Khamis, Jun 9

Happy 1st Anniversary 29th May 2011


Tak terasa pantasnya masa berlalu, kala mentari dan rembulan masih seperti selalu, menyapa & melambai kami saban pagi & malam, pejam celik pejam celik, genaplah setahun usia perkahwinanku dengan isteri kesayanganku, Hamidah binti Abdul Halim pada 29/5/2011 yang lalu. Seminggu sebelumnya, pada 23/5/2011, isteriku turut selamat melahirkan permata hati kami yang sulung, seorang bayi perempuan yang kami namakan Amani Tasnim. Maksudnya, ketenanganku, pancuran air di syurga. Maka bertambahlah amanah & tanggungjawab kami sebagai abah & umi, untuk mendidik & mengasuh Amani Tasnim menjadi anak yang solehah. Semestinya, inilah sebahagian daripada nikmat kehidupan, berkahwin dan menimang cahaya mata. Syukur ke hadratMu ya Allah atas kesempatan ini. NikmatMu kepada kami tidak terhitung. Pandanglah kami dengan pandangan rahmatMu. Pimpinlah kami ke jalanMu. Ampunilah segala dosa-doa kami yang lalu. Amin.

2 ulasan:

BuRuuj berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BuRuuj berkata...

ha..ha..kim!

tahniah!
patutlah senyap jerk..
diam-diam berisi ek?

semoga bahagia. amin...

Related Posts with Thumbnails