Isnin, April 20

terjah pesta buku ahad 19/4/09

akhirnya, berjaya gak aku terjah pesta buku KL kali ni. yang tak bestnya, start betul-betul time aku mula kerja, so, xleh la nak gi pusing-pusing tahap gaban sepanjang hari. ni den letak gambar dulu, nanti bila2 free baru den ulas okeh.. roger.

just rm20 untuk 6 novel gedabak ni, kalau nak, gi terjah gerai fajar pakeer kt aras 2nd bawah cepat2, kang abis melepas lak..

promosi oleh alaf21, 3 novel abg ram, rm45.. berbaloi la, kalau nak lagi murah, kene tunggu pesta buku alaf21 la.. xtau la bila pulak.. jugak novel meniti maut yg telah disign oleh encik norden dan jugak novel terjemahan bedar sukma bisu by faisal tehrani..

2 buah buku nukilan ustaz hasrizal, wah banyaknya beli sampai 6. esok kot den poskan..

ni la orang kuar RAMFC - ibu pengasas, miahahaha.. time ni kak elle tengah gabra cari abg ram, sebab ramai dah serbu nak amik tandatangan.. cpt mesej, akak tu dah hangin dah tu.. hihi.. susah gak ek nak lekatkan sticker tu kt novel2.. haiyoh..

kat bawah ni, adalah gambar2 peminat novel ram yang sempat disnap..

ni luqmanul hakim - orang kampung abg ram. borong semua novel abg ram untuk dibawa balik ke sabah bah.. area ranau kot if xsilap..

ni, xingat nama.. tapi if xsalah aku, dia memang tabik spring kt trilogi bagaikan puteri, siap tanya ada sambungan ke x.. jawapan abg ram? jeng3.. surely ada, 2010 insyaAllah..

ni seorang lagi peminat novel abg ram, aku xigt nama gak.. xpuas hati pasal ADAM kot if xsalah pasal sedikit fakta dlm novel tu, aku pun dah ingat2 lupa. btw, dia kata, overall ADAM memang best sangat lah..

ni makhluk berjersi merah tengah dok merenung langit.. "nampak macam nak hujan nih, nak rempit balik ke tak nak ni.. nanti kuyup kang, abis novel yg aku rembat tadi tuh" mata plak dah lalok, last2 decide merempit balik rumah on the spot gak walaupun kepala dah blur pasal xcukup tidur.. melelong gak motor tu time nak sampai kat rumah, nasib baik la xde pape jadik.. hujan pun tak.. malam ni keje la pulak..

p/s: xsmpt nk ulas panjang, nti den edit balik ejaan + huruf kecik huruf besar. mata ni mcm nak terpejam meminta rehat. baru balik keje daa.. tido2 akim tido...

9 ulasan:

BuRuuj berkata...

akim, thank you very much! . i appreciate your effort;) by the way, don't forget sms me your account#.

Linda Amri berkata...

salam akimot. korang nih mmg suka buat aku jeles lah. anyway, buku tulisan ustaz hasrizal tuh best ke? klu dah baca, komen skit ya. klu best, sure lah akak nak baca gaks ;-) selamat membaca buku yg gedabak tu ye hehe

Linda Amri berkata...

salam lagi sekali akimot. mcm best je buku tulisan ustaz hasrizal tu. akim tak nak berkunjung ke pesta buku lagi ke? kalau pegi, akak nak minta tolong belikan buku-buku tulisan ustaz hasrizal nih, ada 3 kan semuanya termasuk Aku Terima nikahnya & tolong poskan sekali. soal fulus, akim bagitau je, akak transfer ke akaun akim. klu kebetulan ustaz ada, mintalah autogeraf dia sekali ye.

selain buku2 ustaz hasrizal, ada lagi tak buku2 yg status dia Mesti Di Baca. Ketupat Cinta oleh FT akak dah minta abg web belikan

emmm... apa pun, info2 kat akak ye akimot... salam

OsHeYaNnE berkata...

akimmm..

aku beli KL - LONDON 3 hengget je satu..
klu ikut offer dia 5 buku 10 hengget je..

xthn.. akubeli buku creative ader 4 buah sume br 45 hennget..

jiwa tretekan.. aku borong masa ari jemaat. ari sabtu x leh padat sangat..

x dpt jumpe ko.. sbb ahad tu aku kat kg.

illaieylla berkata...

jeles 1000x

bnyknye borong buku....
kalau lah akak yg ada kat pwtc emmm aduhaiiii
x pe, insya allah kalau panjang umur thn dpn nak kosongkan xtvt

akimsensei berkata...

salam all.. sori late reply.. baru balik koje..

buruuj,
den dah poskan tadi jam 9.20pg. guna pos express, kalau nk jejak & kesan, gi check kt laman web pos malaysia, ni kod nye, PX21 066 528 3MY. trimas

kak linda,
arini den terjah pesta buku lg. 3books buku ustaz hasrizal; aku terima nikahnya, bercinta sampai ke syurga dan juga rindu bau buah tin tu, RM50.. ok? kompem nk beli ke?

oshoooot,
wah, borong sakan ye ko buku creative. tulah, kan aku dh ckp dulu, spesies mcm ko ni kene jauhkan diri dari kedai buku.. miahahhaa..

kak illa,
wah2, xpe, tahun dpn make sure dtg pesta buku. biar havoc sket time peminat nk amik sign abg ram. sorg tgkp gambar, 2orang lekat sticker, sorg jual batch, sorang tolg koyak plastik buku tu, baru havoc. sambil2 tu bercerita la melihat karenah orang ramai.. hikhikk..

ok roger, nk terjah pesta buku.. daaaa..

p/s:
1)dear dayah sarawak, xjmpa lg buku2 tu,jap lg den try carik lg
2)dear org perak kat sabah, cmne abg ram bleh tau mu kt tawau bah? konpius den.. btw, ada 1buku lg xcukup, nk carik jap lg. tc okai ;)

akimsensei berkata...

ok, last komen b4 den balik kg.. all buku dh siap dipos by pos express:

kaklinda kk, sabah..
LX51 545 665 1MY
PX12 223 437 6MY

cikgu dayah miri, swak..
LX51 545 664 8MY

orang perak kt sabah, tawau, sabah bah..
PX12 223 436 2MY

to ramfc yg akan terjah pesta buku teman abg ram weekend ni,
enjoy2 kan diri ye, senyum sokmo, byk2 tgkp gambar ok..

okies...
roger

Linda Amri berkata...

Terima kasih banyak Akim. Jasamu sentiasa dikenang. Hanya Allah yang dapat membalas budi baik Akim.

Nampak gaya, saya pun berpesta buku gak kat Sabah ya!

Selamat bercuti Akim!

akimsensei berkata...

ok kaklinda. thank for the esei tu, wah2, panjang bangat. siap bahasa hikayat merong mahawangsa lg tuh. utk guys yg nk baca, ni linknya. best. http://www.lindaamri.com/2009/04/hikayat-si-pendengki-jadi-gila.html

Related Posts with Thumbnails