Rabu, Mac 18

main kahwin-kahwin.. kelakar pun ada..



"Awak dah bersedia hendak kahwin?" tanya Zul kepada Zaini.

"Sudah, Tok Kadi," jawab Zaini sambil tersenyum lebar menampakkan gigi susunya yang tidak cukup dua batang. Ini semua gara-gara terjatuh dari pokok rambutan.

"Siapa pengantin perempuan?"

"Tu!" Zaini memuncungkan bibirnya ke arah Rosnah yang selalu berseluar panjang dan berambut paras bahu, yang sejak tadi asyik bermain-main dengan rambut Sanisah yang panjangnya hingga ke paras pinggang.

"Saya tidak mahu. Saya tidak mahu kahwin dengan dia, Tok Kadi. Sekiranya dengan Khairul, saya nak." Rosnah menuding jari sambil menjeling kepada Khairul dan segera merapati Khairul dengan harapan Khairul juga bersetuju 'berkahwin' dengannya.

"Saya tidak mahu dengan dia, saya mahu dengan Sarina." Khairul mencebik sambil memusingkan kepalanya mencari Sarina yang sedang berpaut pada bahu Sanisah.

"Sekiranya awak mahukan saya, awak perlu belikan saya kereta, saya hendak rumah, saya hendak duit yang banyak." Sarina memberi syarat kepada Khairul kerana Sarina pernah mendengar ibu-ibu di kampung mereka bersembang.

"Baiklah, nanti saya ambil duit ayah saya dan belikan awak rumah, kereta dan apa sahaja yang awak mahukan, janji saya dapat awak," ujar Khariul memintas percakapan Sarina dan meninggikan kolar bajunya.

"Kami hendak kereta yang besar dan cantik," kata Sarina lagi.

"Ayah saya banyak duit!" Khairul meninggi diri, kebetulan pula dia pernah melihat ayahnya sedang mengira-ngira hasil jualan pisang yang tidak seberapa. Namun, pada tanggapan Khairul, beberapa keping duit kertas berwarna merah yang dikira ayahnya amat banyak.

"Sudah, sudah. Jangan hendak mengada-ngada!" bentak Zul lalu mengerutkan dahi sambil tangannya mencampakkan batu kelikir kecil yang digenggam tadi.

"Habis, siapa hendak kahwin dengan siapa ni?" tanya Zul memecah kesunyian sambil menolak Khairul menjauhi Sarina. Lantas Zul berdiri di antara Sarina dan Khairul.

"Dengar sini semua," kata Zul bagi meraih perhatian dari atas busut.

"Kamu Sanisah, akan jadi pengantin perempuan," umum Zul dan menuding ke arah Sanisah. Semua para 'hadirin' bersorak meraikan pengantin perempuan. Kedengaran juga lagu bunga rampai dilaungkan.

"Mengikut adat kampung ini, saya yang akan menetapkan siapa kahwin dengan siapa faham," umum Zul yang berlagak seperti Tok Ketua.

"Pada hari ini Zaini akan berkahwin dengan Sanisah," arah Zul.

"Mana ibu bapa pengantin perempuan?" tanya Zul tercari-cari siapa yang layak memegang peranan ibu bapa pengantin perempuan.

"Pengantin perempuan anak yatim piatu," celah Hamidon, sekaligus mereka semua ketawa terbahak-bahak.

"Tidak mahu mainlah sekiranya macam ni. Ibu saya ada di rumah tahu, ayah saya pula ada di kebun." Sanisah merajuk memuncungkan mulutnya.

"Macam mulut itik," bisik hati Zul.

"Entah, kami pun tak mahu main sekiranya begini," sampuk Sarina menyebelahi Sanisah walaupun tadi Sarina pun ketawa menyeringai.

"Kamu ni baru melawak sedikit, sudah hendak merajuk macam budak perempuan," celah Khairul kepada Sanisah. Mereka ketawa lagi.

"Engkau pun satu. Sanisah itu memang budak perempuan," kata Zul seolah-olah menyebelahi Sanisah pula. Kini giliran Khairul pula ditertawakan.

"Sudah, sudah. Mari kita mulakan acara kahwin-kahwin," kata Zul, cuba mengawal keadaan.

"Mana wali pengantin lelaki?" tanya Zul kepada pengantin lelaki.

"Saya jadi ayahnya," kata Hamidon memberi persetujuan.

"Mana wali pengantin perempuan?" tanya Zul lagi.

"Saya," kata Azam, mengangkat tangan.

"Siapa jadi saksi?"

"Saya dan Rahim," ujar Suhaili sambil menepuk-nepuk bahu Rahim.

"Pengantin lelaki duduk di hadapan saya," arah Zul kepada Zaini.

"Baik, Tok Kadi." Zaini menurut, menundukkan badannya ke tempat duduk khas di hadapan Zul.

