Khamis, Mac 18

Final Realiti TV Adik-Adikku InsyaAllah Boleh, Jam 9 Malam TV1 Hari ini









Salam semua,

Just nak share info penting, malam ni jam 9 ada final realiti tv ADIK-ADIKKU di TV1.

SALURAN: TV1
TARIKH: 18 MAC 2010 (HARI INI)
MASA: 9 MALAM (MALAM INI)

Silalah layan, pasti kamurang akan terpegun dengan bakat diorang berpidato, bertarannum, azan, bernasyid dan macam-macam lagi la. Bagi yang dah berkeluarga tu, pastikan anak-anak kalian tidak terlepas menonton rancangan ini, baik untuk santapan minda, mungkin dengan rancangan ni, akan menggalakkan anak-anak untuk meningkatkan skil-skil dan potensi diri. Ada 7 orang finalis, tapi dah tak ingat siapa. Just ingat dua orang je, Amin Al Hadi & Syazwina, hope salah seorang dari 2 orang ni menang. Diorang memang berbakat sangat. Layan..




Jom kita imbas kembali sejarah:

Pengenalan:

Rancangan Realiti TV Adik-Adikku merupakan sebuah rancangan realiti TV terbaru berkonsepkan hiburan dan pendidikan ini mengetengahkan bakat seramai 20 penda'ie kecil yang menunjukkan persembahan melalui pidato yang disusuli dengan tarannum, nasyid, bacaan surah dan sebagainya. Penda'ie kecil ini mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada Murabbi yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama yang terkenal di Malaysia iaitu Dr Redhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Zawawi Yusof, Ustaz Zamri Zainoldin dan Ustazah Asni Abu Mansor.

Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran (MEP) JAKIM dengan kerjasama RTM telah menerbitkan satu rancangan realiti TV kanak-kanak Adik-Adikku. Ia merupakan rancangan realiti tv kanak – kanak dalam skop agama yang setanding dengan rancangan realiti sedia ada. Ia bertujuan membantu melahirkan karisma kepimpinan dan kebolehan kanak – kanak menjadi pemimpin masa hadapan. Beberapa sesi ujibakat telah diadakan di seluruh Malaysia bagi mencari 20 peserta yang berbakat dan antara kriteria yang dicari adalah bijak berpidato, bertarannum dan mengaji. Peserta-peserta dikumpulkan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) selama 3 minggu dan wajib mengikuti pembelajaran dalam kelas serta aktiviti riadah seperti memanah dan berkuda sehingga mereka mampu lahir sebagai pemimpin kecil. Peserta-peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan yang dipimpin oleh murabbi masing-masing, terdiri daripada Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Zamri Zainuldin, Ustaz Zawawi Yusof, dan Ustazah Asni Mansor. Selain daripada itu, peserta-peserta juga dibawa melawat sambil belajar ke beberapa tempat seperti Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Muzium Kesenian Islam, Planetarium Negara, Aquaria KLCC, Memorial Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Memorial Tun Abdul Razak, Petrosains KLCC dan Denai Alam. Pertandingan ini diadakan secara berperingkat iaitu pusingan pertama, suku akhir, separuh akhir pertama, separuh akhir kedua serta pertandingan akhir dan persembahan mereka dinilai oleh juri-juri profesional. Peserta yang memberikan persembahan kurang memuaskan akan dilepaskan daripada menyertai pertandingan berikutnya.

Rancangan sebanyak 25 episod ini akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat selama 30 minit pada jam 6.30 petang di TV1 bermula 15 Februari 2010 manakala siaran ulangannya pada jam 9.30 pagi hari berikutnya. Siaran langsung pertandingan akhir dijadualkan akan berlangsung pada 18 Mac 2010 pada jam 9.00 malam bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Episod 1

Bagi siri pertama ini, tajuk yang dipersembahkan oleh para peserta adalah ‘Tujuan Hidup’. Setiap peserta membuat persembahan selama 3minit dan diadili oleh juri-juri jemputan iaitu Datuk Hjh Nor Adibah Abdullah yang merupakan Ketua Penyelia Pra-sekolah dari Jabatan Agama Islam Melaka, Tn Hj Mohamad Abu Daud dari Institut Pendidikan Guru Malaysia, dan Pn Norzizi Zulkifli dari Jabatan Kreatif dan Artistik UiTM Shah Alam. Seramai 4 orang peserta cilik telah bertanding pada siri ini untuk menunjukkan bakat masing-masing. Mereka terdiri daripada 2 orang peserta lelaki dan 2 orang peserta perempuan. Mereka yang dimaksudkan ialah Muhammad Wajih Zakwan Hanif dari Negeri Sembilan, Amin Al-Hadi Abdul Hadi dari Selangor, Nor Shafiqah Mansor dari Melaka dan Anisah Nadhira Abu Bakar dari Putrajaya. Secara keseluruhannya, masing-masing berjaya menunjukkan persembahan yang mantap dan berupaya menyakinkan para juri yang hadir bahawa mereka semua layak menjadi pendai’e kecil.

Episod 2

Kehangatan rancangan Adik-Adikku diteruskan lagi dengan siri yang kedua. Pada kali ini, tajuk persembahan para peserta adalah ‘Mensyukuri nikmat Iman dan Islam. Peserta yang terlibat adalah Nurasyikin Mohd Abdul Malik dari Selangor, Farah Sofea Razali dari Terengganu, Harasye Harpi Harun dari Sabah dan Muhammad Azfar Abd Rahman dari Negeri Sembilan. Juri-juri jemputan adalah Datuk Hjh Nor Adibah Abdullah yang merupakan Ketua Penyelia Pra-sekolah dari Jabatan Agama Islam Melaka, Tn Hj Mohamad Abu Daud dari Institut Pendidikan Guru Malaysia, dan Pn Norzizi Zulkifli dari Jabatan Kreatif dan Artistik UiTM Shah Alam. Semua peserta ternyata mempunyai kelebihan yang tersendiri untuk memikat hati juri-juri yang hadir. Ada yang berpantun, bersajak, dan ada juga yang pandai bernasyid. Secara keseluruhan, semua peserta mendapat komen yang positif dari para juri.

Episod 3

Rancangan Adik-Adikku pada kali ini menampilkan 4 lagi peserta hebat iaitu Siti Salmi Shaharudin dari Pahang, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dari Kelantan, Madihah Muhammad dari Pahang dan Nor Shamira Liyana Nor Ashaha dari Perak. Tajuk persembahan para peserta adalah Hak Allah Atas Hamba-Nya. Juri-juri jemputan pada kali ini adalah Prof Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail dari Akademi Pengajian Islam UM, Tn Hj Mohamad Abu Daud dari Institut Pendidikan Guru Malaysia, dan Pn Norzizi Zulkifli dari Jabatan Kreatif dan Artistik UiTM Shah Alam. Seperti yang dijangka, para peserta memberikan persembahan yang hebat dan mendapat tepukan gemuruh dari para penonton di studio. Ada juga peserta yang berjaya membuat penonton dan juri mengalirkan air mata kerana persembahan yang begitu menyentuh perasaan. Secara keseluruhan, kesemua peserta berupaya menyakinkan para juri yang hadir bahawa mereka semua layak menjadi pendai’e kecil.

Episod 4

Tajuk ‘Mana Milik Kita’ menjadi taruhan para peserta pada kali ini. Peserta cilik yang berentap pada kali ialah Muhammad Fakhri Mustafa dari Melaka, Noratikah Md Fadzil dari Perak, Nor Saiful Md Basheer dari Selangor dan Muhammad Fahmi Md Noor dari Johor. Seperti biasa, persembahan para peserta akan diadili oleh juri jemputan iaitu Prof Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail dari Akademi Pengajian Islam UM, Tn Hj Mohamad Abu Daud dari Institut Pendidikan Guru Malaysia, dan Pn Norzizi Zulkifli dari Jabatan Kreatif dan Artistik UiTM Shah Alam. Peserta-peserta cilik ini berjaya memberikan persembahan yang meyakinkan dan mereka bijak mengupas topik yang diberikan dengan begitu baik sekali. Keseluruhannya, juri-juri memberikan komen yang positif kepada para peserta.

Episod 5

Seramai 4 lagi peserta berentap pada kali ini dan mereka adalah Ahmad Hanafi Aman dari Sabah, Nur Syafiqah Md Paris dari Putrajaya, Nurul Syazwina Md Sukri dari Terengganu dan Muhammad An-Naim Yasim dari Selangor. Tajuk yang dipersembahkan oleh para peserta ialah Islam, Iman, dan Ihsan. Persembahan mereka diadili oleh juri jemputan iaitu Prof Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail dari Akademi Pengajian Islam UM, Tn Hj Mohamad Abu Daud dari Institut Pendidikan Guru Malaysia, dan Pn Norzizi Zulkifli dari Jabatan Kreatif dan Artistik UiTM Shah Alam. Seperti yang dijangka, para peserta memberikan persembahan yang hebat dan mendapat tepukan gemuruh dari para penonton di studio. Walaupun saiz badan mereka kecil, namun bakat yang ada pada diri masing-masing amat besar. Masing-masing berusaha untuk memikat hati para juri dengan pidato yang begitu mantap dan berkesan. Secara keseluruhannya, para peserta berupaya menyakinkan para juri yang hadir bahawa mereka semua layak menjadi pendai’e kecil.

semua maklumat didapati dari Laman Web Rasmi: www.islam.com.my/adik2ku

3 ulasan:

akimsensei berkata...

tamat sudah...

berikut list pemenang:
1) Wajih
2) Qayyim
3) Naim

Saguhati:
1) Amin Al-Hadi
2) Syazwina
3) Syafiqah
4) Syamira

Semua best..

dr midst berkata...

smpt tgk amin al hadi je smlm..pastu dah gerak gi keje..best n comel2 la diorg tu..

akimot berkata...

sempat merakam adik amin & adik syazwina je.. adik wajih xsempat, bateri dah kong..

Related Posts with Thumbnails