Isnin, Mac 9

Aku Di Hatimu by HM Tuah - 4 Bintang

Tamat sudah bah.. Berjaya gak aku khatamkan novel ni, makan seminggu jugak la nak habiskan. Kesimpulan dari aku, pendekatan yang dibawa oleh penulis dalam novel ni agak baru, bercerita sambil berceramah. Memandangkan Dr Tuah sendiri sebagai seorang motivator, elemen motivasi tu disuntik dengan banyaknya dalam novel ni. Baca sikit, then terdengar ceramah motivasi kat radio kereta. Tak berapa helai lagi baca, sang watak pulak tengah dok baca segmen motivasi kat majalah. Kemudian, alih-alih dok menunggu kawan kat ofis, terdengar lagi ceramah motivasi kat kaca televisyen. Haha, aku cadangkan novel ni buat semua yang memerlukan motivasi terutama yang berkaitan dengan cinta kedua. Ehem-ehem.

Secara sinopsisnya, novel ni menceritakan tentang 2 watak utama iaitu Izam (Roylizam) dan juga Izam (Inspiron) yang secara dejavunya, terbayang seorang wanita yang sama iaitu Sally (Lia). Pening jugak la aku nak membezakan time bila Roylizam tu yang take action, time bila pula si Inspiron tu yang take action. Nampak gak macam ada salah, tapi aku buat dek je sebab nak habiskan novel ni cepat. Aku Terima Nikahnya by Ust Hasrizal melambai-lambai untuk dibaca selepas ni (Haiya, banyak lagi novel yang tak dibaca beratur-ratur kat rak novel aku -> Chef, Lili Buat Najah, RADHA, 2 buku cerita pak haji..)Haha.

Sambung balik cerita sinopsis tadi. Lia ni dah ada boyfriend iaitu Roy (Roy lagi, tapi nama sebenar dia Oberoi, Oh boroi, Haha..) tapi si Roy ni jenis yang susah melekat dengan kerja. So, segalanya pasal 'makan tanggung, berak cangkung' disediakan oleh Lia yang juga seorang akauntan. Kemudian, ada gak watak Eleya. Eleya ni anak peleseran yang terbuang dari kecil, hidup dengan seorang anak India bernama Kumar, memang jauh la dari pegangan agama. Eleya dengan Kumar ni, cari makan dengan mempergunakan orang kaya-kaya (paham-paham la camne dorang buat nak perdaya orang kaya tu, dalam kes ni, Si Izam tu lah).

Izam sebenarnya anak orang kaya dan still ada emak lagi iaitu Toh Puan Jelita. Ayahnya bergelar Tuan Muda sudahpun meninggal dunia. Izam ni, memang seorang anak yang patuh dengan ibunya, dan sebab ni jugak la yang menjadi punca penceraian dia dengan bekas isterinya iaitu Hazlin walaupun dah ada 2 orang anak. Semuanya berpunca dari sikap Hazlin yang takde tolak ansur, menolak untuk tinggal dengan orang tua dan mencadangkan dengan lancangnya agar Izam meninggalkan Toh Puan Jelita di rumah orang tua. Maka, runtuhlah sebuah perkahwinan yang tidak dapat diselamatkan lagi, dek kerana Si Hazlin yang bermain kayu tiga dengan Melan yang merupakan suami kepada Rahima. Melan, Rahima dan Izam ni asalnya kawan baik, tapi sebab konflik rumah tangga Melan dengan Rahima membuatkan mereka renggang. Izam pula dituduh cuba mendekati Rahima padahal Rahima yang datang kepadanya untuk meminjam duit. Ditakdirkan pulak pasangan Melan dengan Rahima ni berjiran dengan Si Lia tadi dan juga housematenya Misnah. Misnah ni pulak, seorang yang anti couple (memang xboleh pun kan), tambah-tambah bila si pompuan (Lia) pulak yang kena tanggung biawak hidup (Roy). So, selalu gak la minah ni bertekak dengan Lia pasal mende alah ni.

Inspiron pulak, yang sama instinct dengan Izam, muncul secara tiba-tiba tapi yang menariknya, dari mula sampai la nak dekat habis cerita, Si Izam ni tak pernah nak bertembung dengan Si Inspiron ni (nama pun dah macam orang planet Pluto, haha). Dek sebab muka, personaliti, minat dan semua la sama antara diorang berdua ni, so, time diorang bertembung masa nak habis cerita ni, diorang pi la buat ujian DNA nak tengok diorang ni ada kaitan keturunan ke tak. Time ni jugak la cerita-cerita lama pasal Toh Puan Jelita terbongkar, dia sebenarnya ada seorang lagi anak dengan lelaki lain iaitu jeng jeng jeng (tak mau ceritalah, kena baca sendiri, haha). Ops, lupa nak cerita, Si Inspiron ni pun anak terbuang gak, tapi berjaya merobah wacana hidupnya, akhirnya menjadi seorang millionaire (naik kereta ferrari tuh).

Konflik cerita berlaku time kat penghujung gak bila Si Boroi ops Oberoi ni tiba-tiba masuk televisyen sebab ditemui mati terbunuh. Time polis dok siasat ni la, aku terkonpius tak dapat nak beza yang mana satu Izam dan yang mana satu si makhluk planet nameck tu (Inspiron). Dan penceramah yang aku mention asyik dok berceramah dari awal sampai la habis cerita tadi tak lain dan tak bukan ialah Dr Tuah sendiri (ye lah, dia yang tulis novel) tapi bersembunyi di sebalik nama Dr Muhammad Syahmi.

Dah panjang melebar aku mengarang ni, mata diulit mengantuk yang amat sangat, esok pagi kerja lah. Den melabuhkan tinta di sini saja, ops, seperti yang dimention kat atas tadi, 4 Bintang dari den untuk novel ni.. roger..

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails