Sabtu, Mac 14

cerita pasal ip

Yang paling basic dalam networking, mestilah ip. ip or internet protocol bak kata orang putihnya. ip ni, kalau nak dikategorikan ikut skema buku, dibahagikan kepada 5kelas, dari A sampai E. Kita sekarang ni dok guna teknologi ipv4, next generation (tahun depan2) akan menjelmalah ipv6 untuk digunakan sebab ipv4 ni dah semakin tepu. ipv4, apa tu? Alah, kan kalau kita check kat internet, kalau kita pakai streamyx, kita akan diassign ip secara pool. So, nak tau apa jenis ip yang kita dapat tu, bleh check kat SINI. Bila dah klik, tengok kat atas tu, terpampanglah ip yang kita pakai tuh.

Macam yang aku mention tadi, secara basicnya, ip ni ada 5 kelas berdasarkan oktet yang paling depan. ipv4 ada 4oktet iaitu _._._._ contohnya macam ip yang aku dapat sekarang ni, 115.133.215.34. Oktet yang pertama tu, ialah no 115, iaitu satu daripada ip kelas B. Secara summarynya kelas-kelas ip ni, layan la note kat bawah ni.

Kelas A - 1st oktet - 1 sampai 126, 127 disimpan sbg loopback dan diagnostic function
Kelas B - 1st oktet - 128 sampai 191
Kelas C - 1st oktet - 192 sampai 223
Kelas D - 1st oktet - 224 sampai 239, semua ip ni reserved untuk multicast (conference n so on)
Kelas E - 1st oktet - 240 sampai 254, semua ip ni pun reserved gak utk research

So, secara shortcut, ip yang diassign kat kita selalunya either kelas A, B atau C je lah. Macam ip yang aku dapat tadi tu, 115.133.215.34 tergolong dalam kelas B. ip-ip ni, functionnya digunakan dalam dua benda penting, iaitu untuk private network (kat dalam opis kita misalnya, senang kata, misalnya LAN lah) dan jugak public network (untuk access ke internet ni, kalau nak rujuk ip yang kita dapat tu sapa yang maintain, boleh rujuk dekat SINI). Nanti akan keluar ip ni diadminkan oleh APNIC, kira admin untuk region blah sini. so, kita klik plak website APNIC ni, KLIK. Then, terkeluarlah ISP yang maintain/punya ip tu, iaitu Telekom Malaysia, digunakan untuk ADSL Streamyx.

Sekian.

p/s: tiba-tiba terasa macam nak share something, walaupun surely korang lebih advance dan lebih tahu tentang mende alah nih.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails