Isnin, Disember 15

OFFER2.. buku singgit DAWAMA dan juga 50% off TRUEWEALTH

TRUEWEALTH adalah syarikat penerbitan milik Azizi Ali yang menjual buku-buku tentang dunia kewangan dan sebagainya. Menariknya tentang tempoh promosi kali ini, ialah terdapatnya diskaun sehingga 50%. Selain itu, pembelian melebihi RM150 membolehkan pembeli mendapat satu buku percuma. Pembelian boleh dilakukan secara online mahupun offline, namun begitu, yang paling menarik, tiada caj penghantaran dikenakan sekiranya buku dipesan secara online. Menurut pengalaman saya membeli secara online sebelum ini, setiap buku yang dipesan dihantar menggunakan pos ekspres. Tempoh promosi begitu singkat, dari 0001H Selasa 16/12/08 sehingga 2359H Khamis 18/12/08. Apa tunggu lagi, dengan tempoh yang singkat dan juga tawaran yang amat menarik, jom layari web TRUEWEALTH. Konklusinya, jom beli sekarang, better beli online, sebab tiada caj penghantaran.

DAWAMA pula adalah sebuah syarikat milik DBP yang menjadi pengedar buku-buku terbitan mereka. Tempoh jualan gudang ini adalah seperti berikut dari 12/12/08 - 11/1/09, 9.30pg sehingga 6.30ptg bertempat di Kompleks DAWAMA, Ampang. Yang menarik tentang promosi DAWAMA ini ialah terdapatnya buku-buku yang dijual hanya RM1. Murah kan? Pembeli juga boleh membeli secara online (klik gambar), dan akan mendapat diskaun sebanyak 20%. Namun begitu, setiap penghantaran dikenakan caj pos. Konklusinya, better pergi directly ke Kompleks DAWAMA, at least dapat beli buku-buku RM1 tu.

p/s: Esok pagi nak terjah DAWAMA, TRUEWEALTH terjah online je lah jap lagi.. ;) Baru lepas khatamkan MANIKAM KALBU by Faisal Tehrani(FT) for the 2nd time, best gilos. Dalam banyak-banyak novel FT, yang ni aku rasa paling best sebab ada watak persis DORAEMON. Miahaha, banyak pantun dan teka-teki plak tu. Seperti biasa, novel FT kali ni juga banyak mengutarakan isu umat semasa. Antara yang best teka teki MAHARAJA CHINA kat bawah ni yang mesti dijawab dengan TENUNAN pada kain dan juga kasut (tema novel ni, pakaian & aurat) oleh Ziryab (watak utama novel ni).

0. Ada seorang tukang bijaksana, membina rumah tanpa batu-batan tembok putih tanpa jendela, apabila dirobohkan jadi pakaian semuanya, kain apa gerangannya?

1. Mengapa air laut masin?

2. Ikan apa yang banyak di lautan?

3. Mengapa ikan makan di dalam air?

4. Mengapa ikan tidak boleh tidur?

5. Mengapa ikan di laut tidak pernah habis?

Nak tau jawapan, kena khatamkan novel ni la. Beli la satu, RM25 sebuah. Beli sekarang, boleh dapat RM20 sebab ada diskaun 20%. Beli, jangan tak beli tau. Jom support industri novel negara.

6 ulasan:

Sabiah berkata...

amboi pomot xhengat...

betul3.manikam kalbu buku FT yg paling best aku rasa...

sue onn berkata...

betul3...yelah budak akim ngan sabiah nielah yg pomot manikam kalbu kat aku..memang best...jwb teka teki nie boleh ke akim?...hehehehe

akimsensei berkata...

kaksueon.. diam2 sudah.. kak illa xbaca lg tu.. miahahaha..

akimsensei berkata...

waa.. last2 tersambar gak buku wang, anda dan islam by ust.zaharuddin dan jugak pesara jutawan by azizi ali.. abis rm60 this month.. haha.. yg dawama tu, xsempat nk gi, asyik hujan jek kl skang ni, kensel plan nk terjah ampang tu.. ;(

GC berkata...

Salam Akim,
apa tajuk buku yg byk teka-teki nieh? buleh dapat kat POP x?

akimsensei berkata...

sori late kak gc.. novel tu tajuknya MANIKAM KALBU by FAISAL TEHRANI.. beli jgn xbeli.. haha..

Related Posts with Thumbnails