Khamis, Februari 5

Mantera Hitam by Serunai Faqir - 5bintang jugak


Dah dua hari aku habis mengkhatamkan Mantera Hitam, fuh, best dan full dengan aksi. Serasa macam aku pulak yang masuk dalam cerita tu. Haha, berkhayal tak sudah-sudah. Yang peliknya, aku rasa macam takde watak yang dominan dalam novel ni, melainkan seekor jin iaitu Marcus. Pergh, siap ada kait-mengait dengan jin lagi tu, tak tahan..

Dan dalam tak tersangka, permainan Spirit of the coins yang mula-mulanya sekadar suka-suka, mampu membebaskan seekor jin yang telah terpenjara berkurun-kurun lamanya. Hepi la jin tu dah bebas and of course budak-budak yang main permainan ni still tak sedar dorang dah membuka jalan jin tu untuk bermaharajalela.

I give 5stars for this novel walaupun ceritanya tersangkut kat ranting pokok, harap-harap ada la sambungannya. Pendekar 7budak tak menjelma lagi tuh, 5budak terpenjara di alam beku and the rest 2budak (yang koma tu), still aku tak dapat agak kat mana mereka terdampar dan terhampar.

Novel ni berkisar tentang zaman tatkala Melaka dijajah oleh Portugis, menyusur sejarah tatkala orang-orang Portugis (termasuk dengan baladewa jin diorang) mula berlayar ke timur demi menegakkan matlamat Veni, Vedi, Vinci (macam yang Keri slalu sebut dalam LUVE Pingu Toha la pulak).

Yang paling menarik, novel ni mengangkat remaja sebagai adiwira, dan fantasi alam jin yang hanya sesetengah manusia saja bisa melihatnya. Seni Silat Melayu dan juga Wayang Kulit turut diangkat penulis, menjadikan novel ini bergerak dengan penuh aksi. Dah-dah, maleh den nak ulas, yang penting, kepada brother Serunai Faqir, andai saudara terjengah blog gua yang tidak seberapa ini, harap ada sambungannya Mantera Hitam 2 (Make sure tajuk tak ditukar ke Mantera Oren, no oren2 okey, jgn marah weh Frodot RAMfc. Mantera Pink pun xleh gak, den boikot feveret color si Kain Pelekat RAMfc nih. Oh, payung pink, teringat kat Lana LUVE, ngeee).

Kat bawah ni disertakan blurb di belakang kulit novel:

SPIRIT OF THE COIN... sebuah permainan mistik yang menggunakan duit syiling untuk menyeru roh orang yang sudah mati. Kehadiran roh akan diketahui apabila duit syiling yang digunakan bergerak sendiri.

Pada suatu malam dalam perkhemahan di tepi sungai, Nik mengajak Hizal dan Tunku bermain spirit of the coin. Perasaan takut dan teruja saling berbaur. Walaupun Hizal dan Tunku memperlekehkannya, namun naluri ingin tahu lebih menguasai.

Namun apabila bulu tengkuk meremang, mereka saling berpandangan. Serentak dengan itu, guruh berdentum di langit. Bau kemenyan menyantak ke hidung. Gerimis mula menerjah. Akibatnya, mereka direnggut ke alam yang tidak pernah dialami selama ini. Perbuatan mereka itu mengundang kecelakaan, menjemput malapetaka yang tiada berkesudahan.

MANTERA HITAM... sebuah novel fiksyen fantasi yang akan membawa anda merentasi alam ghaib, sehingga berasa tidak lagi berada di alam realiti!?

p/s: to Serunai Faqir, make sure ada sambungan okai.. konklusinya, dalam setiap kerja, walaupun sering melakukan kesalahan, jangan terus takut untuk mencuba. alah bisa tegal biasa. mental mesti kuat.. ngeee.. tak dak kaitan langsung.. sesiapa nak beli novel ni, harga RM16 aja, penerbit Alaf21.. roger

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam,

Terima kasih atas ulasan cik sensei akim, insyallah ada sambungannya, tgh diusahakan. Terima kasih juga le kerana membeli mantera hitam.

Btw - nak jemput akim join geng http://fantasiarjuna.blogspot.com/

blog utk kumpul ceta fantasi, seram, misteri, gotik dll yang sedaerah dgnnya ... nanti kirimkan akim kat fantasiarjuna@gmail.com utk saya jemput sdr ya ... tq sekali lagi.

Tanpa Nama berkata...

kirim emel ... lupe lak ayat tuhh ... hehe

Related Posts with Thumbnails