Sabtu, Februari 20

Diari Derma Darah #1 2010

Tiba-tiba saya terasa nak berkongsi pengalaman saya menderma darah semalam. Jumaat 19/2/2010,sebaik sahaja habis solat Jumaat, terus saya merempit ke Pusat Darah Negara (PDN) kat Jalan Tun Razak (sebelah Istana Budaya). Ops terlupa, sebelum tu, tabiat biasa selepas habis solat Jumaat, pekena cendol dulu kat gerai depan Surau Al-Munir (surau ni dah dapat taraf masjid untuk solat Jumaat). Cendol singgit (RM1). Sedap. Haha, terliur bukan?


Ini derma darah yang kali ke 16 (kali ke 6 derma secara aferesis) dalam hidup saya. Sejarahnya, derma darah yang pertama saya ialah semasa tahun pertama di UTM, rasanya semasa budak-budak PALAPES dipanggil derma darah ramai-ramai. Dan percubaan derma darah yang pertama saya ialah semasa di KMPP. Sayangnya, saya disekat (disekat ke atau tak layak? haha) untuk menderma darah walaupun semangat saya memang berkobar-kobar pada masa tersebut. Cewah. Nak tahu kenapa? Jawapan ada dalam perenggan seterusnya. Dan ada Si Dia tu kan (oh, siapakah gerangan SI DIA tu? Rahsia..), memantulkan soalan kepada saya ketika dalam dewan kuliah, dialognya lebih kurang begini lah.

"Akim, tau tak kenapa tangan ni jadi lebam selepas derma darah semalam?"
"Oh, Akim tak lepas la derma darah semalam. Tidur tak cukup 8 jam. Try tanya PILI tengok. Dia lepas derma darah semalam, nampak ok je."

Macam tak menjawab soalan je. Huhu. Semuanya gara-gara tak tahu fakta. Oh ya, untuk pengetahuan kamurang semua ya, anda yang tidur kurang daripada 8 jam TETAPI lebih daripada 5 jam, adalah layak untuk menderma darah. Syarat yang sebenarnya, tidur lebih 5 jam aje. Huhu. Mungkin saya yang tersilap dengar, atau doktor tu yang tersilap tanya. Trik dan tip, kalau doktor tu tanya tidur cukup ke tak, jawab je cukup. Tapi risiko pengsan selepas derma darah tu, kamurang tanggung sendiri lah ya.

Ok, berbalik kepada derma darah semalam. Sampai je kat PDN, saya minum dulu air banyak-banyak (Ada nurse seorang yang nasihat, minum air banyak-banyak, nanti darah cepat keluar). Selepas isi borang, kena timbang berat badan. 61.5kg. Normal la, selalu berat tak lari antara 60kg - 64kg. Tinggi pun memang dah takkan lari dah, dok tangtu jugak175cm. Selepas tu diberikan nombor dan kena tunggu kat depan bilik doktor. Ada 4 bilik semuanya. Kena masuk bilik yang pertama. Doktornya muda lagi, tak sempat tengok tag nama siapakah gerangan. Tekanan darah cun.

"Hari ni nak derma plasma saja ke platlet?"
"Hm, platlet kot, sebab semalam dapat call minta saya derma platlet. Boleh ke?"
"Oh, ok.."

Macam tak ramai, maklum la, baru lepas solat Jumaat. Yang tolong pasang equipment aferesis tu namanya Kak Rabiah, tengah sarat mengandung. Kemudian, yang tolong buka semua equipment tu, Kak Hapidzah kot namanya, staff nurse rasanya. Masa awal-awal tu, kat sebelah ada penderma yang sedang berehat, rasanya beliau pening selepas derma darah kot. Hm, macam biasa juga, sambil menderma darah, sambil membaca. Laskar Pelangi karya Andrea Hirata. Dah sampai part si rambut ikal nak first date dengan A Ling, wah, penuh emosi dan puisi. Puisi Bunga Krisan oleh si rambut ikal yang baru darjah 5.

Bunga Krisan

A Ling, lihatlah ke langit
Jauh tinggi di angkasa
Awan-awan putih yang berarak itu
Aku mengirim bunga-bunga krisan untukmu

Woha, entah apa la bunga krisan tu, rasa-rasanya macam bunga matahari tu. Crisantymum. Bila cari kat wikipedia, inilah bunga krisan.


Cantik kan bunga ni? Ok, berbalik kepada derma darah tadi. Kak Rabiah tu set 5 cycle. So, equipment tu akan sedut (sesuai ke perkataan ni?) darah dalam 5 cycle la. Dan masa yang diset ialah selama 55 minit. Dah tak ingatlah apa term-termnya, tapi, ada 3 condition la yang equipment tu akan lakukan, sedut, _____, return. Semasa darah tu disedut, tangan ni kena la pamkan bola (bola ke?) yang diberikan. Jenuh la nak mengepam bola tu, nak bagi darah keluar laju dan lancar. Yang _____ tu, ialah semasa equipment tu, asingkan platlet dengan plasma tu (betul ke ni?). Haha. Yang return tu pulak, ialah apabila lebihan (sel darah merah n so on) dikembalikan ke dalam badan semula. Time tu, rasa sejuk je satu badan.

Saya sampai PDN tadi, ada la dalam jam 3.00 petang. Ni dah habis, dalam jam 4.50 petang. Derma platlet ni, ambil masa lebih lama daripada derma plasma. Dan derma plasma, akan ambil masa lebih lama dari derma full blood. Selepas derma darah, rehat dalam 10 minit atas katil tu dan kemudian, boleh la gi pekena milo panas kat kantin tu. Milo panas free yang kaw. Best gilak, ditambah lagi dengan roti dan kadang-kadang ada nasi lemak.

Jom la derma darah, insyaAllah, jumaat 2 minggu lagi, 5/3/2010. Masa, Jumaat 8 pagi kot, memandangkan saya kerja syif malam. Ayuh kawan-kawanku.

8 ulasan:

akimsensei berkata...

oh, saya terfikir dan terasa rajin nak buat semacam diari sebegini selepas jalan2 ke blog kawan semesti tunang saya, Shazlin. tq2. http://shazlinshaharudin.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

bestnye kau kimot boleh derma darah

aku sgt teringin tapi berat tak cukup
doktor tak bagi

muahhahahah

ksian aku kan?
wakakaka

akimsensei berkata...

cik jane.. oit rq... xpa la, kalau xlepas derma darah, derma la apa yang boleh.. amacam keje cik lawyer?

Tanpa Nama berkata...

derma apa?
tkde apa yg blh derma aku neh...
agagaga

lama aku coti kimot..
rindu nk balik keje

kawin kau aku bg hadiah bju tidor seksey satu mau?
kahkahkah larikkkkkkk

akimsensei berkata...

kau derma je duit yg ko nak beli baju tu kt sapa2.. adui..

Shazlin Shaharudin berkata...

salam akimsensei...
oh, mr 'judge' rupenyeee...hehe
dah lame denga name awak, tp x penah kenal pun kan...
haha baguslaa derma darah, xramai lelaki muda yg kerap derma darah...
ni mesti ade personal doktor yang kempenkan ek?
hehe, nway, tq promote blog saya haha

akimsensei berkata...

iye cik shazlin.. hahah..

dr midst berkata...

indirectly kempen rupanya..haha..lmbt tau cite si DIA tu..hampir hilang igtn dah ni..

Related Posts with Thumbnails