Sabtu, Mac 7

Ghaibmu.. by Imran Ajmain

Tengah melayan slot Cerekarama kat TV3 tadi, tiba-tiba terdengar lagu ni. Jiwang + mendayu-dayu, haha, sesekali layan feeling. Sesuai la lagu ni dengan tajuk dan jalan cerita slot Cerekarama tu - Rindu Bertasbih. Komen aku? Cerita ni best dan of course lah menyayat hati. Kalau la aku jadi Si Zali (Zamarul Hisham) tu, takde lah aku nak kawin dengan Si Myra (Umie Aida) tu (lemahnya iman aku..). Sepatutnya Si Zali ni kawin dengan Si Maria (Norkhiriah) tu.

Ceritanya lebih kurang macam ni.. Zali ni seorang pengusaha ladang kambing kat kampung. Dia ni rapat dengan Si Maria. Tiba-tiba ayah Si Zali ni nak kawinkan dia dengan Myra sebab ayah Zali dengan ayah Myra ni, dulu dah berpakat nak berbesan walau apa jadi pun. Yang Si Myra ni pulak, biasalah, budak bandar, sosial tak ingat. Sebelum nak kawin tu, Si Maria ni dah bagi hint tapi Si Zali ni tetap dengan keputusan dia nak tunaikan hajat orang tua.

One more thing, sebelum kawin tu gak, Si Myra ni dah inform siap-siap kat Zali, kata dia ni dah termengandung. Tapi Zali tetap make decision teruskan dengan rancangan orang tua diorang. Maka berkahwinlah diorang ni. Saat perkahwinan, Myra ni buat dek je kat Si Zali ni, dan apa yang Zali nasihat, semua dia tak nak dengar. Yang Zali ni ikut aje lah rentak Si Myra tu. One night, Myra ni buat perangai keluar malam pi disko. Masa dia balik tu, Si Zali ni nasihat la dia (time tu kat atas tangga), Myra ni dalam dok lalok tertepis tangan Si Zali ni dan dia pun terjatuh la tangga tu sampai keguguran.

After keguguran, Myra ni buat ek dengan Si Zali ni (dalam fikiran Si Myra ni, seronok la sebab dalam fikiran dia, perkahwinan dorang just nak cover pregnancy dia tu aje) tapi respek dengan Zali ni sebab katanya perkahwinan tu satu tanggungjawab. Terngiang-ngiang time pak mentua dia tanya, amacam Zali? (lebih kurang la). Zali ni jawab, "tanggungjawab makin besar, ayah". Selepas baik dari keguguran tu, Myra ni buat perangai lagi, keluar malam. Yang Si Zali ni tak sedap hati, pergi la mencari Si Myra ni tapi tak jumpa, siap sampai nak accident lagi. Ditakdirkan, kereta yang accident dengan Si Zali tadi, dalam dok elak, terlanggar la Si Mira ni yang time tu tengah dok bergaduh dengan teman lelaki dia. So, masuk la hospital Si Myra ni. Teruk gak la cederanya, sampai siap patah leher kot (xsure patah ke apa, sebab dia pakat yang kapas keliling leher tu).

Kat hospital ni lah segalanya berubah, dia ni start insaf. Dia inform kat mak ayah dia n sedia nak balik jengah kampung Si Zali tadi. Time kat sana, ternampak pulak Zali ni dok sembang dengan Si Maria. Suspicious la Si Myra ni, lalu tuduh Si Zali ni balik kampung just nak tengok Si Maria, bukannya nak tengok kambing-kambingnya. Zali ni pun terangkan la yang dalam hatinya hanya Si Myra, "Maria kan kawan lama kita." (Time kecik-kecik, diorang bertiga memang slalu main-main skali). Cerita berakhir bila time diorang semua berjemaah, time tu Si Zali ni jadi imam, dia tiba-tiba keras dan tak bergerak time dok pegang tasbih. Ending yang mengharukan.

Komen? Cerita ni best la, didokong oleh watak2 hebat macam Umie Aida, Zamarul Hisham, Norkhiriah, Shukeri Hashim, Dian P.Ramlee dan lain-lain, memang maksud tu sampai la. Hope ramai yang sedar, semua yang berlaku tu ada sebab dan akibat. Anak yang tak dididik dengan baik sekarang, outputnya hanya akan kita nampak pada masa depan. If elok didikannya, baiklah outputnya. If asyik tak kisah je, outputnya pun tak kisah jugak lah.

Ok lah, layan la lagu Ghaib kat bawah ni.. Best.. Esok kerja, mau merehatkan diri diulit gelap malam.. Cau..

Biar ghaibmu suatu misteri
tiada ku mencari sebarang pembayang lagi
biar ia bertanya-tanya saja
hatiku dah lama ber titik noktah.

biar
biarlah berlalu
biar
biarlah begitu

biar waktu mengubat rindu
tiada ku mencari sebarang penawar pilu
biarlah mereka tertanya-tanya
hatiku dah lama berganti arah

biar
biarlah berlalu
biar
biarlah begitu

mana pergi janji
setia di sisi
hanya aku yang tertunggu-tunggu
waktu pun berjalan
tak berkesempatan
kau hilang tanpa pesanan

biar
biarlah berlalu
biar
biarlah begitu

biar ghaibmu suatu misteri
tiada ku mencari
sebarang pembayang lagi

p/s: Kredit to Gua.com.my untuk lirik kat atas ni. Roger.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sha setuju dgn awk... di samping jalan cerita yang menarik...lagu yg mengiringi citer ni pun best...so touching.

part last selepas selesai solat, zali menghembuskan nafas terakhir..sayu sangat..bila myra nak salam..sedihnya...dorang baru je nak baik...

akimsensei berkata...

hi sha.. betul tu, gak sabar nk tgu next cerekarama.. feveret slot ni, asal xkeje je, surely dpn tv.. haha..

Related Posts with Thumbnails