Isnin, Mac 15

Tawaran Pesta Buku Antarabangsa KL dari Jemari Seni

Dipanjangkan email dari Kak Nila Jemari Seni untuk anda semua..

Salam buat pembaca budiman,

Pesta Buku datang lagi!!!

Inilah kali keempat Jemari Seni Publishing menyertai pesta buku
besar-besaran bersama pelbagai penerbit dari dalam dan luar negara. Wah,
mukadimah Kak Nila macam seranta Kementerian Penerangan zaman dahulukala
saja.

Tarikh: 19-28 Mac 2010

Tempat: Gerai Jemari Seni Publishing, D55 – D57, Dewan Tun Razak
3, PWTC, Kuala Lumpur


Gerai_JS

Tahun ini, Jemari Seni mula menerbitkan DUA buah novel sebulan. Ini
bermakna sehingga Pesta Buku, Jemari Seni ada 41 buah buku umum, dan 6 buah
buku kanak-kanak (Siri Adiwarna).

Berikut ialah koleksi buku terbaharu terbitan Jemari Seni Publishing
sejak Januari-April 2010.


April:
CoverDAMAI-webCOVER-Versus-web
Mac:
Bidadari-webCOVER-Yuda-web
Februari:
COVER-Pada_AnginCOVER-143
Januari:
COVER-RumputNama_Atas_Kertas

Dan 3 buah buku Siri Adiwarna

COVER-GengODAH-web

COVER-MGngNuang-web

COVER-MRimbaMeranti-web

Sempena Pesta Buku Antarabangsa KL tahun ini, Jemari Seni menawarkan
diskaun antara 20 hingga 30 peratus. Pada yang ingin melengkapkan koleksi
buku Jemari Seninya ataupun koleksi penulis kesayangannya, inilah masanya.
Tawaran gila-gila begini hanya datang setiap kali ada pesta buku
sahaja.

BUKU UMUM

Untuk pembelian 3 buah buku UMUM, anda akan memperoleh beg
woven
santai bergaya warna merah darah ikan (maroon, mengikut
kata asal orang Perancis, sedangkan orang Inggeris baru menggunakan
perkataan ini pada tahun 1789) seperti ini...

JS_bag

Cantiknya... sesuai bergaya dengan busana apa pun, ahaks

Untuk peminat HLOVATE, setiap pembelian sebuah novel
Versus, penulisnya menitipkan
sebuah tanda hati buku nota kecil yang ilustrasi asalnya dilukis oleh
penulis sendiri. Bingkisan hati ini terhad kepada 1000 pembaca pertama
sahaja. Dan pesanan penulis lagi, titipannya ini hanya boleh didapati
apabila anda membeli Versus di gerai Jemari Seni di pesta buku ini
sahaja. Jadi Kak Nila ingin berpesan, kalau anda membeli buku ini di kedai
mamak surat khabar mana nanti, jadi jangan hendak merengek hendak buku nota
ini pula.

CoverNotePad_H

Oleh itu, pada peminat tegar penulis prolifik ini, cepat ya... Kak Nila
bimbang kalian putih mata.

SIRI ADIWARNA

Pada yang ingin memiliki buku Siri Adiwarna... semua buku ditawarkan
dengan harga RM9 sahaja. Setiap pembelian TIGA buah buku, anda akan
mendapat sehelai baju-T eksklusif untuk si kecil anda.

t-shirt2

Sekiranya anda hanya membeli dua buah sahaja, buku nota kecil daripada Jemari Seni
akan mengiringi pembelian anda.

note_pad_JS

Oh, ya semuanya bergantung sehingga stok masih ada.

Okey, sebelum Kak Nila mengundur diri, di sini Kak Nila sertakan jadual
bertugas penulis:
Jadual_Penulis_PBAKL_2010-rev

Okey, jumpa lagi esok untuk promo buku-buku baharu.

Salam sayang:

- Kak Nila -


Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails