Isnin, Februari 2

LUVE by Pingu Toha - 5 stars lah..


Haha.. LUVE by Pingu Toha.. Macam pelik kan nama penulisnya. Dan of course, ceritanya pun ada sedikit pelik. Love from a guy's point of view. Sigh at the first sight or lough at the first love, or lust. Entahlah. By the way, bagi aku, novel ni memang best lah. Simple gila storynya tapi penuh dengan kejujuran, keikhlasan Si Pingu Toha ni bercerita.

LUVE stands for Lana, Uth, Vee & Elina. Cerita tentang Uth, sorang kaki buku jugak, kerja at a bookstore called BUKS, 23tahun, single mingle and hopeless. Ye ke? Kengkadang terasa aku ni macam si Uth ni plak, pemalu n so on. Haha.. Si Uth ni cinta Lana, the girl with payung pink, haha, tapi at the same time, his really best friend, Keri pun jatuh cinta kat Si Lana ni. Si Uth ni macam aku gak, lebih mengutamakan orang lain dari diri sendiri, tapi sampai bila kan? So, dia mcm rasa rendah diri sket ng Si Keri ni walaupun best fren dia seniri. Si Vee pulak ialah sepupu kepada Si Lana ni, tapi dia macam tomboy sket. Dia ni plak terjatuh cintan sama Uth.. Sebab ada kisah silam antara dia dengan sorang mamat yang lebih kurang tambah tolak macam Si Uth ni. Citer ni terus berlingkar, berbelit sampai la the curse is broken, tapi berbelit pun memang santai abis lah.. Pape je lah, yang penting cerita ni best for me.. Haha, jiwang karat melingkar dan merundung diriku buat seketika.. Ngeee.. Ni sinopsis kat belakang kulit novel..
Siapa yang harus dipilih?Untuk sekian waktu, Uthman Huzir, si pekerja di
kedai buku sukar menentukan pilihannya! Sama ada untuk memilih The Love atau The
Other Girl ataupun The Old Flame. Semuanya membelit Uthman Huzir, dan memutarkan
hidupnya 360° secara total. Apa yang berlaku, bukan pintanya!
Dia hanya mendambakan The Love, sepenuh cinta.
Namun keadaan semakin sulit, masih ada The Other Girl
dan The Old Flame... dan dirinya sendiri. Dilemanya berterusan, The Other Girl
mengejar dia; The Old Flame inginkan dia kembali; The Other Guy mahukan The
Love. Lalu bagaimana?
Namun untuk ‘I love you’? Jawapan yang pasti
untuk The Love. Tapi....
p/s: dah malas nak ulas panjang-panjang.. hidup ni macam-macam boleh jadi.. yang penting, mental mesti kuat.. kan? if nak try baca LUVE, tebalnya just 325page jek. harga rm16.50 tapi if beli online kat web jemariseni, just rm15 jek. yang paling menarik, kos penghantaran percuma tu. best gilos.

2 ulasan:

Pingu Toha berkata...

thanks for the review abg askar! :)

akimsensei berkata...

haha, hi pingu.. btw, memg best la citer LUVE. hope bleh convert ke musical teater ke, film ke. n of course, jgn takut2 nk smbungan okai.. ngeee..

p/s: den askar pencen aje.. kui..

Related Posts with Thumbnails