Khamis, November 13

MENTARIkah aku atau sebatang MANCIS cuma? miahahaha..

Time membelek2 email TM, dpt lak emel ni, forwarded by is. Muahahaha, sesuai untuk FRODOT yg ada hati nk pasg 4; Haryani, Ratna, Oshott n Sab. Miahahaha, ambik kau.. dan peringatan untuk diriku jua. Semoga bermanfaat buat semua.

PUISI

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa
akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain...

*** Balasan Puisi sang isteri***

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....

akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan
cuma mancis saja!!!!!
please lah....!!!
jangan la nak berangan!!

p/s: Miahahaha, think twice okai, Frod? gelak keji Nyi Burga.. Jgn lupa temujanji dgn tv3 tonite, Puaka Niyang Rapik.. Muahahahaha ;)

3 ulasan:

akimsensei berkata...

miahahaha.. jom layan puaka niyang rapik episod 2 kt bawah.. miahahahaha..

Frodo Baggins berkata...

Jawapan Beta :-

Isteriku ….
Jangan ditangisi hasrat beta …
Jangan dilekehkan tujuan murni beta …
Menyinari planet lain juga satu Jihad kejalan-NYA (Jihad kerrr …. Mihiahiahia)
Andai dikau berasa beta sekadar mancis …. Maka itulah beta pada matamu …
Tapi, jangan lupa …..
Mungkin planet lain melihat beta sebagai suria supernova tahap gaban!
Muhahhahahahaha ….

Isteriku ….
Jangan lupa pada kata2 kanda
lewat malam pertama kita dahulu (kih kih kih)
Beta telah merafak kata menyusun bahasa,
Menurut adat resam berteras agama …
Beta bisikkan ketelinga mu wahai isteri tercinta …

“Abang tidak berani berjanji yang abang akan mampu mencintai dirimu seorang sahaja seumur hidup abang ini. Tetapi abang berani berjanji yang abang akan menyayangi dan menjagai dirimu sepanjang hayat abang dan .... di akhirat ... Insyaallah”

Beta masih ingat pada kenangan itu ....
Manis sekali (mihiahiaiahia .... yyippa yippa yippa ... sensored)
Kala itu dinda hanya tersenyum dan mengangguk ...
Isyarat mengiakan ikrar janji beta ....

Namun kini,
Tatkala beta meminta keizinan mencurah cahaya di planet lain ...
Mengapa dinda persoalkan ketulusan hati beta untuk mencurah kasih pada debunga di sana? (muhahahahhahaha < --- gelak keji nan suci tahap tenggiling manggala)
Di mana silapnya?
Mengapa kini dipersoalkan hasrat murni beta
Tidakkah dinda mahu memegang payung syurga? (muhehehehhehe)

Lagipooooon (sambil senyum2 kambennn’)
Abngkan masih mampu ….
Ngeh ngeh ngeh ngeh (muhahahhaa .. muhehehehhe … mihiahiahihaiha)




(mihiahiahiahiahiaia …. Oiii akimotttt, ko dah baca jawapan beta!!!!! Muhahahahha …)

p/s: haram aku nak tengok puaka nanyang siang pao tu lagik!!! Amin?? Sapa amin?? Anak tok ketua tu kew?? Kerr anak pak imam?? Muhahhaha … ko layan jer lah … x dernya aku nak layan lagik ….


Hayatilah pesan beta ini ... dapat dijadikan pedoman .... huhuhuhuhu. hidup poligami!!!!!!

Abang Long berkata...

Aku sebuah 'spot light'...

Related Posts with Thumbnails