"Minta kad pengenalan," lagak Zul seperti kadi yang pernah menikahkan anak jirannya. Zul tidak tahu apa pula gunanya kad pengenalan itu. Hendak kata sebagai hantaran, tidak pula kerana Zul lihat pengantin lelaki menyimpan semula kad pengenalannya.

"Kad pengenalan tak ada," jawab Zaini jujur.

"Kamu hendak kahwin bagaimana? Kad pengenalan pun tidak ada."

Zaini sudah mula panik dan keadaan mula menjadi hingar-bingar. Zul geli hati melihat Zaini.

"Tapi, disebabkan awak orang kampung kita, saya akan kahwinkan awak juga," kata Zul, cuba mententeramkan keadaan. Zaini kembali tenang.

"Cuba mengucap." Inilah soalan yang pernah ditanya oleh Kadi semasa Zul mengikut ayahnya ke majlis pernikahan orang kampung mereka beberapa minggu yang lepas.

"Aastapillah al azim," jawab Zaini. Serentak mereka ketawa, namun sebenarnya mereka pun kurang pasti bagaimana hendak mengucap.

"Baca alham," suruh Zul lagi.

"Alif ba ta," ucap Zaini. Mereka ketawa lagi. Zaini hanya mampu tersengih.

"Saya angkat nikah awak dengan Anak Abidin dengan mas kahwin 20 sen tunai." Baru sahaja Zul hendak menghenjut tangan Zaini, tiba-tiba semua ketawa. Zul terpinga-pinga.

"Saya kahwinkan awak dengan Sanisah dengan mas kahwin 20 sen tunai." Khairul memperbetulkan Zul.

"Saya nikahkan awak, Zaini binti Masdar dengan Sanisah binti Abidin dengan mas kahwin 20 sen hutang," kata Zul, yakin tidak tersilap lagi.

"Saya nikahkah saya dengan Sanisah binti Abidin dengan mas kahwin 20 sen tunai...." Zaini mengulangi ayat Zul tadi tetapi agak berlainan. Mereka ketawa lagi.

"Sah?" tanya Zul kepada kedua-dua saksi.

"Sah!" Kedua-dua saksi menganggukkan kepala tanda setuju. Kedua-dua mempelai diarak bagi disandingkan di atas pelamin. Berseri-seri Zaini di atas pelamin sambil dikipas oleh Hamidon dengan pelepah kelapa. Manakala Sanisah tersenyum-senyum menunduk malu dan diapit oleh Sarina. Di kiri dan kanan pelamin kelihatan Khairul dan Suhaili sibuk mengetuk tin menggantikan kompang sambil mendendangkan lagu untuk pengantin.

Sedang mereka asyik menepung tawar pengantin, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Mereka bertempiaran lari menuju ke rumah masing-masing. Habis musnah pelamin mereka ditimpa hujan. Bunga-bunga raya di hadapan pelamin dihanyutkan air, manakala pelepah kelapa yang digunakan bagi dijadikan kipas, rosak. Terpaksalah mereka membina semula pelamin yang baru.

p/s: haha, lawak la plak budak-budak ni.. dipetik dari novel Chef, nukilan Zul Desa, terbitan PTS, credit to them.. tengah melayan novel ni, baru setengah.. gak sabar menunggu Mikhail by RAM keluar 20 Mac ini.. buat kawan2 yang baru kawin, Yah(skot palapes)&Azril, Zila(skot palapes)&Zam, Aripsiap(skot palapes)&pasangan, Saba(opismate)&Iwan dan juga skot2 dan kawan2 yang dh kawin tapi lama sket, layan2 la lagu2 kahwin yg aku letak ni. Semoga aman sejahtera rumah tangga hingga ke akhir hayat, dunia&akhirat.

6 ulasan:

ct zuraimi berkata...

akim..kau ni mmg la. well, rugi tak berkenalan lebih awal hahaha. boleh blaja buat karangan. takdelah SPM aku hari tu dapat B. haha.. kau dah baca rooftop rant?

akimsensei berkata...

haha, ni bukan aku yg tulis la zuraimi. ni kutip dari novel chef by zul desa. kan aku dh p/s kt bawah tu. rooftop rant baru baca setengah kt blog hlovate. igt nk gi beli kt minerva ahad nak mai ni.

BuRuuj berkata...

teringat zaman kecik2 dulu. main kawen2 gak;P heheh...

ct zuraimi berkata...

haha..aku tau kau dah p/s tu.. tapi aku ade bc post2 lain.. hehe.. best kan RR tu.. dasat betul kakak hlovate ni... kau pinang la dia akim.. hehe..

akimsensei berkata...

eh, dgr khabarnya nti pesta buku dia ada tau.. jom terjahh..

ct zuraimi berkata...

ek? dia dah habis blaja ke? akim, kalo ko g, tlg minta autograf dia yek? pastu pos kat aku. aku dah baca RR. sweet.. entah cmana Trisy kawen ngn Jade hhahha.. "abang jade"..hehe

Related Posts with Thumbnails