Selasa, Januari 27

5 kenduri kahwin dalam sehari.. 25/1.. haiyoh..

24/1 Sabtu, aku, Nazrul dan Idzaney bergerak ke Johor menaiki kereta ayah Nazrul. Bergerak dalam jam 9pagi, sempat juga kami menjamah nasi lemak buat mengalas perut sepanjang perjalanan nanti. Sampai di Batu Pahat, kami singgah mengambil Haszahar di rumahnya di kaki Gunung Soga (tempat pertapaan beliau mungkinnya, haha). Sampai di Pontian Kechil, sekali lagi singgah di rumah bakal bapa mertua Idzaney. Lebih kurang jam 6.30petang, barulah kami sampai di rumah sewa Kerk, tempat kami akan tumpang berteduh dan bermalam sepanjang permukiman di Skudai, Johor ni.

Setelah ketibaan Dayat dan juga Syidot (Jenglot) dari Penang, kami semua (aku, Nazrul, Idzaney, Kerk, Haszahar, Hadi Fikri, Dayat & Syidot) terus bergerak ke Bandar Baru Uda, menghadiri majlis doa selamat dan tahlil buat Amin yang akan akad nikah esok. Habis je majlis, kami terus balik ke Skudai, aku terus terbongkang, yang lain dok lawan game xbox apa ntah.

25/1 Ahad, 7pagi, aku, Nazrul dan Kerk menjengah UTM, dari pondok pak guard, kereta menjalar ke Balai Cerap, FKE, Kompleks Sukan seterusnya berhenti di Kafe Meranti. Setelah menapau breakfast untuk budak-budak lain, kami terus amik breakfast. Aku belasah nasi lemak je. Then, terus balik ke rumah sewa Kerk. Dalam jam 11pagi, kami semua bergerak ke kenduri Hafizuddin & Nina yang bertempat di Rumah Alumni UTM. Hafizuddin coursemate kat UTM dulu, Nina lak, satu scholarship dengan aku iaitu YTM. Budak-budak perempuan just 2orang je, Hija + Fara. Tak sempat jumpa pasangan pengantin pun, just sempat jumpa parent Hafiz je, uncle Shaharom. Jam 12tengahari, kami terus bergerak ke Batu Pahat, untuk menghadiri kenduri Amin & Intan. Both Amin dan Intan coursemate kat UTM dulu. Jauh gak perjalanan, mata serasa bagaikan mau terlelap, tapi terpaksa bertahan.. Haha, mental mesti kuat.

Sampai kat Parit Raja kot, area Batu Pahat dalam jam 1.30petang. Kami makan dulu, then baru gi jumpa Amin yang tengah disiapkan oleh tukang makeup. Putih terserlah jambu muka beliau, haha. Then, berarak dengan Amin and familynya ke rumah perempuan kat depan tu. Yang menariknya, acara ni penuh tradisi, diserikan dengan barongan, kuda kepang dan zapin. Tak lupa, memandangkan ni area Batu Pahat, Si Amin tadi mengalami masalah untuk masuk ke rumah pengantin perempuan, diterjah dengan 2x tol. Hahah, yang memula oleh brother2, then, yang 2nd oleh makcik2. Berpeluh gak la aku tengok Si Amin ni. Apa2 pun, mental mesti kuat. Kan?

Lepas je tol pertama, Amin dilayan dengan persembahan barongan, kuda kepang dan zapin. Tak lupa juga, ada gak tadi kumpulan kompang. Cak pung, cak pung. Lepas persembahan, Amin terus naik ke rumah untuk acara persandingan. Memandangkan atas rumah dipenuhi dengan sanak saudara, kami tak sempat nak menjengok Si Intan kat atas, terus bersalam dengan tuan rumah, mengundur diri. Alhamdulillah, ada berkat lagi tu, best gilos. Singgah solat jamak kat masjid berdekatan, then, kereta terus meluncur membelah lautan kenderaan (xdenya lautan, sungai je kot, kereta xbanyak sebab ikut jalan kampung, haha).

Ingatkan nak balik KL terus, tapi dek termakan hasutan Adib dan Kerk, terpaksa berpatah balik ke Skudai untuk meneruskan tournament game xbox dorang. Sempat gak shopping kat Jusco Taman U, tempat aku kerja part time, dan la jumpa En Bakar, Sainudin, Filza (bukan Fliza si adik Son Goku, okai), dll. Tak jumpa plak ngan Si Fatin, lagipun, saja je lari dari dia, kang nak pau aku suruh belanja dia Secret Recipe lah, Starbucks la (boikot2). Haha, Fatin, mental mesti kuat okai, sorilah, masa amat singkat nak sembang2 ng hang n Nas. Masa amat cemburukan aku, xleh lama2 kat Jusco tu. Balik je, others terus layan xbox. Aku lak, melayan 2 buku Siri Bercakap Dengan Jin Tamar Jalis (bleh donlod kat sini sebahagiannye, KLIK), best gilos, kalau ada jual ni, bleh la aku beli buat koleksi. En Norden Alaf 21, nak mintak tolong, boleh tak if Alaf 21 ambik hak cipta penerbitan dari Variapop untuk republish koleksi2 ni. Mesti laku macam pisang goreng panas punya la.

26/1 Isnin, 8pagi, terus bergerak keluar dari rumah persinggahan (Kerk, Adib and Hadi, trimas kasik kitorang singgah dan buat macam rumah sendiri), dan terus memulakan perjalanan ke KL. Haha, rasa macam tak puas je kat Johor ni, sekejap sangat. Nanti kena datang lagi ni. Layanlah gambar-gambar kat bawah ni, Zass..

Ha, ni la kuda kepang kalau hangpa nak tau. Ada iras2 dalam cerita Pontianak Harum Sundal Malam 2 sket.

Ni lak, Zapin Johor. Cun gilos budak2 ni menari. Aku dulu pernah belajar sket time masuk Palapes, tapi setakat J-Robik je la. Kira okai la tu. Ngeee..

Ha, ni la yang dinamakan Barongan, kalau ikut wikipedia, gabungan burung Merak dan Singa (ada kait mengait dengan cerita binatang zaman Nabi Nuh, entah la). Yang laki bertopeng kat depan tu, dipanggil Pamung kot, if xsalah aku lah..

Ha, inilah pengantin lelakinya. Amin Khalid b Supian. Amboi, yang baju hitam belah kanan tu awatnya merenyih sakan sangat nih. Haha.. Intan, kitorang tak sempat nak jumpa.

Ni pulak, time kat Rumah Alumni UTM, majlis kahwin Hafiz-Nina. Konsep sangkar burung siap diserikan dengan celoteh DJ Johorfm lagi tu.. Hoiya..

Ni lak kenduri Cikmam & pasangan, xingat nama la. Aku tak sempat nak gi jugak. Cikmam ni skot satu Palapes dulu, sekarang ni dia join AirForce, dah bergelar Kapten Faizul la.. Tabik hormat skot.. Kredit buat Shah Sengal atas gambar ni.

Ni lak gambar kenduri kahwin skot Palapes gak, ala-ala Jawa, Kak Ayu & pasangan kat Port Dickson, tak sempat den nak menjengahnya. Kredit to Tamrin sebab bagi permission untuk den pau gambar ni.

Ada seorang lagi member yang kitorang tak sempat nak gi majlis kahwin nye iaitu Nik SEM. Btw, to semua member2 yang kahwin, semoga bahagia dan kekal bahagia sehingga ke anak cucu, dunia dan akhirat.

p/s: roger2, panjang gak aku mengarang ni ek.. ngee..

3 ulasan:

GC berkata...

Meriah giler majlis kawin kengkawan kamu....

ehemm, 'tuan rumah' biler lagik...??? ;P

Kamu nak grand yg mcm maner Akim??
He3x

Salam -GC-

SajanHasan berkata...

Macam karangan SPM la akim...

Gamba 4th tu, idzaney kantoi la perut dia, xboy langsung hehe, SUO aku tu beb, kem salam sama dia ok(idzaney ada blog?)

Gamba last- Kak Ayu tu skuad014 jugak ke? Waa xigt la yg mana satu, xclear sangat rupa dia

*Baru tau Cikmam joint A/Force. Semoga lepas ni kau pulak, Roger!

akimsensei berkata...

kak gc..
ontah la, xterfikir lg smpi situ.. if den, kecik2 je lah.. den bkn org kaya..

sajan hasan..
oit, haha.. biasalah, karangan SPM smpi skang xberubah2.. kat u mana ada ngajo BM kan. terperasan gak ye ko ng perut xSUO ko tuh, kene tya tuan pya diri la, hati semakin senang skang ni mamat tu.. dia xde blog da.. kak ayu? oit, dia dulu xcun, tp skang dh berubah abis.. 360 degree changes.. thats why hg xperasan kot.. ngeee.. airforce? entahla, tangan n kaki aku terantai lg ng telekom ni (belen 7years lg). mintak2 la xde aral yg melintang, kalau aku, terpaksa gak aku terjah PTD mintak masuk army.. lari2, kita lari.. haha.. ;)

Related Posts with Thumbnails