Isnin, Mei 25

Rengsa by Zharulnizam Shah Z.A terbitan Tintarona

Tajuk: Rengsa
Penulis: Zharulnizam Shah Z.A
Penerbit: Tintarona
Harga: RM31.50
Sumber: Pinjam dari PNM

Lastly, berjaya jugak aku menghabiskan Novel Rengsa ni. Aku bagi 3.5 bintang je untuk novel ni. Secara overall 3bintang je, tapi sebab ada beberapa page yang aku rasa mesti paste kat blog ni untuk teladan (jap lagi aku salin), maka, dapat lagi setengah bintang. Haha, Best2 la, bleh dikatakan tergolong dalam novel seram sebab libatkan mistik + ilmu hitam + bomoh + alam ghaib.


Cerita lebih kurang:

Novel ni mengisahkan tentang Budin Si Torek, iaitu seorang anak yatim piatu berusia 15 tahun, masyarakat kampung sekitarnya dan juga misteri yang melanda keluarganya. Gelaran torek tu, adalah kerana terdapat bendalir yang berbau keluar dari telinganya dek tragedi dibuli oleh budak-budak sekampungnya. Misteri bermula daripada kematian kedua-dua ibu dan bapa Budin secara tiba-tiba yang akhirnya menghukum kehidupan Budin. Kematian yang penuh mistik, dan tiada sesiapa pun yang tahu punca kematian ini kecuali Budin kerana ketika tragedi tersebut, satu kampung blackout dan hanya Budin ada ketika itu bersama ibu dan bapanya.

Cerita berjalan sangat perlahan, selalu sangat mengulang kisah Budin menangkap ikan, Budin ke surau waktu subuh, Budin ke rumah Imam Osman dan sebagainya sehinggakan tebal buku menjadi 750ms. Tetapi, akibat dah terlajak membaca dari awal, kena jugak la aku habiskan novel ni, dek kerana nak juga tahu kesudahannya apa yang terjadi kepada Budin dan orang yang membuat khianat ke atas kedua-dua ibu dan bapanya.

Seterusnya, novel mengitari orang2 yang dekat dengan Budin, bapa saudara, keluarga pak Imam, masyarakat kampung, orang yang berbuat khianat tu, tok bomoh pompuan (Nek Miah) n so on lah. Dari Kassim (pak saudara Budin) yang tamak haloba, sanggup plan nak kebas tanah pusaka Si Budin ni dengan pertolongan Pawang Junos, dari Akob abang Si Rubiah anak pak Imam yang selalu buli Budin sampai la Si Akob ni mati time lumba haram dek ditendang oleh Si Mat Nor dek kerana bahana hutang, dari cubaan Mat Nor nak memperkosa kewanitaan Rubiah, dari bagaimana Si Akob ni belasah Budin dek kerana nak letak bunga dalam bilik Rubiah. Haha..

Bagi aku, ending tak gempak sangat, tak tau apa yang terjadi kat Rubiah dan Mazlan, senyap sepi macam tu je (yelah, kalau nak sambung mau makan 1000ms apa novel ni kan, haha). BTW, kisah yang diketengahkan ada pengajaran tersendiri, berkenaan anak yatim yang berpahala besar kalau kita memelihara mereka dan juga berbahana besar jugak kalau kita menzalimi mereka ni. Doa mereka yang teraniaya, on the spot Allah balas dan mungkin orang yang kita buli tu nanti akan jadi orang yang akan mengubati penyakit yang menimpa kita.

Malas nak cerita, a good story untuk dilayan.. cuma tebal je lah.. haha.. Cau..

Blurb:

Makhluk itu merenung Kassim. Isi perut katak yang terlekat di mulutnya berjuntaian di antara dua bibirnya yang nipis sambil sesekali menjelirkan lidahnya yang bercabang. Kassim dapat mengecam wajah itu sekalipun dipenuhi bintik-bintik hitam dan kulit tangannya menggerutu seperti ular yang bersalin kulit. Perlahan-lahan, dia mengawal emosinya dan cuba mengumpul kekuatan diri. Dia melangkah. Mulutnya tidak henti membaca, "Auzubillah.."

Dalam situasi yang lain, Budin Si Torek merenung pusara kedua-dua orang tuanya. Kemudian dia berteleku sambil mengusap kepala batu nisan arwah ibunya. Dia menyeru memanggil arwah ibunya beberapa kali. Ketika itu juga kedengaran suara burung hantu yang galak bersahut-sahutan. Kepekatan malam yang diiringi rintik-rintik hujan cukup meremangkan bulu roma.

Sesungguhnya misteri alam ini sukar untuk diungkapkan dengan akal yang logik. Namun, ia bukanlah sesuatu yang mustahil jika Allah SWT mengizinkannya berlaku. Hanya insan terpilih sahaja yang mengalaminya.

Ulasan blogger lain:
http://qunia-mimpiyangindah.blogspot.com/2009/02/rengsa.html

p/s: bila terbaca part Nek Miah tu, aku terbayang tok bomoh dalam Kekasih Kuseru tu, sereeemmmm.. haha..

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails