kat opis, LCD
monitor depan aku ni dengan tetiba je (ceh, bleh ke TETIBA, padahal aku yang
SESAJA) menayangkan satu cerita yang aku rasa MEREPEK (macam yang aku mention awal-awal tadi tu) pada mulanya, tapi setelah melayan dengan penuh saspens dan ketenangan, wow, amazingly ada cerita ni kat Malaysia. TAK MEREPEK pun. Ingatkan kat Indonesia je boleh layan cerita macam ni. Miahahahahaha. aku pun ulang tengok la TIGA ROUND. Layan je la, bukan kena bayar pun. Kah kah kah gelak jahat MAKMAH. Kat bawah ni aku letak sinopsis sket setakat episod 1 last week. Dapat dari blog http://fiq-life.blogspot.com/

"Slot Seram yang semakin diminati ramai sekali lagi tidak menghampakan penonton setianya dengan mempersembahkan drama bersiri terbarunya berjudul “Puaka Niyang Rapik”. Drama yang berunsur mistik dan percintaan ini dibintangi oleh Ashraff Muslim, Liyana Jasmay, Abu Bakar Juah, Khatijah Tan, Fauzi Nawawi dan Riezman Khuzaimi. Drama sentuhan pengarah hebat, Ahmad Idham ini mengisahkan tentang sebuah perkampungan dinamakan Niyang Rapik di mana penduduknya percaya akan kehadiran kuasa ghaib yang mengerikan setiap kali menjelangnya Tahun Baru. Mereka percaya setiap kali Tahun Baru seorang penduduk akan mati kerana dipercayai dikurung oleh kuasa ghaib Niyang Sakti. Sehinggalah, kehadiran Ustaz Amirul ke kampung itu mengubah pemikiran penduduk kampung dan menimbulkan kemarahan oleh beberapa penduduk setempat yang amat berpegang teguh kepada kepercayaan karut tersebut. Apakah yang terjadi seterusnya?"

Tak sabar-sabar la pulak nak layan sambungannya, episod 2 malam jumaat nak mai
ni. Tak sabar-sabar aku nak tengok dan layan cerita yang MACAM BEST ni. Sambil
mengulang baca TANGISAN BERDARAH buat kali kedua, bleh pengsan nampak gayanya (confirm kak teja ng osh RAMfc bangkang abis-abisan). Harap-harap takde apa-apa luarbiasa jadi la. Ni tengah dok layan untuk yang KETIGA kalinya ni. Melekat la pulak, aku dok layan cerita ni. Dah jadi macam PRASASTI FRODO the ORANGE & PINKY INTERIOR DESIGNER. Kah kah kah, gelak Kak Elle lagi. Lagi skali kita ulang ayat ni tok imam tu sebut kat bini dia, biar melekat sket dalam kepala tu.
"Samia, percaya kita, takut kita, hanya pada Allah. Ingat tu. Laisa Kamislihi
Syaian, tidak menyerupai sesuatu pun. Kalau kita minta pertolongan selain dari
Allah, syirik tu."


Semoga mendapat sesuatu dari cerita ni. Jangan menilai sesuatu dari luaran
sahaja. Jangan menilai cerita dari tajuknya sahaja. Macam cerita ni la, aku
tengok tajuk, dah tau cerita MEREPEK, tapi bila dah layan, sodap macam mengunyah KEREPEK. Muahahahhahahah.. Perempuan yang cantik tu selalunya dah berpunya. Lelaki yang hensem tu selalunya dah berpunya. Abis aku ni kira TAK HENSEM ke? Muahahaha..


p/s: Aku selitkan gak episod 1 part 1 sampai 4 cerita kerepek ni KAT BAWAH NI untuk dilayan selalu. Ngeh ngeh ngeh gelak keji nyi burga. Kak Siti Nurhaliza dan Kak Ella RAMfc dilarang tengok ya. Nanti kalau ada yang pengsan depan PC, den tak tanggung. Tanggung balak lari pusing padang kawad DUA TIGA PAPAN den boleh la. Miahahahahaha. One more thing, cerita ni adalah karya SITI JASMINA IBRAHIM, novelis gak ni yang tulis novel Ombak Sfera Lotus, Trilogi Cinta, 6.20 dan lain-lain lagi. Tapi den baca 6.20 tu, xbest pun. Gak paham.

6 ulasan:

Sabiah berkata...

hehe dgr tajuk tiba2 rasa cam nak mkn kerepek

akimsensei berkata...

haha, kunyah kerepek time boring2 kt ofis. miahahahaha. kan sab?

Frodo Baggins berkata...

paling sentap nyer ayat ... x pasti ... tapi aku tulis gak yerr ...

hubby: ikutlah abang solat kat masjid. semayang sesamerr ..

mini: x per bang ... yayang uzur

hubby: eik, yayang masih dapat uzur kew???

mini: (BLANK & sengih2)


mihiahiahaihaihaiahia...

salam keikhlasan
-OTOMAN 3-

akimsensei berkata...

muahahaha.. ko ni frodot, part2 yg censored tu la ko nk igt bangat. miahahaha.

Frodo Baggins berkata...

"Perempuan yang cantik tu selalunya dah berpunya. Lelaki yang hensem tu selalunya dah berpunya. Abis aku ni kira TAK HENSEM ke? Muahahaha..."


jawapan beta :-

Bukan pasal ensem kew, x ensem kew .. cantix kew .. x cantixx kew ... terpulang gaks dgn usaha org tu ... beta dengar ko tgh ushar sowang "gadis" ... muhehhehehe ... Takkan tgok jew akiimoott oii. Dah lancar strtegi kew x ni???

If strategi x diatur lagiks ... mmmm, mmg xder lerrr jawabnya!!! teruskan usaha anda!!! Beta akan sokonk kau dari jauh!!! Beta akan kibar sepanduk ORNGE sbgai tanda sokongan beta pada kau sadik!!!


muhahahhahahaha .......


Salam Keikhlasan
-Mikhail VS Sunan-

akimsensei berkata...

miahahaha, PRODOT, sepanduk ORANGE xtahan tu. xbleh2, not allowed ORANGE2 n PINK2 ni.. miahahhahaa

Related Posts with Thumbnails